Mellya Azizi (tiga dari kiri) dan Fiffy Afrina (dua dari kanan) tersingkir pada episod akhir yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima. Foto: IDEAKTIV
Dalam mana-mana pertandingan bakat yang dianjurkan oleh mana-mana negara, tentunya sesi penyingkiran adalah sesuatu yang normal. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang tersungkur di tengah jalan.
Jarang sekali sesebuah pertandingan itu mempunyai sesi penyingkiran di peringkat finale. Namun, jarang tidak bermaksud tak pernah.
Seperti pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe dan Miss World, peringkat finale pertandingan bermula daripada ratusan peserta dan sedikit demi sedikit, hanya peserta terpilih sahaja yang akan sebagai 5 peserta terbaik ataupun 3 peserta terbaik sahaja.
Malah semasa finale pencarian Hero Remaja 2017 dilangsungkan, jumlah 7 peserta terakhir juga dikurangkan kepada 5 peserta sebelum juara diumumkan.
Semalam semasa berlangsungnya acara finale Ratu Hijabista musim pertama, sesi penyingkiran telah dilangsungkan pada pertengahan episod.
Ads
Selepas 4 finalisnya iaitu Tina Aziz, Mellya Azizi, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina menjawab soalan pertama, 2 daripada mereka telah disingkirkan bagi memberi ruang kepada 2 orang finalis untuk maju ke hadapan.
Peserta yang kurang bernasib baik itu ialah Mellya dan Fiffy.
Menjawab sama ada mereka mempunyai perasaan ralat mengenai penyingkiran tersebut, Mellya berkata mereka berdua tentunya terkejut seperti yang dirasakan oleh penonton di rumah.
“Selalunya, kita akan tentukan kedudukan 4, 3, 2 dan juara. Tapi apabila saya melihat reaksi Puan Sri Normala Samsuddin menggeleng kepala, saya sudah dapat mengagak ada penyingkiran pada malam ini (semalam).
Mellya Azizi.
“Saya terus bercakap kepada Qila bahawa penyingkiran akan dilakukan walaupun dia tidak percaya.
Ads
“Sebaik turun dari pentas, saya terima dengan keputusan tersebut. Saya katakan kepada Fiffy, Allah telah berikan apa yang terbaik. Ini adalah usaha kita dan ini yang Allah beri. That’s it. Walaupun terkejut, saya terima dengan redha,” kata ahli parlimen belia Selangor itu.
Fiffy Afrina
Michael Ang & Puan Seri Normala Samsuddin Kata..
Pada segmen pertama yang melibatkan video Pesanan Khidmat Masyarakat dan sesi Q&A pertama, juri jemputan Michael Ang beranggapan bahawa keempat-empat finalis telah melakukan yang terbaik.
Ads
“Poin yang mereka beri pun membina. Cuma 2 lagi peserta (Tina dan Qila) memberikan respon dan jawapan yang sedikit lebih baik berbanding 2 lagi. Bukan kerana mereka tidak bagus,” kata pengarah itu.
Dua finalis di Top 2; Tina Aziz dan Qila Shahirah.
Puan Seri Normala Samsuddin pula menyifatkan ia adalah kejutan yang tidak seharusnya dijadikan isu. “Saya sebenarnya tidak sukakan penyingkiran, saya akan jadi emosional. Cuma sudah namanya pertandingan, tentu ada yang kalah dan ada yang menang,” jelas Puan Seri.
*
Apapun, penulis begitu kagum dengan kebijaksaan dan kepetahan bercakap pada diri keempat-empat finalis semalam.
Tahniah kepada juara Ratu Hijabista 2020, Qila Shahirah, tahniah juga kepada Tina, Mellya dan Fiffy yang berjaya tiba ke pentas finale.
Bagi peminat francais Scream, diam tak diam siri ini sudah pun menerbitkan lima buah filem dan yang terbaharu sudah pun ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam menggemparkan bandar Woodsboro, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu.
Foto: United International Pictures
Pada mulanya dalam siri ini, korang akan menyaksikan kisah sekumpulan remaja yang diserang oleh pembunuh bersiri yang memakai topeng Ghostface, dengan mangsa pertamanya Tara. Ada kisah yang berlaku disebalik serangan itu, dan rakan-rakan Tara mencari tahu siapakah sebenarnya pembunuh bersiri yang berlegar-legar di kawasan mereka.
Foto: United International Pictures
Apa yang menariknya, kemunculan watak-watak sebelum ini, Sidney, Gale dan Dewey menambah baik lagi jalan cerita dengan peranan penting yang dibawa oleh watak masing-masing.
Foto: United International Pictures
Namun begitu, satu kelemahan yang kami dapati apabila filem ini terlalu banyak adengan yang dipotong, dan bahasa ‘carutan’ yang digunakan juga dipotong terlalu kerap membuatkan penonton sedikit rasa tidak selesa. Tidak hairanlah jika filem ini diklasifikasikan untuk penonton berumur 18 tahun kerana bahasa kasar dan aksi ganas yang ditonjolkan.
Untuk yang tidak pernah mengikuti siri filem aksi seram ini, korang tidak perlu risau kerana jalan ceritanya mudah difahami tanpa perlu mengikuti setiap siri filem sebelum ini. Jangan tak timbul isu korang akan blur dalam panggung wayang. Hiks!
Foto: United International Pictures
Secara keseluruhannya, filem ini berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi buat peminat filem aksi pembunuhan bersiri. Dibintangi oleh Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette dan Neve Campbell, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam berhampiran sekarang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya lepas ini tak perlulah lagi kita kerap ke Korea Selatan untuk merasakan pengalaman dunia K-Pop.
Mereka sendiri yang semakin kerap ‘datang’ ke Kuala Lumpur. Terbaru, sebuah kafe berkonsepkan kumpulan K-Pop, EXO akan dibuka pada hujung bulan April ini.
Dikenali sebagai The Brussette Cafe, kafe ini akan menyajikan makanan western Halal dan sedang menjadi bualan mulut para EXO-L Malaysia. Ini kerana hampir setiap segi persediaan kafe sebelum ia dibuka kelak mempunyai elemen EXO.
Contohnya, ia akan mempunyai album, DVD dan merchandise original sebagai bahan pameran. Pengunjung juga boleh menggunakan permainan video XBox dan board games di situ.
Mengapa Nama Brussette?
Menurut wakil pemiliknya, “Tahun lalu, keluarga saya berkesempatan untuk berkunjung ke Viva Polo (restoran Itali milik keluarga Chanyeol di Seoul). Kami bertuah kerana telah bertemu ibu Chanyeol di situ dan saya memberitahunya tentang perancangan untuk memiliki kafe sama sepertinya.
“Bila bertanya tentang nama yang sesuai, dia mencadangkan The Brussette Cafe. Katanya, Chanyeol dulu ingin menggunakan nama itu tetapi dia akhirnya memilih nama Viva Polo,” kongsi mereka di Twitter.
Jika sebelum ini bintang pop terkenal Justin Bieber mengumumkan tarikh baharu konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 buah negara tahun ini. Namun, perancangannya ini nampaknya akan di tangguhkan akibat mengalami lumpuh sebelah wajah.
Terbaru Bieber mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus yang dikenali Ramsay Hunt syndrome. Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.
Bagaimanapun penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
“Virus yang menyerang saraf di telinga saya dan saraf muka saya sehingga menyebabkan separuh muka saya menjadi lumpuh.
“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya ini. Lubang hidung ini tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.
“Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, tidak mampu melakukannya,” katanya.
Perkongsian Justin itu juga membuat ramai peminat terutama di Malaysia berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur Oktober depan akan turut terjejas.
Sebelum ini, isteri Justin iaitu model Hailey Baldwin berkongsi detik mencemaskan apabila dia mengalami simptom serangan strok pada Mac lalu.
Hailey memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati sarapan pagi bersama suaminya. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan terdapat ketulan kecil darah beku dalam otak yang menyebabkan model itu kekurangan oksigen.
Berdepan dengan masalah kesihatan yang serius, penyanyi lagu Peaches ini mahu mengambil masa sekarang untuk berehat sehingga keadaan pulih.
Ingat, muda tidak semestinya anda tidak akan terkena penyakit-penyakit ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan,...