Ermm, jadi serba salah jadinya. Kalau tak buat nanti pensyarah marah, buat pula nasib rak baik dan bertembung dengan pihak berkuasa. Tapi apa pun peraturan tetap peraturan dan tiada siapa mampu melanggarnya.
Dalam laporan Bernama, seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana keluar dari rumah untuk membuat tugasan di rumah kawannya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas penuntut lelaki berumur 20 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda.
Ads
Dia didakwa dengan sengaja berada dalam kawasan tempat jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah yang menghendakinya berada di dalam rumah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2020 di tepi Jalan Tan Sri Low You Chuan, Rawang di sini pada 11.30 malam, 3 April lepas.
Dia dituduh mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11 peraturan serupa yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Ads
Timbalan Pendakwa Raya M.S Arunjothy memohon hukuman setimpal manakala peguam M.Mariappan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili penuntut itu memohon denda minimum kerana anak guamnya telah menyesal dan insaf.
“Pada hari kejadian, dia telah pergi ke rumah kawannya untuk membuat tugasan apabila balik dari rumah kawannya itu dia telah ditahan,” katanya.
Ads
Di mahkamah sama, dua penganggur berumur 26 dan 24 tahun masing-masing didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mereka mengaku bersalah melanggar PKP dengan keluar membeli makanan di tepi Jalan SP1 A, Selayang Jaya, Gombak di sini pada 9.15 malam, 9 April lepas.
Arunjothy memohon hukuman setimpal manakala Mariappan yang mewakili kedua-dua lelaki itu memohon denda minimum kerana mereka keluar untuk membeli makanan dan mereka juga memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa hari berteka-teki, akhirnya predisen ke-46 Amerika Syarikat telah pun diumumkan. Joe Biden yang mewakili parti Demokrat telah berjaya mengalahkan Donald Trump medahului sebanyak lebih 73 juta undian setakat ini.
Menurut laporan BBC news, seiring dengan kejayaan ini Biden merupakan presiden paling tua yang akan mengangkat sumpah dalam sejarah presiden negara kuasa besar dunia itu. Dia juga berjaya menyekat Trump yang hanya mampu bertahan selama sepenggal pemerintahan sahaja.
Dalam kenyataan ringkas seperti yang ditulis The New York Times, Biden meminta untuk mengembalikan perpaduan dan juga memperbetulkan keadaan. “Dengan kempen berakhir, sudah waktunya untuk meletakkan kemarahan dan retorik keras di belakang kita dan bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.
Jelasnya lagi, “Sudah tiba masanya Amerika bersatu dan bersedia untuk sembuh. Kami adalah Amerika Syarikat. Dan tidak ada apa yang tidak dapat kita lakukan, jika kita melakukannya bersama-sama.”
Biden sebelum ini pernah bergelar naib presiden Amerika Syarikat kepada presiden Barrack Obama selama dua penggal dari tahun 2009 ke 2017.
Sumber: BBCnews & The New York Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, kini seorang lagi pemuda yang dipercayai dari Jakarta mampu meraih 25 juta tontonan dengan hanya melakukan aksi termenung di aplikasi TikTok.
Mempunyai seramai 381.5 ribu pengikut di TikTok, akaun yang dikenali sebagai @anhtrantan ini memuat nak video pertamanya pada September lalu dan menerima lebih daripada 5 juta tanda suka.
Kadangkala kita tidak perlu memerah otak sangat untuk memikirkan content apa yang akan menarik perhatian orang ramai.
Mungkin si perakam video hanya merekodkan video ‘termenung’ ini secara spontan dan hanya untuk suka-suka. Tapi tak sangka pula boleh jadi viral. Betul tak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat peminat K-Pop untuk menyaksikan idola kegemaran mereka pada acara Fan-Meeting petang ini bertukar muram setelah ia dibatalkan, 30 minit selepas waktu fan meeting sebenar bermula.
Tepat jam 6.30 petang tadi, para peminat masih dipaksa menunggu sambil beratur di hadapan pintu masuk Stadium Malawati Shah Alam.
Pegawai dan penganjur dilihat keluar dari stadium untuk pengumuman acara fan-meet pada hari ini terpaksa DIBATALKAN atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Menurut salah seorang pengunjung yang sempat mendengar pengumuman itu, pihak penganjur katanya tidak berjaya mendapat kelulusan permit untuk menjayakan acara pada hari ini.
Dan disebabkan itulah, trak polis dilihat berada di sekitar stadium untuk menghentikan acara.
Buat masa ini, masih belum ada kenyataan tak rasmi daripada pihak penganjur kepada rakan media untuk menjelaskan situasi sebenar.
Namun apa yang pasti, peminat yang rata-rata merupakan ahli Win:D (kelab peminatnya) tidak berpuas hati dan tidak boleh bertoleransi dengan situasi ini.
“Saya datang jauh dari Pahang untuk menonton idola favourite dari grup Wanna One iaitu Kim Jae Hwan. Kalau terpaksa tunggu sehingga 8malam pun saya sanggup tunggu kerana sudah penat datang!”
Seorang lagi berkata, “Sekurang-kurangnya jika mereka membawa Kim Jae Hwan ke luar stadium untuk sesi Hi Touch (give me five) pun okay. Ini kerana sesi tersebut telah dijanjikan kepada semua pemegang pas masuk.”
Apa yang REMAJA pelik adalah sesi rehearsal telah dilakukan. Malah Kim Jae Hwan pun telah bersedia di dalam stadium. Alih-alih tiada permit?!
Haih sama-sama lah kita tunggu update daripada MacPiepro.
[ EDITED: 7.20 petang]
Penganjur, MacPiepro mengumumkan pembatalan acara Kim jaehwan Fan Meeting Di KL pada hari ini atas alasan yang kami penulis suspek sebentar tadi iaitu ketiadaan permit acara.
Bersabarlah ya gais..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!