Situasi ini mirip dengan apa yang berlaku dengan kejadian program separuh akhir Muzik-Muzik, dua minggu lalu.
Wakil daripada agensi hiburan K-pop iaitu TOP Media telah mengesahkan desas-desus mengenai seorang artis mereka yang disahkan positif Covid-19.
Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Bitto yang merupakan ahli kumpulan UP10TION.
Sumber: XENews.Net
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, wakilnya berkata Bitto mungkin sekali dijangkiti pada 29 November (semalam) selepas diberitahu mempunyai kontak rapat dengan persekitaran yang mempunyai kes. Dia terus dibawa untuk melakukan ujian dan ia disahkan positif pada pagi tadi.
“Artis, staf dan pekerja di agensi kami yang telah berhubung dengan Bitto kini akan menjalani ujian Covid-19 dan kami ambil keputusan untuk kuarantinkan semua pihak di agensi mengikut arahan pegawai kesihatan.
Ads
“Kesemua aktiviti UP10TION yang telah dirancang juga telah dibatalkan. Kami memohon maaf kepada wakil penyiaran dan staf terlibat setelah (Bitto) ada di situ tanpa mengetahui dia telah berhubung rapat dengan pihak yang disahkan positif.”
Sumber: KPop Map
Untuk pengetahuan, UP10TION telah terlibat dalam jadual penggambaran program Show! Music Core, Sabtu lalu dan program Inkigayo, hari ini.
Ads
Setelah Bitto disahkan positif Covid-19, SM Entertainment mengumumkan ahli kumpulan AESPA dan NCT yang ada di tempat kejadian juga akan melakukan ujian.
Selain SM, beberapa lagi agensi akan meminta artis mereka melakukan ujian termasuklah JYP (SYRAY KIDS), FNC Entertainment (Chani dari SF9 dan CNBLUE), CUBE Entertainment (BTOB), Yuehua Entertainment (WOODZ), Woollim Entertainment (DRIPPIN).
Turut mengesahkan akan menjalani ujian Covid-19 ialah mengacara program Inkigayo iaitu Naeun (April), Minhyuk (MONSTA X) dan Jaehyun (NCT).
*
Kalau korang masih ingat, kejadian mirip ini telah berlaku kepada artis dan kru program separuh akhir Muzik-Muzik dari 20 – 23 November lalu setelah salah seorang pesertanya, Alif Satar disahkan positif Covid-19
Mengikut perancangan awal, jenama fesyen Itali Dolce & Gabbana ingin menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen serba dramatik dan sempurna di kota romantik, Venice bagi koleksi terbaru mereka yang dinamakan Alta Sartoria.
Segala persiapan rapi telah dilakukan, para model telahpun bersedia dengan pakaian yang disarungkan pada tubuh lampai mereka.
Malah, para tetamu kelas A termasuklah Jennifer Lopez, Helen Mirren, Heidi Klum, Travis Scott, Monica Bellucci, Kate Bosworth, January Jones, Megan Thee Stallion, Ciara, Vins Diesel, Christian Bale, Jennifer Hudson dan Kourtney Kardashian juga telah duduk di barisan hadapan runway.
[Fuh, memang ramai selebriti yang dijemput oleh mereka bagi meraih publisiti.]
Antara para selebriti yang hadir. (Dari kiri) : Jennifer Lopez, Dame Helen Mirren & Jennifer Hudson.
Segala-galanya memang memenuhi syarat Dolce & Gabbana.
Tapi usah sesekali kita lupakan faktor cuaca.
Perancang acara sebenarnya telah mengagak bahawa cuaca tidak mengizinkan bagi ‘outdoor set up’ mereka. Oleh itu, acara tersebut telahpun dianjak ke depan dan ia bermula sejam awal dari waktu sebenar. Bagaimanapun, usaha itu tidak berjaya apabila langit gelap membumbungi lokasi pertunjukan fesyen di Venice itu.
Dalam hantaran yang dimuat naik ke media sosial oleh tetamu yang hadir untuk menyaksikan 110 busana baharu Dolce & Gabbana itu, memang jelas langit sudahpun gelap dan awan mendung memberi amaran akan cuaca buruk yang bakal melanda.
Disangkakan hujan renyai atau angin kuat yang akan dialami tetamu pada saat-saat akhir acara. Sebaliknya, mereka telah dikejutkan dengan hujan batu!
Serta-merta, ramai yang cuba berlari ke dalam bangunan berhampiran untuk mendapatkan perlindungan.
Sementara itu, ada tetamu yang masih yakin untuk kekal di tempat duduk masing-masing di bawah payung serta alas kusyen tempat duduk yang dijadikan sebagai perisai kepala.
Dalam beberapa video tersebut, korang boleh mendengar mereka menjerit ‘ow!’. Iyalah, hujan batu kot! Tentulah mereka merasa sakit.
Menariknya, kekecohan yang berlaku di tempat duduk penonton itu langsung tidak menganggu fokus para model di atas pentas yang terus berjalan seperti tiada apa-apa luar biasa yang sedang berlaku.
Malah dalam hantaran foto Dolce & Gabbana selepas acara tersebut berakhir, para model kelihatan seolah-olah sedang menikmati keadaan cuaca yang pastinya tidak pernah mereka sangka akan berlaku dalam kerjaya peragaan mereka.
Apa yang pasti, ramai tampil memuji betapa profesionalnya para model yang terus melangsungkan tugas mereka di atas pentas peragaan tersebut biarpun terasa sakit.
Apapun, hujan batu ini tidak sama sekali menghancurkan pertunjukan fesyen ini. Malah, ia dianggap berjaya kerana telah menjadi topik perbualan di media sosial dan kini, semua orang bercakap mengenai insiden ini serta koleksi Dolce & Gabbana sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang masih ingat dengan kes penyanyi berusia 21 tahun yang dilaporkan cuba mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan enggan bekerjasama dengan pihak polis, pastinya korang sudah tahu bahawa penyanyi yang dimaksdkan ialah komposer remaja, Zynakal.
Kes yang berlaku pada akhir bulan Ogos lalu telah mengakibatkan penahanan Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli oleh pihak polis dan didenda RM2,8000 oleh mahkamah selepas dia mengaku salah.
Seorang rakannya yang berada di lokasi iaitu penyanyi Fareez Fauzi tampil menceritakan apa yang sebenarnya terjadi daripada point of view-nya. Dia pertahankan Zynakal dengan berkata rakannya itu sedang bergelut dengan emosi pada masa ini.
Kini, seorang lagi rakan Zynakal iaitu Sufian Suhaimi beranggapan keadaannya semakin baik selepas Sufian membawanya mendapatkan rawatan.
Bercakap kepada rakan media di Harian Metro, Sufian mengakui terkejut dengan tindakan luar daripada kebiasaan oleh Zynakal. “Saya tahu bukan itu sikap sebenarnya. Dia seorang yang pemalu, merendah diri dan menghormati orang lain.
“Zynakal sudah seperti keluarga, jadi bila ada yang berdepan masalah tentulah kita perlu membantu,” jelasnya.
Sufian kini sedang membantu dia mengembalikan kesihatan rakannya itu secara fizikal dan mental. Ia masih diteruskan sehingga kini. Oleh itu, rakan komposer bagi lagu Mencoba nyanyian Sufian itu sedang berehat daripada karier seninya buat masa ini.
Ternyata penantian seorang ibu yang menunggu panggilan telefon dari anaknya akan terus menjadi sedih berpanjangan apabila anak keduanya, Siti Nur Ies’mawida, menjadi korban dalam gempa bumi yang melanda Lombok semalam
Allahyarham Siti Nur Ies’mawida atau mesra disapa Angah dalam kalangan ahli keluarga meninggal dunia apabila rumah tumpangan yang didudukinya di Sembalun runtuh sebelum dihempap tembok selepas selesai misi menawan Gunung Rinjani yang terletak di Lombok Timur beberapa jam sebelum kejadian.
REMAJA berkesempatan menghubungi adik kepada arwah iaitu Siti Nur Irsalina Ismail, 23 tahun untuk berkongsi kenangan bersama arwah kakaknya yang kesemuanya perempuan (tiga beradik). Mesra disapa El, katanya buat masa ini kedua ibu bapanya termasuk mereka dua beradik masih sukar menerima berita yang sangat menyedihkan ini.
Siti Nur Irsalina berkata, ibunya tertunggu-tunggu panggilan dari arwah Angah. Gambar fb
Segalanya tinggal kenangan yang amat indah untuk dikenang. Gambar fb
3 beradik perempuan yang sangat rapat. Gambar fb
“Pagi ini kedua-dua abang ipar saya sudah sampai di Lombok. Mengikut perancangan jenazah akan dibawa balik ke sini apabila selesai semua urusan kerana saya difahamkan, penerbangan dari Lombok akan dibawa pula ke Jakarta. Kemudian barulah dibawa balik ke sini,” katanya urusan jenazah akan dilakukan di Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan.
Jelas El, apa yang lebih menyedihkan dua malam sebelum kejadian, mereka sekeluarga sempat berkomunikasi dengan arwah kakaknya yang begitu gembira kerana berjaya menawan puncak Gunung Rinjani. Macam-macam dia cerita, nampak gembira sangat. Angah beritahu perancangannya untuk pulang selepas selesai semua itu.
“Kami menggunakan aplikasi Whatsapp dan arwah Angah cuba buat video call tapi suasana sekeliling gunung yang gelap menyukarkan video call dilakukan. Angah ada berjanji akan telefon semula mak pagi esok selepas cuaca cerah,”katanya dalam nada kesedihan.
Gambar kenangan arwah bersama suaminya, Hafiz yang kini sudah pun ke Lombok untuk menguruskan jenazah isterinya.
Arwah Ieswanida aktif dalam sukan hiking dan mencapai puncak Gunung Rinjani adalah kemuncak minatnya
Jelas El, dia sama sekali tidak menyangka kejadian ini berlaku malah mengetahuinya pun sudah agak lewat.
“Pagi itu Mak pergi ke rumah Along. Dalam pada itu, mak cuba juga hubungi Angah bertanya di mana dia ketika itu. Mungkin naluri mak ada berkata sesuatu tetapi rupanya semasa emak bertanya di mana Angah, kejadian sudah pun menimpa dan difahamkan Angah sudah meninggal sekitar jam 8 pagi,” katanya memaklumkan gempa itu berlaku sekitar jam 5.45 minit pagi dan mencederakan enam pendaki yang lain.
Kongsi El lagi, dia merupakan ahli keluarga pertama mendapat tahu berita menyedihkan ini tetapi sekuat mana pun dia menahan tangisannya, air matanya tertumpah.
“Ketika itu saya seorang di rumah. Saya call akak beritahu kejadian ini dan minta agar akak tak beritahu mak lagi sebab takut mak terperanjat. Saya kemudian bergegas ke rumah akak dan dari situlah kami memaklumkan kepada kedua orang tua,” katanya memaklumkan emaknya, Mazinah Mahmood seakan sukar menerima kerana masih percaya yang anaknya itu akan menelefonnya.
“Mak terlalu sedih. Dia masih cuba whatsapp bertanya di mana Angah berada tetapi kejadian ini benar-benar terjadi,” katanya memaklumkan arwah kakaknya itu seorang yang baik hati, sangat rapat dengan keluarga, sangat memahami dengan semua orang, pandai berdikari dan dia sendiri rapat dengan arwah kakaknya itu.
Gempa yang menimpa Lombok berukuran di bawah 5 skala Ritcher
Tambah El lagi, arwah Angahnya mula berjinak-jinak dengan pendakian gunung dan sudah banyak kali menawan puncak gunung dan bukit di Malaysia termasuk di Perak dan sebagainya.
“Menawan puncak Rinjani ini adalah projeknya yang terbesar dan mungkin paling mencabar. Alhamdulillah, arwah Angah berjaya menawannya tetapi rezekinya sudah tertulis di situ dalam kejadian gempa ini,”katanya memaklumkan kakaknya itu sudah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Hafiz Mohd Kassim, 30 dan belum dikurniakan anak lagi.
Dalam pada itu akhbar melaporkan seorang rakan pendaki, Haziq Wafiq, 26 berkata dia dan Allahyarham menyertai 16 warga Malaysia lain dalam program untuk mendaki gunung itu
“Semasa gempa itu berlaku, kami terdengar arwah ada meminta tolong dengan suara yang lemah. Lama kelamaan beransur senyap. Apabila berjaya dikeluarkan arwah sudah tidak sedarkan diri dari tempat kejadian. Dalam perjalanan ke Klinik Desa Lombok Timur, dia sedar semula dan masih ada reaksi.
“Masa sampai di klinik desa, doktor bagi dia rawatan tetapi dia meninggal dunia sekitar jam 8 pagi ini,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!