
Nama Amad Dayyan kini menjadi sebutan ramai apabila video dirinya menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku di pentas berprestij MotoGP Malaysia 2025 tular dan menerima pelbagai pujian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram @amadzonofficial dan @amaddayyan, penyanyi cilik itu yang juga anak kepada penyanyi Siti Sairah Tarudin serta anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu tampil segak mengenakan baju Melayu biru sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat di Litar Antarabangsa Sepang.
Rata-rata netizen terpukau dengan kelunakan dan kawalan vokal Amad yang dianggap begitu matang bagi usianya. Ramai mengakui menonton video tersebut berulang kali kerana kagum dengan penghayatan yang ditunjukkan olehnya.

“Bukan senang nak dapat peluang macam ini. Punya sedap jadinya lagu Negaraku… Tahniah Amad, moga terus berjaya!” komen seorang pengguna.
“Macam TokTi jugak Amad ni. Nyanyi lagu Negaraku pun sedap… Penyambung legasi TokTi! Terbaik Amad!” komen pengguna lain.
“Satu dunia memandang dan mendengar suaramu, Amad. Tahniah! Alhamdulillah, rezeki bertubi-tubi, ayuhh!” tulis peminat lain.

Selain ditemani ibu tersayang, Siti Sairah, Amad turut dilihat hadir bersama bapa tirinya dan kakaknya, Umai, bagi memberikan sokongan moral.
Ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan pelbagai kata semangat dan doa agar Amad terus maju dalam bidang seni suara, malah ada yang menyifatkan dirinya sebagai ‘penyambung legasi TokTi’ dalam generasi baharu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Stadium Astro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Resipi Kek Tornado Viral, Coklat Melimpah Confirm Buat Korang Terliur

Kalau korang perasan, ramai yang menjual kek coklat ‘melimpah’ di media sosial sekarang. Melihatkan sahaja pada gambar dan video yang dimuat naik oleh peniaga, tipulah kalau cakap kita tak terliur kan?
Limpahan coklat ‘mewah’ membuatkan kek ini dijual dengan harga yang agak mahal. Bekas kecil sahaja boleh menjangkau sehingga RM20.
Namun begitu, sekiranya korang tidak mahu membeli, apa kata cuba buat sendiri di rumah dengan resipi yang kami akan kongsikan ini.
Selamat mencuba!
Bahan A
– 5 biji telur
– 1 cawan gula halus
– ½ cawan susu pekat
– 1 cawan minyak atau marjerin cair
Bahan B
– 1 ½ cawan tepung gandum
– 1 cawan serbuk koko
– 1 sudu kecil baking baking powder
– ½ sudu kecil soda bikarbonat
– Sedikit garam halus
Bahan C
– ½ cawan air panas
Cara membuat:
1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk

2. Kemudian, masukkan susu pekat dan marjerin

3. Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Selepas itu, masukkan bahan B ke dalam bahan B. Kacau dengan sebati

4. Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung
5. Kemudian, masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak


Bahan untuk coklat ganache
– 500g susu coklat
– 1 cawan dairy whipping cream
– 1 sudu besar marjerin
Cara untuk menyediakan coklat ganache:
1. Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil
2. Kacau sehingga likat dan smooth
3. Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti ais
Bahan untuk topping cheese
– 250g cheese tatura
– 3 sudu besar susu pekat
– ½ cawan non-dairy whipping cream
– ¼ cawan susu segar
Cara menyediakan:
1. Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sehingga sebati
2. Kemudian, masukkan whipping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang
3. Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi
4. Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata
5. Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa korang
Beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Adha. Mungkin korang boleh buat untuk dinikmati seisi keluarga nanti kan?
Sumber: dailymakan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Brooklyn Beckham Akhirnya Bersuara: Konflik Keluarga, Jenama Diutamakan & Perasaan Isteri Terabai

Brooklyn Beckham akhirnya bersuara. Anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham, tampil membuat pendedahan paling jujur mengenai konflik keluarga yang didakwa kini berada pada tahap paling tegang.
Menerusi satu hantaran panjang di Instagram, Brooklyn Beckham meluahkan rasa kecewa mendalam terhadap ibu bapanya yang menurutnya terlalu mengutamakan reputasi, imej awam serta kepentingan jenama keluarga, sehingga perasaan isterinya, Nicola Peltz, sering diabaikan.

Luahan tersebut sekali gus menepis spekulasi lama yang menyalahkan Nicola sebagai punca keretakan hubungan keluarga Beckham.
“Saya Yang Dikawal Mereka Sepanjang Hidup”
Menjawab dakwaan kononnya Nicola mengawal kehidupannya, Brooklyn Beckham menegaskan naratif tersebut sama sekali tidak benar dan dianggap sebagai cubaan memesongkan realiti sebenar.
“Naratif yang mengatakan isteri saya mengawal saya adalah sangat tidak tepat. Hakikatnya, saya yang dikawal mereka hampir sepanjang hidup,” tulis Brooklyn dalam hantaran tersebut.
Bekas model berusia 27 tahun itu turut mendedahkan kehidupannya sebelum ini dipenuhi tekanan emosi dan kebimbangan melampau, sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya hidup dalam kerisauan yang tidak berkesudahan. Buat kali pertama dalam hidup, sejak menjauh daripada mereka, anxiety itu hilang. Setiap pagi saya bangun dengan rasa syukur dan lega,” luahnya lagi.

Jenama ‘Beckham’ Didahulukan Segalanya
Menurut Brooklyn Beckham, keluarganya meletakkan keutamaan terhadap imej dan sokongan jenama melebihi hubungan kekeluargaan. Katanya, kasih sayang sering diukur berdasarkan kehadiran di acara awam, penampilan di media sosial dan kesediaan mematuhi jadual profesional demi mengekalkan imej keluarga sempurna.
“Jenama ‘Beckham’ sentiasa didahulukan. Kami hadir ke setiap pertunjukan fesyen dan majlis media demi menampilkan imej keluarga bahagia, walaupun ia menjejaskan kehidupan peribadi kami,” dedahnya.
Brooklyn turut menyatakan bahawa tekanan untuk sentiasa tampil sempurna di mata umum telah membentuk satu persekitaran toksik yang sukar dielakkan.

Nicola Peltz Didakwa Tidak Pernah Diterima
Dalam luahannya, Brooklyn Beckham turut mendakwa isterinya tidak pernah benar-benar diterima sebagai ahli keluarga, malah sering dipandang rendah, khususnya oleh ibunya sendiri.
Tambahnya, ibunya dikatakan kerap mengaitkan bekas-bekas teman wanita dalam kehidupan mereka sekarang, satu tindakan yang dianggap sebagai cubaan meremehkan dan mensabotaj rumah tangganya bersama Nicola.
“Isteri saya sering tidak dihormati walau sekuat mana kami cuba bersatu sebagai keluarga,” tulis Brooklyn.
Insiden Paling Menyakitkan Hati
Antara insiden yang paling melukakan perasaan Brooklyn ialah apabila ibunya bersetuju untuk berjumpa dengannya, namun menetapkan syarat agar Nicola tidak dibenarkan hadir.
“Itu benar-benar satu penghinaan,” luahnya.
Keadaan bertambah buruk apabila keluarga Beckham dikatakan enggan berjumpanya langsung ketika berada di Los Angeles, satu tindakan yang dianggap sebagai penolakan total terhadap hubungan kekeluargaan.

Konflik Kini Libatkan Tindakan Undang-Undang
Media antarabangsa melaporkan konflik keluarga Beckham kini semakin serius sehingga melibatkan campur tangan peguam. Brooklyn Beckham didakwa menghantar surat undang-undang kepada ibu bapanya, walaupun mereka dilaporkan masih berharap hubungan itu dapat diperbaiki.
Brooklyn dan Nicola kini menetap di Amerika Syarikat sejak perkahwinan mereka pada tahun 2022 dan dilaporkan semakin rapat dengan keluarga Peltz, termasuk bapa Nicola, pelabur bilionair Nelson Peltz, yang banyak memberi sokongan moral dan nasihat perniagaan.

Antara Nama Besar & Ketenangan Diri
Kisah Brooklyn Beckham ini membuka mata ramai bahawa di sebalik nama besar, kekayaan dan kehidupan mewah, konflik keluarga tetap tidak dapat dielakkan.
Kadangkala, mempertahankan cinta, maruah pasangan dan kesihatan mental memerlukan keberanian untuk memilih jalan sendiri, walaupun terpaksa berdepan kehilangan paling perit.
Bagi generasi muda, kisah ini menjadi peringatan bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar imej sempurna di mata dunia, tetapi kebebasan untuk menjadi diri sendiri dan hidup dengan tenang.
BACA LAGI : Sir David Beckham: Bekas Kapten England Terima Gelaran Kesatria Dari Raja Charles III
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selesa Tapi Malam Sejuk! Ini 6 Tip Kerjakan Umrah Akhir Tahun

Alhamdulillah, ramai jemaah Malaysia yang dijadualkan akan ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah, akhir tahun ini.
Ini kerana keadaan di sana lebih sejuk dan menyelesakan. Tapi jangan pula korang tak sediakan apa yang patut sebelum pergi! REMAJA senaraikan checklist mudah bagi bakal jemaah first timer.
Pakaian
Pada waktu siang walaupun terik, angin di Makkah dan Madinah masih bertiup kuat. Jadi ramai yang cadangkan untuk membeli pakaian inner dan legging heat-tech, paling mudah di Uniqlo. Angin waktu malam dan pada waktu Subuh jangan ceritalah kesejukannya. Jadi, sehelai jaket atau sweater yang ‘sedap pakai’ is a must.

Untuk perempuan pula, cukup kalau membawa 2-3 helai telekung jika takut ia berbau akibat peluh dari Makkah ke Madinah. Bab jubah pula, lebih mudah jika ia berwarna hitam kerana memang tak ada masa untuk korang iron pakaian sepanjang masa.
Kasut bertutup adalah lebih baik kerana permukaan bumi yang kasar di sana. Tetapi jangan ingat dah pakai kasut, tak perlu bawa stokin.

Lantai Masjid boleh menjadi sejuk pada waktu malam, jadi dapatkan stokin yang sedikit tebal dan menyelesakan.
Fuhh, ni baru bab baju, next!
Skin Care
Disebabkan keadaan cuaca sejuk di sana, korang wajib bawa moisturizer ikut jenama pilihan masing-masing.

Seorang rakan kami mencadangkan agar korang gunakan face oil dan bukannya jenis krim, kerana jemaah selalu perlu memperbaharui wuduk untuk beribadah selalu.
Jimat sikit kalau face oil, terus serap masuk kan. Jangan lupa juga sunblock botol kecil dan pelembab bibir.
Sejadah ‘Ngam-Ngam’
Kalau pada musim lain, mungkin sejadah tak dikira berapa penting. Tapi tidak pada musim sejuk!

Lantai masjid pada bahagian bumbung memang akan bertukar sejuk yang amat sepanjang hari. Bukanlah tak boleh sembahyang di ruang bawah, tetapi lebih baik bersiap sedia kalau-kalau mereka sedang menutup bahagian bawah untuk kerja pembaikan.
Bawa sejadah yang selesa dan ‘ngam’ dengan badan kerana kita selalu akan duduk sehingga selesa 2-3 waktu solat.
Ubat Tiup Panas
Di sana, korang akan banyak berjalan. Bila pulang je ke hotel, memang dah sakit-sakit sengal yang perlu diurut.

Itulah gunanya ubat urut panas dalam bentuk tiub untuk mengurut pada bahagian sendi, pinggang, betis dan lain-lain.
Bagus juga bawa yoko-yoko.
Beg Plastik Mini
Ini tak lain tak bukan untuk menyimpan selipar atau kasut korang semasa memasuki masjid. Selalunya ia akan disediakan oleh pihak travel agent. Tapi kalau yang pergi dengan keluarga tu, boleh lah sediakan siap-siap dari rumah. Ada je yang murah di Mr. DIY, Daiso atau Mydin.
Gunting Kecil

Amat penting ketika tiba di Bukit Marwah, terutamanya bagi jemaah perempuan. Kalau lelaki, senang je nak bayar cas Pak Arab dekat sana. Kalau perempuan? Tak akan lah serahkan kepala pulak, hehe. Asalkan ada satu gunting kecil dalam sling bag korang pun dah cukup.
Ubat-Ubatan
Okay, kita kena selalu berjaga-jaga dengan apa-apa kemungkinan termasuklah jatuh sakit. Sediakan ubatan untuk batuk, pening, migrain, sakit tekak, gastrik, sakit perut, cirbir dan penyakit yang korang hadapi.

Walaupun rawatan di klinik adalah percuma, tetapi korang masih perlu membeli ubat di kaunter farmasi and that costs a lot.
***
Bagi yang akan mengerjakan umrah pada akhir tahun ni, penulis doakan korang selamat pergi dan pulang. Semoga ibadah diterima Allah SWT, aminnn..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

