Kalau korang ada urusan sekitar Batu Caves pada hujung minggu ini, seeloknya rancang perjalanan dengan lebih awal. Hal ini kerana beberapa jalan utama di kawasan Batu Caves, Gombak akan ditutup sempena sambutan Thaipusam bermula 30 Januari hingga 3 Februari.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Polis Selangor pada 29 Januari, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada keadaan trafik semasa bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sambutan perayaan berkenaan.
Difahamkan, penutupan bermula seawal jam 1 pagi Jumaat, 30 Januari sehingga penghujung Selasa, 3 Februari. Untuk pengetahuan, sambutan Thaipusam tahun ini jatuh pada hari Ahad, 1 Februari dan dijangka menarik kehadiran jutaan penganut Hindu serta pengunjung dari dalam dan luar kawasan Lembah Klang.
Ads
Kredit: Malaysia Gazette
Antara senarai jalan terlibat adalah seperti berikut:
Lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves
Susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves
Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves
Susur MRR2 dari Sri Gombak ke Jalan Perusahaan
Simpang tiga Jalan Seri Batu Caves 8 / Jalan Batu Caves Lama
Simpang tiga lampu isyarat Seri Batu Caves (hadapan Shell)
Jalan susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama Kuil Batu Caves
Pada masa yang sama, pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk mengelakkan laluan utama seperti DUKE, NKVE, Jalan Kuching, Jalan Gombak dan Jalan Sungai Tua bagi mengurangkan kesesakan terutamanya dari arah Rawang dan Selayang.
Ads
Sementara itu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan seramai 1,520 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal lalu lintas serta menjaga keselamatan awam sepanjang tempoh sambutan.
Beliau mengingatkan bahawa kawasan Kuil Batu Caves merupakan zon larangan dron. Oleh itu, sebarang pengendalian dron perlu mendapatkan kelulusan daripada Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) terlebih dahulu, atau berdepan tindakan undang-undang.
Selain itu, bagi orang ramai yang ingin ke Batu Caves juga disaran supaya merancang perjalanan lebih awal, meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan serta sentiasa memastikan keselamatan diri dan kenderaan bagi memastikan kemeriahan sambutan Thaipusam berlangsung dengan lancar dan selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atlet golf muda negara, Muhammad Afham Othman baru-baru ini berjaya menempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida, Amerika Syarikat yang bakal berlangsung pada 3 hingga 5 Januari tahun hadapan.
Menurut jurulatih beliau, Dinie Zakie berkata ini selepas pemain berusia 13 tahun itu berjaya menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada 8 hingga 10 November lepas.
“Saya sendiri tidak menyangka Afham boleh beraksi cemerlang pada kejohanan semalam sebab dia dalam peralihan teknik pukulan bila mana selalunya atlet yang berada di fasa ini sukar untuk menampilkan prestasi terbaik, tapi Afham mampu cipta kejutan”
Kredit: Awani
“Selain itu, kami mahu beri pendedahan kepadanya untuk bermain dengan pemain lain dan dia memberi tentangan sengit kepada pemain Korea dengan perbezaan satu par sahaja (pada pusingan ketiga),” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Afham membuat kejutan di kejohanan tersebut dengan menamatkan saingan di tempat kedua, mencatat keseluruhan 6 atas par 114 pukulan di bawah pemain Korea Selatan Taeoh Ryu yang mengungguli saingan dengan catatan keseluruhan 5 atas par 112 pukulan, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet Filipina Ralph Rian Woo Batican.
Kredit: Sinar Harian
Susulan itu, Dinie berkata Muhammad Afham masih belum membuat keputusan untuk menyertai Kejohanan Remaja Piala Dunia kerana mempertimbangkan kos perjalanan yang akan ditanggung untuk ke Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, beliau berharap atlet kelahiran Kelantan itu dapat menyertai kejohanan berprestij itu untuk memperoleh pengalaman selain mengasah potensi Muhammad Afham serta bakal menyediakan beberapa program buat Muhammad Afham sebagai persediaan untuk beraksi di Florida kelak.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kemalangan maut melibatkan bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul KadIr berkongsi tindakan terkini kementeriannya.
Dalam maklumat yang disampaikan menerusi Facebook miliknya, ahli parlimen lumut itu memastikan kementeriannya akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan.
“Salam Takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut melibatkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris awal pagi tadi.
“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini. KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Naib Canselor UPSI. Satu hantaran dimuat naik dengan kenyataan berbunyi, “UPSI Berduka. 09 Jun 2025”
Setakat ini hantaran tersebut menerima ribuan komen dengan rata-rata bersedih dengan tragedi yang menimpa para pelajar institusi pengajian tersebut.
Ketika berita ini ditulis, 15 kematian melibatkan pelajar sudah disahkan pihak berkuasa manakala tujuh orang kritikal dan dirawat di zon merah, 20 cedera sederhana (zon kuning) dan enam lagi dalam keadaan stabil (zon hijau).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, SUGA yang juga merupakan anggota kumpulan BTS baru-baru ini dilaporkan sedang disiasat kerana melanggar undang-undang lalu lintas berkaitan memandu dalam keadaan mabuk menggunakan skuter elektrik.
Menurut laporan media Korea, pihak Balai Polis Yongsan memberi kenyataan bahawa SUGA ditemui terjatuh di jalanan seorang diri pada malam 6 Ogos, selepas menggunakan skuter elektrik setelah didapati meminum minuman beralkohol.
Difahamkan, seorang polis yang sedang membuat rondaan berdekatan pergi membantu penyanyi rap tersebut dan terhidu bau alkohol pada dirinya. Polis kemudian membawanya ke balai polis berhampiran.
Sekadar info, di Korea Selatan, skuter elektrik hanya boleh disewa jika seseorang mempunyai lesen. Memandangkan ia berbahaya, penggunaannya juga dipantau dengan ketat dan undang-undang lalu lintasnya juga dianggap sama seperti memandu kereta.
Dalam perkembangan terkini, SUGA kini sedang menjalani latihan ketenteraan sebagai ejen perkhidmatan sosial. Ejen perkhidmatan sosial biasanya bekerja dari 9 pagi hingga 6 petang dan dibenarkan pulang ke rumah setiap hari. Sehingga kini, agensi SUGA, HYBE masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Safawi Rasid kembali menyinar apabila meraih Kasut Emas Liga Super selepas enam tahun. Syifa Melvin bangga kejayaan kali ini ditemani semangat anak-anak.