
Waktu makan tengah hari warga kota pada hari ini telah dikejutkan oleh bekalan elektrik yang terganggu untuk sementara waktu di sekitar Lembah Klang.
Menurut kemaskini oleh pihak Tenaga Nasional di akaun Facebook rasminya, mereka telah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan. Di antara lokasi yang dilaporkan mengalami gangguan ini termasuklah KLCC, Ampang Point, Publika, Bangsar South, Bukit Jalil dan di Hospital UKM.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” catatnya.

Dalam pada itu, bukan hanya mereka yang berada di dalam bangunan sahaja yang terkejut dengan kejadian tersebut tetapi juga penumpang tren khususnya yang menggunakan laluan LRT Ampang-Sri Petaling.
Kata pihak Rapid KL, para penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan mengikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif sewaktu perkhidmatan tren mengalami kelewatan kerana terpaksa bergerak perlahan serta berhenti lebih lama di stesen.

Hanya sekitar jam 2.15 petang tadi, barulah Rapid KL mengesahkan perkhidmatan tren telah berjaya diselaraskan dan jadual perjalanan telah kembali normal.
Nervous tak bila blackout tadi? Hehe.. mujur sesetengah kawasan di Lembah Klang telah pulih seperti sedia kala.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Umumkan Konsert ‘Love Yourself Tour’ Di Singapura, Bagaimana Pula Malaysia?

Berita tergempar untuk peminat K-pop khususnya BTS telah muncul hari ini. Dan ia pasti menggembirakan ARMY yang berada di Selatan Tanah Air dan juga negara jiran.
BTS telah mengumumkan yang mereka bakal singgah di Singapura sebagai sebahagian daripada lokasi perhentian mereka sempena ‘LOVE YOURSELF TOUR’ pada 19 Januari 2019.
Berita yang diumumkan pada pagi tadi turut menyatakan beberapa lokasi lain seperti Taiwan, Hong Kong dan Thailand yang akan diadakan bermula dari Disember 2018 sehingga April 2019.
Selepas berita ini mula tular di laman media sosial pihak penganjur di Singapura iaitu One Production telah memuat naik tweet mengesahkan BTS akan mengadakan konsert istimewa di NationaL Stadium yang mampu memuatkan seramai kira-kira 55,000 orang penonton.

Kali terakhir BTS singgah ke negara tersebut ialah lima tahun yang lalu dengan konsert ‘The Red Bullet’ dengan hanya lebih lima ribu penonton. Nampaknya kali ini BTS ingin kembali dengan kuasa gegaran yang lebih hebat!
Tambah menarik lagi, BTS merupakan grup K-pop pertama yang bakal mengadakan konsert solo di stadium penuh berprestij tersebut. Dan ia juga bakal menjadi sebuah konsert terbesar pernah diadakan di Singapura?
Rata-rata ARMY sangat teruja dengan berita ini dan berkongsi kegembiraan di laman media sosial seperti di Twitter. They’re so excited and freaking out! Lol



Okay…. jadi bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia?
Pada tahun 2015 mereka datang ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘The Red Bullet’. Dan sambutan yang diberikan oleh ARMY Malaysia sememangnya cukup hebat.
Ketika artikel ini ditulis masih tiada sebarang berita atau ura-uta yang BTS akan turut mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF’ di Malaysia. Pastinya ramai ARMY yang cukup berharap untuk dapat menyaksikan persembahan mereka sekali lagi, apatah lagi dengan status superstar mereka di peringkat global kini mencapai tahap sangat luar biasa.
Semoga akan ada penganjur di Malaysia yang dapat ‘memujuk’ BTS untuk turut singgah ke Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Senarai Lokasi Yang Mencatatkan Kes Positif COVID-19 Setakat 8 Januari 2021

Semalam (7 Januari 2021) Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi dengan jumlah sebanyak 3,027 sekali gus mencecah jumlah keseluruhan kes 128,465 kes.
Ia sesuatu yang membimbangkan kerana virus ini nampaknya sedang berlegar di merata-rata tempat. Jadi, apa yang korang perlu buat adalah duduk rumah sekiranya tidak mempunyai apa-apa urusan penting di luar.
Berikut kami ingin senaraikan antara lokasi sah kes positif COVID-19 di seluruh negara setakat 8 Januari 2021.
Perniagaan
• Ben’s Independent Grocer (BIG), Publika Mall, KL
Pihank pengurusan telah mengeluarkan notis bertarikh 8 Januari bahawa seorang pekerja di bahagian minuman keras dari cawangan Publika disahkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021. Pekerja lain yang dikesan sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah. Kerja pembasmian kuman telah dilakukan pada 7 Januari.
• Village Grocer, 1 Mont Kiara, KL
Seorang lagi pekerja di premis ini didapati positif COVID-19 dan dilaporkan kali terakhir bekerja pada 2 Januari 2021. Semua kakitangan yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah. Premis juga telah menjalani proses pembasmian kuman.
• Café Yamatatsu, Jalan Klang Lama, KL
Seorang pekerja diuji positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 setelah semua kakitangan menjalani ujian swab sehari sebelumnya. Kafe ini ditutup selama dua minggu bermula 6 Januari hingga 21 Januari bagi kerja pembersihan.
• Resorts World Genting, Genting Highlands
Pihak pengurusan telah memaklumkan bahawa beberapa pekerja di kantin kakitangannya diuji positif COVID-19 semasa pemeriksaan rutin dan telah segera diasingkan. Anggota kakitangan yang makan di kantin itu juga telah diasingkan. Kantin dan kawasan umum yang terjejas telah dibersihkan dan pengesanan kontak rapat sedang dilakukan.
Kantin tersebut tidak dibuka kepada orang ramai, disebabkan itu resort tersebut akan terus beroperasi.

• DailyMuscle, Glomac Damansara
Seorang ahli di pusat kecergasan ini yang mengikuti kelas 6.30 pagi pada hari Isnin telah diuji positif COVID-19. Pihak pengurusan memaklumkan bahawa kes itu mungkin merupakan kes terpencil, dan kemungkinan mendapat jangkitan di luar premis mereka, namun ia telah menghubungi semua ahli lain di kelas yang sama untuk menasihati mereka menjalani ujian.
Premis ditutup sementara untuk operasi pembersihan dan semua pekerja akan menjalani ujian swab.
• Jaya One, Petaling Jaya
Seorang pekerja di sebuah pejabat di Blok D-61/63, Tingkat 3 telah disahkan positif sehari sebelumnya. Pejabat itu ditutup sementara semua kakitangan menjalani ujian swab. Jaya One mengatakan bahawa pihak pengurusan mereka telah melakukan pengesanan kontak rapat dan membersihkan semua kawasan umum di Blok D.
• Pasar Raya Tong Hin, Kota Kinabalu
Borneo Post melaporkan pada malam tadi pasar raya ini telah menutup cawangan di Gaya Street untuk kerja pembersihan kerana seorang pekerja disahkan positif COVID-19.
• Happy Place Restaurant & Bar, Kota Kinabalu
Salah seorang pelanggan di kedai makan ini didapati positif COVID-19 pada 31 Disember dan juga pekerja yang di acara swasta pada hari yang sama. Premis telah dibersihkan tetapi akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
• Din Tai Fung, The Gardens Mid Valley
Seorang pekerja telah diuji positif COVID-19 semalam dan kakitangan itu telah dikuarantin sementara premis mereka telah dibersihkan. Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.
• Mei by Fat Spoon, Petaling Jaya
Dua orang pelanggan dari kedai makan ini di cawangan The Hub SS2 telah disahkan positif COVID-19. Salah seorang pelanggan mengunjungi premis pada 1 Januari antara 8 hingga 9 malam dan seorang lagi pada 5 Januari antara 12 tengah hari hingga 1 petang.

Penempatan
• Kondominium 9 Bukit Utama, Bandar Utama
Seorang penduduk dari Blok A didapati positif Covid-19 pada 7 Jan, kata pihak pengurusan dalam notis bertarikh pada hari yang sama.
• Le Yuan Residence, Taman Gembira
Pihak pengurusan mengeluarkan notis bertarikh 7 Januari bahawa sat ukes COVID-10 telah dikesan di Blok A. Pesakit dibawa ke hospital pada hari yang sama.
• Temasya 8 Residence, Shah Alam
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 7 Jan bahawa satu kes positif Covid-19 telah dikesan di Temasya 8 Residence.
• Isle of Kamares, Setia Marina, Cyberjaya
Pihak pengurusan mengumumkan semalam bahawa seorang penduduk di Blok K20 diuji positif Covid-19 dan tindakan segera telah diambil, termasuk pembasmian kuman.
• Hijauan Saujana Service Apartments, Shah Alam
Pihak pengurusan mengatakan pada 6 Januari bahawa seorang penduduk di Blok A, Tingkat 12, telah menunjukkan positif Covid-19 dan dua yang lain di unit yang sama telah menjalani ujian dan mengasingkan diri di sebuah hotel.
• Taman Kelisa Emas, Bandar Baharu, Kedah
Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengatakan kes Covid-19 telah dikesan di kawasan perumahan.
• Pelbagai kawasan di Kulai, Johor
Pejabat Kesihatan Daerah Kulai berkata, kes Covid-19 telah dikesan di kawasan berikut semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 166 kes.
Mukim Senai: Jalan Nuri (1 kes); Kampung Baru Sengkang (1); Taman Handal (2); Pekan Senai (1); Taman Mas (1); Jalan Merak, Bandarputra (2); Taman Makmur (1); Taman Perindustrian Murni (57); Jalan Perindustrian 1 (87).
Mukim Kulai: Taman Pancasila (1 kasus); Jalan Matahari (1); Taman Muhibbah (1); Taman Putri (2); Taman Lagenda Putra (1); Jalan Rambutan (1); Taman Saleng Gaya (2); Jalan Teratai, Indahpura (1).
Mukim Bukit Batu: Felda Bukit Batu (2 kes).
Mukim Sedenak: Kampung Melayu (1 kes).
Pejabat
• Setiawalk, Pusat Bandar Puchong
Pihak pengurusan memaklumkan dalam notis bertarikh 6 Jan bahawa terdapat lima kes baru di Setiawalk, dengan satu kes masing-masing di Blok H, Blok E dan Blok C dan dua kes di Blok D.
Stay at home guys! Kita masih belum menang.
Sumber: Malaysiakini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkongsian Cikgu Ini JADI VIRAL & Dapat 16 K Share Selepas Hanya Kongsikan 10 Tips Ini

Ramai ibu bapa yang mempunyai anak remaja dan masih di bangku sekolah ada masanya berasa tercabar dalam melayan karenah anak remaja di bangku sekolah yang malas belajar, suka melepak dan tidak suka duduk di rumah.
Biar pelbagai usaha dilakukan, marah, bebel, pukul dan sebagainya tetapi ada ketika anak lebih suka mengikut kata kawan-kawan. Namun perkongsian seorang cikgu ini yang sempat berbual dengan seorang ibu tentang kejayaan anak lelaki bongsunya yang dalam kelas Sains Tulen semasa mengambil report card mungkin boleh dijadikan ilmu dan bermanfaat untuk semua.
Kata Cikgu Nur Salwani Binti Mat Nor yang menggunakan nama Ummu Al-Fateh di fb miliknya, ada lebih kurang 10 tips diberkan oleh seorang ibu tentang cara mendidik anak agar rajin belajar. Setakat ini perkongsiannya telah mendapat 16 k share.

Baca perkongsiannya.
sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini.pelajar lelaki melayu.
disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.alhamdulillah ada seorang yg bersinar.
so sis nak kongsi dengan rakan2 la kan apa tips maknya ye memandangkan semua ank2 nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):
1)Anak2 tak dibenarkan belajar dalam bilik masing2..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.
2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.
3) Pukul 10 masuk tidur
4) Tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan.hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.
5) Keluar mesti dgn ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.
6) Ayahnya serius tp baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak.yg dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm keta x dapat naik sbb parking penuh,rugi x dpt intview sekali)
7) Kena mula dari darjah 1,pukul 8 mlm terus duduk dimeja.so dh terbiasa.bila sekolah menengah dah tak perlu suruh,anak otomatik pegang buku jam 8 malam.
8) Tak pernah pergi tusyen.jika tak faham kena tanya kwn yg lebih pandai disekolah.
sis tanya lagi,ank puan ada diberikan handphone?internet? maknye jawab. ya bagi cikgu..petang2 dia main game.kena bagi jugak x boleh sekat sy faham dia remaja.kita xnk dia memberontak.asal dia x melepak sudah.kawan2 dia dtg rumah kami main game tp anak sy takkan keluar dari rumah.sy kenal semua kawan2nya.
ayat last sekali maknya mmg power:
“cikgu,apa2 pun asasnya dari rumah dari ibu bapa.sy tak boleh nak harapkan cikgu saja,cikgu pun ramai anak murid lain lagi.cikgu dah byk membantu sy didik dia.terima kasih cikgu”
sis angguk2…oooo..betul2…tq puan sudi datang dan share dengan saya.kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

