Penyanyi Lagu Trouble Is A Friend, Lenka Bakal ‘Gegarkan’ Zepp KL 1 Mei Ini!

Share

Tahun 2023 terus dimeriahkan dengan hiburan seni atau lebih dikenali hiburan konsert demi pencinta muzik.

Di samping itu, penganjur antarabangsa Push Play yang juga amat bersifat arif dan mengenal pasti kehendak pendengar muzik dan keinginan peminat tempatan dengan bangganya membawakan seorang pemuzik dan penyanyi wanita yang cukup terkenal iaitu, Lenka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Konsert Julai Di Malaysia Makin Padat, MUSE Pula Sah Datang Ke KL!

Menurut Push Play, persembahan Lenka yang akan berlangsung di Malaysia, dijadualkan pada 1 Mei 2023 di Zepp KL bermula jam 8.30 malam.

Penganjur turut mempercayai penyanyi yang popular dengan lagu Trouble is a Friend dan Blue skies ini masih punyai pengaruh yang kuat dalam kalangan masyarakat, terutama pencinta muzik.

Selain itu, Lenka juga berhasrat dan berminat untuk menghiburkan peminat-peminatnya di Asia terutamanya, yang berada di Malaysia.

“Konsert ini juga akan membawa memori terindah kepada para peminat dan mereka akan berpuas hati dengan persembahan Lenka yang tidak lama lagi dipersembahkan di Malaysia,” kongsi Nika, Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Push Play.

Tiket konsert dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 untuk Zon Berdiri atau Blinded by Love, RM239 untuk Zon Duduk atau Don’t Let Me Fall dan RM3,800 untuk VIP Box atau The Show. Penonton boleh melayari www.myticket.asia untuk membeli tiket secara dalam talian.

Seperti yang diketahui, Lenka juga memiliki lima buah album dengan dua album terkini iaitu Recover dan Discover yang ditayangkan pada 2020. Ibu kepada dua orang anak ini juga sangat terkenal menerusi lagu seperti All My Bells Are Ringing, We Will Not Grow Old, Everything at Once.

Jika anda adalah peminat Lenka, jangan lepaskan peluang yang terindah dan menikmati persembahan dan muzik penyanyi wanita berbakat besar ini!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN