
Bagi golongan remaja yang gemar mendengar lagu-lagu 90-an, pasti kenal benar dengan dengan kumpulan Screen yang popular dengan Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa.
Khabar duka yang tular pagi ini adalah berita mengenai pemergian vokalis kumpulan ini, Gmie atau nama sebenar Hajmi bin Haji Ibrahim.
Menurut laporan Astro Awani, Gmie telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 2.30 pagi tadi akibat penyakit buah pingang berlubang.
Pengurus peribadinya, Fuad Syahrin Misbah berkongsi yang Allahyarham menghidap penyakit tersebut selama hampir dua tahun dan sepanjang tempoh itu dia lebih senang untuk tidak menghebahkan keadaan dirinya kepada umum.
Sekadar informasi, Allahyarham Gmie pernah menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim ke-3 pada tahun 2016. Dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan berada di kedudukan keenam secara keseluruhan yang mana menyaksikan Azharina Azhar diangkat sebagai juara.
Sumber: Astro Awani
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rumah Subsale Low Cost! Bila Dah Tranformasi Nampak Mewah, Perkongsian Lelaki Ini Jadi Viral

Bagi pemilik rumah berkos rendah, biasanya jarang kita bertemu rumah yang nampak mewah dari luaran dan juga hiasan dalamannya. Ini kerana pada pendapat kita, pembelinya terdiri dari mereka yang terdiri dari golongan B40. Malah kebiasaannya rumah begini, kosnya tidak lebih dari RM100,000 (pada zaman kini dan harganya jauh lebih rendah suatu ketika dahulu).
Namun kalau itu ada di fikiran kita, ternyata kita salah. Inisiatif seorang individu, Ridzuan Samsudin yang membeli rumah subsale low cost jenis memanjang dan melakukan tranformasi ternyata menjadi viral dan ramai yang kagum dengan hasil ubah suai serta dekorasi di lakukan di rumah low costnya itu. Rumah ini memiliki tiga bilik tidur dan bilik air.
Difahamkan kos keseluruhan beliau mengubah suai adalah sebanyak RM71,000 termasuk pemasangan awning dan keseluruhan perabot di kediamannya.









Ramai pengguna seakan tidak percaya, hasilnya begitu mengagumkan dan mereka meminta nasihat darinya termasuk jenis cat digunakan, pembelian perabot di mana dan sebagainya. Dalam pengubahsuaian itu rumah sub sale low cost ini di ruang tamunya, berlaku pengubahsuaian di mana pintu dan tingkap asal dibuang dan digantikan dengan sliding door jenis empat pintu dan tambah empat kaki ke depan.
Kredit : FB Ridzuan Samsudin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aksi Komedi Missing Link Confirm Buat Korang Tak Nak Keluar Panggung

Sebuah lagi filem animasi, Missing Link bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 11 April ini.
Filem yang diterbitkan oleh Annapurna Pictures ini nyata tidak menghampakan kami kerana jalan ceritanya penuh pengisian, disamping menyelitkan aksi-aksi lucu si big foot.
Missing Link menceritakan tentang seorang peneroka haiwan yang menggembara semata-mata ingin membuktikan bahawa wujudnya haiwan rare yang mempunyai ketinggian setinggi 8 kaki dan berat 630 pound, tidak dipercayai kewujudannya oleh orang lain.

Oleh kerana itu, Sir Lionel Frost (Hugh Jackman) sanggup menunaikan hajat Mr. Link (nama haiwan yang diberikan olehnya) untuk berjumpa dengan kerabatnya yang dikatakan wujud di Himalaya dan sebagai timbal balik, haiwan rare tersebut akan menunaikan impian Sir Lionel untuk memberi sampel DNAnya sebagai bukti kewujudan.
Pengembaraan mereka ke Himalaya penuh dengan debaran kerana turut diikuti oleh si musuh yang tidak senang dengan penemuan haiwan rare tersebut oleh Sir Lionel Frost.
Karakter animasi terbaik
Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, Zoe Saldana, Zach Galifianakis, Timothy Olyphant, Emma Thompson, Stephen Fry, Matt Lucas, Amrita Acharia dan David Walliams.
Bayangkan, haiwan berbulu yang berketinggi 8 kaki tapi penuh dengan karakter humor dan langsung tidak menakutkan. Mr. Link seekor haiwan besar berbulu yang lucu, adorable serta pandai bercakap. Bukan itu saja, katanya dia juga pandai menulis.
Hebat bukan?

Kesemua karakter yang ada dalam Missing Link mempunyai kekuatan yang tersendiri. Selain watak utama Sir Lionel dan Mr. Link, Adelina Fortnight (Zoe Saldana) juga berjaya menjadi antara tarikan dalam menguatkan lagi jalan cerita. Wataknya sebagai seorang wanita yang tegas namun berjiwa penyayang dan turut membantu dalam pengembaraan Sir Lionel dan Mr. Link ke Himalaya.
Genre santai & menghiburkan
Tak perlu jalan cerita yang berat, Missing Link mampu untuk menghiburkan korang di pawagam. Karakter lucu animasi ini memberikan impak besar secara keseluruhannya.
Aksi komedi yang diselitkan membuatkan penonton tidak bosan dan mampu bertahan sehingga ke pengakhiran cerita. So, tak ada la korang rasa macam nak keluar panggung. Hiks!

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat babak-babak yang tidak logik di dalam file mini. Nah, dah nama cerita kartun kan, biasalah tu. Hehe!
Apa-apa pun, kami bagi empat bintang untuk Missing Link. Jangan lupa untuk serbu pawagam menyaksikan filem animasi menghiburkan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Subsidi RM200 Sebulan Dari Kerajaan Untuk Skim Perumahan Belia Selama 2 Tahun, Rugi Tak Rebut

Rugi jika menolak tuah!
Bukan senang untuk individu menerima subsidi sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh dua tahun pembiayaan dengan pihak bank. Namun demi menggalakkan golongan belia berusia 18-45 tahun sama ada yang masih bujang atau sudah berkahwin dan ianya pembelian rumah pertama, melalui Skim Perumahan Belia korang boleh dapat subsidi sebanyak RM200 setiap bulan.
Ambil contoh kalau pembiayaan rumah korang perlu dibayar RM1000 sebulan pada bank. Tapi dengan subsidi ditawarkan ini, korang perlu bayar cuma RM800 sahaja untuk tempoh pembiayaan selama dua tahun sebelum bayaran penuh pada tahun ke tiga pembiayaan.
Nak tahu caranya bagaimana? Yalah, muda-muda terutama kalau masih bujang kalau dapat beli rumah ianya satu pencapaian yang sangat bagus. Ini maknanya korang pandai merancang masa depan. Bila berkahwin nanti, senang je pasangan sudah ada rumah untuk berteduh, ya tak?

Hokay, apa yang perlu korang tahu tentang Skim Perumahan Belia ini?
Skim Perumahan Belia BSN 2019 ini merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu golongan berusia 18-45 tahun, sama ada masih bujang mahu pun sudah berkahwin untuk membeli rumah pertama SAHAJA.
Rumah yang bernilai di bawah RM500,000 ke bawah, adalah layak untuk membuat pinjaman ini di mana Skim Perumahan Belia BSN 2019 ini terletak di bawah skim My Home BSN. Kiranya pinjaman perumahan ini adalah di bawah Bank Simpanan Nasional.
Melalui skim ini, korang boleh dapat dana subsidi sebanyak RM200 SEBULAN selama dua tahun. Konsepnya, siapa cepat dia dapat kerana skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 rumah sahaja berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Antara ciri-ciri dan kelebihan skim ini adalah:
- Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
- 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000 (tak payah bayar duti setem kalau hartanah bawah RM300,000)
- Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual
Skim ini sesuai untuk hartanah dari RM100,000 – RM500,000.
Tempoh pinjaman dari 5 tahun sehingga maksimum 35 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh Pinjaman).

Kadar faedah pula seperti yang ditetapkan di portal rasmi BSN iaitu:
- Antara KA + 0.60% sehingga KA + 3.00% bergantung kepada profil dan lokasi hartanah pelanggan.
- Bagi amaun pinjaman RM350,000 dan ke atas dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan tanpa tempoh lock-in, kadar faedah indikatif adalah BR + 0.80%*.
- Kadar Asas (KA) BSN semasa adalah 4.10% (berkuatkuasa mulai 7 Februari 2018).
Yuran guaman perlu dibayar sendiri oleh pembeli dan anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar ansuran.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Bagi anda yang berminat untuk memohon skim perumahan BSN ini, sila penuhi syarat-syarat kelayakan di bawah:
- Warganegara Malaysia
- Belia yang sudah berkahwin umur 25-40 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
- Pembeli rumah pertama sahaja
Permohonan perlu disertakan bersama beberapa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
- Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan slip gajiuntuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
- Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
- Salinan penyata KWSP
- Surat pengesahan berkerja daripada majikan
- Borang EA/ EC
Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
- Borang B/BE dan Resit LHDN
- Surat pendaftaran syarikat (SSM)
- Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
- Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN. So bagi korang yang tengah cari-cari rumah pertama tu jangan lepaskan peluang ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

