Kalau sudah rezeki, apa yang diidamkan pasti akan berada dalam genggaman juga. Thach Thu Thao merupakan seorang peserta Miss Universe Vietnam 2022 namun dia hanya sekadar berada di kedudukan 71 peserta terbaik dan gagal lolos ke peringkat akhir yang hanya menampilkan 41 peserta sahaja.
Tidak berputus asa, gadis dengan ketinggian 178cm ini kemudiannya menyertai pertandingan Miss Ethnic Vietnam 2022 yang menawarkan pesertanya ‘tiket’ untuk mewakili Vietnam di pertandingan Miss Earth 2022. Pada malam finale yang diadakan pada 16 Julai lalu, dia mengakhiri perjuangannya dengan berada di kedudukan ketiga pertandingan.
Kalau sudah rezeki…
Sejak awal lagi pihak penganjur telah mengumumkan yang wakil Miss Earth Vietnam 2022 akan dipilih dalam kalangan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Miss Ethnic Vietnam 2022.
Menerusi satu majlis pengumuman yang diadakan berasingan, pihak penganjur telah sebulat suara memilih Thach Thu Thao yang berada di posisi ketiga sebagai Miss Earth Vietnam 2022. Menjelaskan tentang sebab mengapa gadis berusia 21 tahun ini dipilih untuk mewakili Vietnam dan bukannya pemenang Miss Ethnic Vietnam 2022 untuk ke pertandingan antarabangsa. Pemegang lesen Miss Earth Vietnam, Truong Ngoc Anh dari Nova Entertainment memberi penerangan.
Menurutnya, “Thu Thao ialah seorang gadis yang mempunyai identiti tersendiri, sangat layak untuk bersaing dalam Miss Earth. Dia menari dengan cantik dalam pakaian tradisional Khmer. Keindahan identiti negara adalah sangat penting untuk dipertonton di pertandingan antarabangsa.”
Ads
Sedikit latar belakang tentang Thach Thu Thao, dia berketurunan etnik Khmer serta dilahirkan dan dibesarkan di Tra Vinh dalam sebuah keluarga yang bekerja sebagai petani. Walaupun hidupnya susah, dia dididik oleh keluarganya untuk belajar dengan baik. Beliau kini merupakan pelajar jurusan Bahasa Inggeris di Universiti South Can Tho.
Daripada seorang gadis luar bandar yang pemalu, si cantik ini menjadi lebih terbuka apabila memasuki alam universiti. Dek kecantikannya dia telah dinobatkan sebagai Universiti Miss Nam Can Tho sebelum mendaftar dalam beberapa siri peraduan ratu cantik yang lebih berprestij.
Ads
Dalam satu kenyataan rasmi, dia berkata, “Saya amat gembira. Gembira kerana impian saya telah menjadi nyata. Saya akan cuba 200% kemampuan saya untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh Nova Entertainment. Saya akan cuba memenuhi tugas saya sebagai utusan budaya dalam memperkenalkan identiti budaya kebangsaan Vietnam kepada rakan-rakan yang datang dari segenap pelusuk dunia. Ini adalah kebanggaan terbesar dalam hidup saya.”
Pertandingan Miss Earth 2022 dijadualkan akan diadakan di Manila, Filipina penghujung tahun ini. Untuk pengetahuan pembaca, Vietnam pernah sekali menggondol gelaran juara Miss Earth pada tahun 2018 menerusi perwakilan Nguyen Phuong Khanh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran sambutan Tahun Baru Cina dalam masa beberapa hari saja lagi telah sekali lagi membangkitkan rasa riang buat fesyenista di Malaysia.
Ini kerana pelbagai jenama telah memperkenalkan koleksi khas Tahun Baru Cina masing-masing dengan interpretasi berbeza. Ia selari dengan identiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Lalu kebanyakan daripada pilihan item untuk tiga koleksi pilihan REMAJA pada kali ini boleh disarungkan bukan saja bagi remaja berketurunan Cina tetapi juga semua lapisan millenial.
Korang sudah bersedia untuk ‘mengaum’?
01
Coach
(Dari kiri) Beg kamera, beg ‘wristlet’ dan hoodie. Foto : Coach Malaysia
Maskot ikonik Coach, ‘Rexy’ kembali lagi dengan ‘onesie’ bercorak harimau sempena Tahun Baru Cina 2022. Elemen harimau jelas dapat dilihat pada pilihan baju T, dress, hoodie, beg dan tas tangan serta beg kamera yang ditawarkan Coach kali. Apa yang REMAJA gemari adalah mood-nya yang masih kasual dan tidak kekok untuk digayakan sepanjang tahun biarpun sambutan Tahun Baru Cina telah berakhir kelak.
Bagi setiap pembelian barangan daripada Coach pada musim perayaan ini, korang akan membawa pulang paket ‘angpau’ istimewa yang mereka sediakan.
(Dari kiri) LUNAR NEW YEAR T-SHIRT IN ORGANIC COTTON dan LUNAR NEW YEAR DRESS. Foto : Coach Malaysia(Dari kiri) FIELD BUCKET BAG dan FIELD TOTE 40. Foto : Coach Malaysia
.
.
02
Onitsuka Tiger
(Dari kiri) SS Jacket, sneakers ‘Serrano’ dan P Sweat Hoodie. Foto : Onitsuka Tiger Malaysia
Dalam banyak-banyak jenama yang melancarkan koleksi khas CNY pada tahun, tentunya jenama dari Jepun Onitsuka Tiger merupakan jenama fesyen yang paling dinanti-nantikan disebabkan motif ikonik harimau yang mereka tawarkan bersempena tahun zodiak haiwan tersebut.
Koleksi kali ini menawarkan pilihan cetakan harimau dalam beberapa pilihan warna seperti jingga kelabu, putih, hitam malah biru cair. Bagi Onitsuka Tiger, inilah tahun di mana mereka boleh bereksperimentasi dengan ‘nama’ jenama itu sendiri dan interpretasi sambutan Tahun Baru Cina mereka adalah lain daripada yang lain.
Well, well.. jika korang tidak berkesempatan untuk mendapatkan koleksi CNY ini, jangan risau kerana Onitsuka Tiger telah merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk bermotifkan corak harimau sepanjang tahun 2022.
(Dari kiri) P Tee, WS Skirt dan Graphic Tee. Foto : Onitsuka Tiger Malaysia(Dari kiri) Tiger Tote dan sneakers ‘Mexico 66’. Foto : Onitsuka Tiger Malaysia(Dari kiri) Middle Sock, P Mini Bag Pack dan P Shoulder Pouch. Foto : Onitsuka Tiger Malaysia
.
.
03
H&M
Menggabungkan konsep tradisional dengan elemen kontemporari, koleksi CNY H&M 2022 nampak lebih muda, segar dan kasual berbanding tahun lalu. Kali ini, palet warnanya lebih bervariasi walaupun warna merah menyala masih mendominasi pilihan jaket, kemeja, hoodie, aksesori dan lain-lain. H&M membawakan tema ‘Be Your Own Label’ untuk Tahun Baru Cina dan mengajak fesyenista di luar sana merasa teruja dengan peluang dapat kembali besua muka dan kelihatan berstail tanpa mengira jantina, usia dan identiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun lalu, Selena Gomez menjauhi dunia hiburan dek kerana masalah kesihatan lupus sehingga perlu menjalani pembedahan pemindahan organ.
Kembali semula dengan lebih kuat ke acara karpet merah sejak awal tahun ini, semalam Selena mengejutkan semula ramai peminat apabila dia dikhabarkan memasuki pusat rehabilitasi mental selepas tidak dapat mengawal gangguan emosi.
Ini cerita sebenarnya..
Selena dilaporkan keluar masuk dari Cedars-Sinai Medical Centre demi tujuan rawatan susulan selepas pembedahan ginjal tersebut. Keadaannya dikatakan kurang stabil kerana sel darah putihnya berada pada tahap membimbangkan.
Besar kemungkinan, Selena perlu berkorban rasa penat dari segi fizikal dan emosi sehingga emosinya terganggu. Dia ingin sangat pulang ke rumah tetapi dihalang oleh doktor.
Sejurus selepas Selena memberontak sehingga – dipercayai – mencabut jarum pada lengan, keluarga Selena tidak mempunyai pilihan selain mendaftarkan dia masuk ke pusat kesihatan mental East Coast.
Berita ini amat menyedihkan kerana ramai remaja di luar sana yang memandang Selena sebagai ikon remaja perempuan yang cekal dan bijak. Dan kita lupa yang Selena masih muda. She is just like us, ada naik turunnya. Cuma disebabkan Selena berstatuskan selebriti, tumpuan terarah kepadanya.
Tambahan pula, dunia baru saja ‘menyambut’ hari peringatan kesihatan mental sedunia pada Rabu lalu. Untuk mendapat tahu berita sebegini pada minggu ini, it is just devastating.
Selena bukanlah selebriti remaja pertama yang memasuki rehab pada tahun ini. Pada pertengahan tahun ini, Demi Lovato dimasukkan ke pusat rehabilitasi atas pengambilan bahan terlarang.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini (RR) baru-baru ini mengharumkan nama negara sekali lagi di persada dunia apabila busana rekaan mereka digayakan oleh penyanyi terkenal Lady Gaga ketika penampilannya di Lady Gaga Jazz & Piano di Park MGM, Las Vegas, Amerika Syarikat.
Menerusi video yang tular di media sosial, menyarung gaun labuh potongan sopan hasil sentuhan dinamik pereka duo berkenaan ketika menyanyikan lagu popularnya Americano sambil memetik piano.
Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga itu bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh model terkenal, Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai tahun lalu.
Kredit: Instagram @rizmanruzaini
“Segalanya bermula selepas Naomi Campbell mengayakan busana kami pada pertunjukan fesyen di Dubai tempoh hari. Tentulah, Naomi merupakan supermodel yang disegani, jadi apabila dia bersetuju nak pakai busana sesebuah jenama, maknanya pereka itu sudah ada ‘weight’”
“Jadi selepas dua, tiga hari Naomi pakai baju kami, kita dapat panggilan serta pertanyaan daripada agensi-agensi dari Hollywood. Dalam banyak-banyak panggilan itu merupakan stylist yang bekerja dengan penyanyi popular seperti Lady Gaga dan Beyonce”
Rizman berkata demikian kepada Gempak, beliau turut menjelaskan selepas bertukar nombor, RR pun memulakan proses rekaan seperti biasa selepas mendapat ukuran daripada agensi yang menghubunginya.
Tambahnya, kebiasaannya selebriti luar negara akan mengenakan busana daripada pereka yang baru berkolaborasi dengan mereka untuk majlis kecil seperti majlis persembahan makan malam.
Kredit: Instagram @rizmanruzaini
“Kami hantar busana berkenaan kepada agensi yang menguruskan busana Lady Gaga pada awal tahun ini. Perancangan asal, sebenarnya busana itu untuk dinner show sahaja. Namun, selepas sampai ke sana, pihak Lady Gaga beritahu yang tuan empunya badan mahu simpan dan pakai untuk majlis yang lebih besar”
Katanya, “Jadi bila Lady Gaga pakai ketika konsertnya, kami berasa sangat teruja dan terkejut!”
Dalam pada itu, Rizman menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan wang untuk membolehkan rekaannya dipakai oleh Lady Gaga dan menganggap kolaborasi itu sebagai peluang untuk jenama Rizman Ruzaini ke persada yang lebih tinggi.
Sumber: Astro Gempak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama alat muzik tradisional Brunei, Gulintangan mungkin kedengaran asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Namun apabila ia digunakan dalam persembahan penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid...