Telahan orang ramai bahawa peserta ke-12 Big Stage 2022 berkontroversi adalah tepat sekali dengan pemilihan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli atau Iqbal.
Pendedahan tersebut yang dilakukan pada konsert pertama Big Stage malam ini sekaligus menyaksikan Iqbal bakal memberikan saingan kepada 11 peserta lain iaitu Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofia Mariella, Syafiq Abdilah, Tegar Septian, Tuah Adzmi dan Yazmin Aziz.
Biarpun pemilihan Iqbal ini mungkin dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan rating tayangan Big Stage 2022, tinjauan REMAJA di media sosial mendapati lebih banyak komen negatif dilontarkan ke arah peserta itu berbanding perasaan teruja penonton untuk melihat momen pertemuan Iqbal dengan bekas bos merangkap kekasihnya, Dato Seri Vida yang dilantik sebagai Presiden Netizen.
Untuk pengetahuan korang, perjalanan Iqbal sebagai seorang penyanyi bermula dari single pertamanya berjudul Hujan selepas episod putus cinta bersama Vida.
Ads
Single ciptaan Zai Hamzah manakala liriknya oleh Iqbal, Achoi Floor88 dan Eric Fauzi ini telah menjadi ‘tiket’ kelayakan Iqbal untuk menyertai Big Stage 2022 memandangkan video muzik lagu itu berjaya mencatatkan 2.1 juta tontonan sejak diluncurkan tiga bulan lalu.
Biarpun tular, penonton tetap sukar untuk menerima penyertaan Iqbal ini. Tidak kurang juga yang ‘menggertak’ enggan lagi menonton episod Big Stage 2022 seterusnya selagi Iqbal menyertainya.
REMAJA turut tertarik dengan sesetengah komen wargamaya yang membandingkan betapa mudahnya Iqbal sebagai peserta dengan kepayahan yang perlu diharungi salah seorang peserta Big Stage 2022, Tuah Adzmi.
Ads
Tuah yang juga merupakan pelantun lagu Insan Kau Cinta khabarnya telah melalui pusingan uji bakat Big Stage sebanyak tiga musim berbanding Iqbal yang mudah mendapat peluang pada percubaan pertamanya.
Tuah Adzmi
Sama ada korang setuju dengan penyertaan Iqbal ini atau tidak, juri telah memberikan respon mereka.
Iqbal yang menyampaikan lagu nyanyian asal Broery Marantika, Bila Bulan Bicara telah menerima 5 markah dari Ajai, 25 markah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan 20 markah (Aliff Aziz).
Ads
Manakala,Vida sebagai Presiden Netizen pula bertindak memuji keberanian Iqbal dan menyatakan nyanyian tidaklah seteruk yang disangka.
Konsert Big Stage 2022 minggu pertama menyaksikan kesemua 11 orang peserta yang melakukan persembahan malam ini mara ke episod minggu hadapan. Manakala, salah seorang pesertanya iaitu Megat Rahim tidak membuat persembahan setelah disahkan positif COVID-19.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak bergelar isteri Putera Harry, fesyen si cantik manis Meghan Markle sentiasa mencuri tumpuan lensa.
Foto: Joe Pugliese/Harpo Productions via AP
Sama ada mengenakan summer dress, suits, padanan skirt dan blouse, evening gown, semua mata tertumpu padanya. Ibu kepada Archie dan Lilibet ini tahu nak menyuai padan sesuatu fesyen agar kena dengan acara dan gaya.
Korang ingat lagi tak sesi interview Oprah Winfrey bersama Meghan Markle dan Putera Harry yang mengejutkan tahun lepas? Ketika itu Meghan anggun mengenakan wrap dress dan sedang sarat mengandungkan puterinya, Lilibet.
Guess what!
Pakaian yang dipakai Duchess of Sussex ketika itu dipilih sebagai “Dress of the Year” di sebuah muzium fesyen di England.
Foto Via fashionmuseum.co.uk
Dalam temu bual tersebut, Meghan mengenakan gaun satin berwarna hitam daripada jenama mewah Giorgio Armani.
Gaun tersebut menampilkan potongan leher berbentuk ‘V’. Dipadankan pula dengan high-waist belt dan sulaman bunga teratai di bahagian dada kanannya. Memang nampak sangat cantik dan terletak elok pada badannya. Selepas dipilih sebagai pakaian terbaik, pengunjung Fashion Museum Bath bakal melihat gaun tersebut dalam pameran utama iaitu ‘A History of Fashion in 100 Objects‘.
Foto Via WWD
“Wrap dress Armani yang dipakai itu telah mempamerkan kehamilan Meghan. Manakala warna hitamnya menyerlah di Taman Hollywood Tyler Perry. Ini adalah tambahan hebat kepada koleksi Fashion Museum Bath!”, kongsi Ibrahim Kamara dan Gareth Wrighton.
Memang berseri betul Meghan dalam persalinan Giorgio Armani ni kan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan selebriti Korea, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon akhirnya bergelar ibu dan bapa setelah pelakon wanita itu selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.
Berita itu telah disahkan sendiri oleh agensi Park Shin Hye, SALT Entertainment dalam sebuah kenyataan mereka berkongsi bahawa aktres itu bersama pasangannya mengalu-alukan kelahiran bayi lelaki mereka dan kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat.
Pelakon Park Shin Hye selamat melahirkan anak lelaki yang sihat hari ini di sebuah hospital di Seoul. Ketka ini, kedua-dua Park Shin Hye dan bayi lelaki itu berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat bersama Choi Tae Joon dan keluarga serta rakan-rakan.
Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mengucapkan tahniah. Teruskan memberi doa dan sokongan anda kepada Park Shin Hye, Choi Tae Joon dan bayi lelaki mereka.
Pada akhir tahun lalu, Park Shin Hye telah melakukan kejutan kepada para peminat apabila secara tiba-tiba ingin melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya.
Berita itu diumumkan sendiri oleh Park Shin Hye menerusi official fan café dan menerima reaksi yang positif daripada rata-rata peminatnya yang mendoakan kebahagiaan selebriti itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin baru-baru ini telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya yang seakan-akan memberi ‘hint’ bakal melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.
Menerusi muat naik yang mula dibuat pada empat hari lalu, Fattah memperdengarkan sedikit teaser lagu tersebut yang berjudul Hamba. Fattah juga dilihat bakal digandingkan bersama penyanyi rap KMY KMO yang popular dengan lagu 7 Nasihat.
Ramai warganet yang terkejut dan menyifatkan Fattah melakukan kerja secara ‘senyap-senyap’ dan tiba-tiba sudah ingin melancarkan lagu baharu.
Wah, ramai yang dah tak sabar menantikan kemunculan lagu terbaharu dari Fattah Amin ini. Apa-apa pun Remaja terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah buat Fattah dan teamnya.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.