Penuh Aksi Mendebarkan, Kemunculan Han Beri Kejutan Dalam Fast and Furious 9

Share

Selepas beberapa kali menangguhkan tayangan gara-gara wabak pandemik COVID-19, Fast and Furious 9 akhirnya ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 21 Oktober 2021.

Filem kesembilan daripada francais ‘Fast and Furious’ ini merupakan kesinambungan dari filem kelapan pada tahun 2017 iaitu ‘Fast & Furious 8’. Ia menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.

Dibintangi oleh Vin Diesel bersama-sama pelakon asal Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris dan Michael Rooker, filem ini juga menyaksikan kemunculan John Cena bagi menggantikan tempat Dwayne Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam siri ini.

Rancangan Dom untuk pencen dan menghabiskan masa bersama anaknya gagal apabila dia diburu oleh Charlize Theron yang bersekutu dengan adiknya, Jakob, watak yang dipegang oleh John Cena. Fast and Furious 9 banyak menceritakan semula kisah adik beradik, Dom dan Jakob serta menyingkap kembali apa yang telah berlaku kepada mendiang ayah mereka.

Turut memberikejutan apabila Han yang dianggap telah meninggal dunia membuat kemunculan dalam filem terbaharu ini.

Apa yang boleh kami katakan, sudah tentu filem ini sarat dengan aksi dan babak di angkasa lepas turut menjadi isu kerana dikatakan tidak masuk akal.

Kalau nak diikutkan banyak sahaja aksi berlumba yang juga tidak masuk akal, jadi bagi kami setakat lebih kurang 40 minit terakhir dipaparkan babak ke angkasa, masih boleh lagi untuk kami layan. Hiks!

Tidak banyak yang berubah, semua aksi-aksi yang dipaparkan rasanya sudah biasa ditonton oleh peminat siri Fast & Furious. Namun, apa yang boleh kami katakan, Fast and Furious 9 masih lagi berbaloi untuk ditonton di pawagam.

 

 

IKLAN