Kita sering terbaca kisah seseorang membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi akibat tekanan dialami. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana sebenarnya keadaan seorang individu yang membunuh diri? Bagaimana keadaan jenazahnya? Adakah mudah diuruskan? Apa keganjilan terjadi dan adakah halangan berlaku ketika pengkebumiannya?.
Seorang pengurus mandi jenazah, Lasminah Dolsiraj, 59 yang sudah 20 tahun terlibat dalam kerja fardu kifayah sudi berkongsi cerita bagaimana dia pernah menguruskan jenazah seorang remaja perempuan yang membunuh diri, berusia 20-an yang terjun dari bangunan tinggi akibat depresi.
Katanya, kepala remaja berkenaan pecah tetapi sesudah di post mortem, biasanya kepala dapat dibentuk kembali biar pun tidak rata sama sekali. Jelas wanita merendah diri ini, itu bukan masalah besar baginya tetapi ada banyak benda pelik berlaku sepanjang dia memandikan jenazah remaja berkenaan.
Kak Las sudah lebih 20 tahun terlibat dalam kerja memandikan jenazah
Menurut Lasminah atau mesra kak Las, sepanjang pengalamannya, dia mengakui menguruskan jenazah bunuh diri berbeza sama sekali ketika menguruskan jenazah seseorang yang meninggal secara semulajadi.
Masa yang sama, katanya seorang tukang mandi jenazah perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pendinding diri kerana ada saja kejadian tidak disangka-sangka akan berlaku.
Ads
“Biasanya bagi individu yang bunuh diri, ada saja halangan akan dilalui. Allah nak tunjukkan kepada yang masih hidup, jangan memilih tindakan sebegini kerana kita tidak tahu nasib di akhirat kelak,” ceritanya.
Kata Kak Las, semasa proses memandikan, dia tidak dipertunjukkan apa-apa yang aneh tetapi dia ditanya oleh seorang ahli keluarga mangsa mengapa dia dipertontonkan mayat adiknya seolah dipasung dengan kakinya yang berlubang besar. Seolah-olah dibakar dengan api yang sangat marak. Seakan api neraka.
“Saya tidak nampak tetapi Allah mempertontonkan kepada ahli keluarganya. Dua kali dia bertanya tetapi saya menyuruhnya beristighfar dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan semua urusan semasa saya memandikan adiknya,” katanya memulakan cerita.
Ads
Cerita Kak Las, hanya kakaknya saja yang menemankan dia di bilik mandi jenazah sedangkan ahli keluarga lain hanya menunggu di luar. Ibu bapa remaja itu sendiri asyik pengsan kerana tidak menyangka anak mereka mengambil tindakan sedemikian.
Cerita kaki terpasung dan berlubang tidak habis begitu sahaja. Selepas selesai mandi dan kapan, kata Kak Las, dia yang menelefon imam memaklumkan kes ini akhirnya berasa pelik kerana tiada yang sudi menyembahyangkan jenazahnya. Seolah-olah dipulau.
“Bukan saja tiada imam tetapi tukang gali kubur pun marah-marah ketika menggali kuburnya. Sedangkan sifat seorang penggali kubur itu biasanya lemah lembut kerana mereka sudah lama menguruskan ribuan jenazah malah boleh dikatakan setiap hari. Kata kakaknya kepada saya, pakcik gali kubur itu marah-marah dan hentak papan kuat-kuat. Seolah-olah satu perbuatan protes yang hendak ditunjukkan kepada orang yang masih hidup bahawa perbuatan bunuh diri itu tidak diterima oleh bumi dan juga manusia.
Ads
“Lebih pelik, tukang bawa van jenazah pun tidak ada ketika itu. Ada urusan di luar. Sudahlah tiada orang nak solatkannya, pemandu van pun seolah berat hati mengusung jenazahnya dibawa ke dalam masjid. Mereka hanya tunggu di luar, menanti seolah-olah ada orang lain yang akan menguruskannya. Bukan diri mereka.
“Pendek kata Allah memberikan kesukaran dalam pelbagai bentuk. Saya sendiri, elok-elok cuaca elok, tiba-tiba hujan lebat ditambah ribut petir seakan menghalang perjalanan kita menyegerakan jenazah.
Tiada yang sudi untuk menggali kubur untuk remaja berkenaan. Malah ketika dilakukan, perbuatan itu dilakukan dengan kasar, seolah-olah tidak menyenanginya
Mengambil kira semua perkara yang terjadi ini, dapat saya simpulkan memang benar mereka yang mengakhiri kehidupannya dengan cara tidak diredhai Allah, awal-awal lagi Allah menunjukkan bahawa berlaku penolakan kepada dirinya.
“Biarpun sifat Allah maha pengasih dan penyayang tetapi semua kejadian ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa sentiasalah berdoa agar hidup dan mati biarlah di dalam iman dan Islam.
“Agak menyedihkan bila kita memilih pengakhiran hidup sebegini tetapi kisah begini juga harus diberi perhatian bahawa awal-awal lagi bumi seolah-olah menolak mereka yang membunuh diri adalah satu perbuatan sukar diterima,” katanya mengharapkan cerita ini memberi tauladan dan sempadan bagi seorang muslim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali dengan panggilan Caprice terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa untuk memadamkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang didakwa memaparkan kejadian pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid oleh dua orang pelaku pada 5 Mei lalu.
Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Caprice berkata dirinya perlu mengikut dan menghormati arahan berkenaan.
“Maaf. Dapat panggilan untuk padam rakaman CCTV dari The Star pagi tadi. (Platform-platform media) lain pun dinasihat untuk jangan muat naik atau kongsikan CCTV kes Faisal Halim.
“.. Kami perlu ikut dan hormati arahan mereka,” catat Caprice dalam bahagian kapsyen.
Pada pandangan Caprice, sebarang sedutan CCTV, rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dan kelibat saksi boleh membantu pihak Polis Diraja Malaysia agar orang ramai yang mengesan jenis motosikal, topi keledar atau individu-individu yang berada dalam paparan video itu boleh tampil ke hadapan untuk membantu siasatan.
Begitupun, Caprice enggan mengeruhkan keadaan dan menghormati arahan yang diterimanya. Tinjauan REMAJA di media sosial juga mendapati beberapa platform media mula memadamkan rakaman CCTV itu daripada akaun masing-masing.
Menerusi video berdurasi 56 saat itu, kelihatan seorang lelaki bertopi sedang menunggu di sebuah kereta hitam sambil memerhatikan individu yang dipercayai merupakan Faisal sedang berjalan ke arah keretanya di sebuah pusat beli-belah.
Sebaik ingin membuka pintu kereta, lelaki bertopi kelihatan berulang kali menyimbah asid terhadapnya sebelum melarikan diri bersama seorang rakan komplot yang sedang menunggu bersama motosikal di tepi lokasi kejadian.
Sehingga lewat petang tadi, warganet tertanya-tanya sama ada video berkenaan adalah klip asli atau tidak sehinggalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengeluarkan kenyataannya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, video tersebut adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan tidak wajar disebarkan bagi menjaga sensitiviti mangsa serta keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan netizen apabila membalas ucapan selamat hari jadi daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Syed Saddiq meluahkan rasa penghargaan terhadap Bella yang disifatkan sentiasa berada di sisinya dalam apa jua situasi.
“Formalnya nak ber-YB (Yang Berhormat). Awak paling baik hati dan manis. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya pada waktu susah dan senang,” katanya dalam hantaran di Instagram.
Ahli Parlimen itu memuat naik semula perkongsian foto dan status Bella menerusi laman sosialnya dengan kapsyen yang manis, sambil menyelitkan emoji hati.
Sebelum itu, Bella berkongsi beberapa gambar dan video ketika mereka melakukan aktiviti berdua, serta menitipkan ucapan yang penuh bermakna.
“Semoga hari mendatang lebih bermakna. Dipenuhi kehangatan dengan dikelilingi orang baik. Awak berhak menikmati segala yang baik. Insya-Allah,” tulis Bella.
Menjengah ruangan komen, ramai pengikut menganggap tindakan Syed Saddiq menghargai ucapan Bella sebagai sesuatu yang manis dan istimewa.
Tidak kurang juga, peminat tegar duo ini, dikenali sebagai BASS, mula membuat spekulasi bahawa hubungan mereka kini mungkin sudah ke fasa lebih serius dan bakal ke jenjang pelamin.
“YB sekarang tak ada cover-cover lagi ya. Argghh tak sabar tunggu majlis BASS,” tulis seorang netizen.
“Mesti dah tak lama (kahwin), dah ada dalam perancangan. Tunggu masa saja nak umumkan,” kata pengikut lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, BTS kembali mencuri perhatian dengan prestasi membanggakan apabila Guinness World Records secara rasmi menamakan mereka sebagai salah satu figura dalam senarai “ICONS”. Pengiktirafan ini difahamkan diberi kepada individu dan tokoh dunia yang berjaya memberi impak besar melalui pencapaian luar biasa dalam bidang masing-masing.
Lebih membanggakan, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook itu menjadi satu-satunya kumpulan muzik serta artis dari Asia yang tersenarai bersama beberapa nama besar dunia hiburan seperti Taylor Swift, Drake, Beyoncé, Elton John, Paul McCartney dan juga MrBeast.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi, Guinness World Records memuji pengaruh besar BTS dalam industri muzik global serta peranan kumpulan itu dalam mengubah landskap budaya pop moden melalui karya-karya mereka.
Kredit foto: RollingstoneKredit foto: Guinness World Records
“Muzik mereka mungkin selembut Butter, tetapi rekod yang mereka pecahkan sememangnya luar biasa! Jika anda masih belum mengenali BTS, mungkin anda sedang hidup di bawah tempurung,” katanya.
Untuk info, sepanjang perjalanan karier mereka, BTS berjaya mencatat pelbagai rekod mengagumkan termasuk menjadi kumpulan dengan jumlah pengikut dan penstriman tertinggi di Spotify bagi kategori solo, duo atau kumpulan.
Mereka juga mencipta sejarah sebagai artis K-Pop pertama yang berjaya menduduki tangga nombor satu carta album di Amerika Syarikat, sekaligus membuka lebih banyak ruang untuk muzik Korea di pentas antarabangsa.
Selain popular dengan lagu-lagu hit seperti ‘Mic Drop’, ‘Fake Love’, ‘DNA’, ‘Dynamite’, ‘Permission to Dance’, dan banyak lagi, BTS turut dikenali kerana mesej yang dibawa dalam muzik mereka yang sering menyentuh isu seperti kesihatan mental, kesunyian, tekanan hidup dan perjalanan menjadi dewasa.
Pengiktirafan daripada Guinness World Records ini sekali lagi membuktikan pengaruh besar BTS dalam industri hiburan global serta peranan mereka dalam membuka peluang lebih luas kepada artis Asia di peringkat dunia.
Sebelum ini, BTS sering menegaskan bahawa individu yang terus berusaha tanpa mudah berputus asa akhirnya akan mencapai kejayaan, dan semangat tersebut terus menjadi sumber inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.
Dalam perkembangan terkini, kumpulan bintang popular itu sedang sibuk dengan konsert jelajah dunia ‘ARIRANG’. BTS juga bakal kembali menghangatkan pentas di Kuala Lumpur selama dua hari pada Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes tikaman sekolah Banting mengejutkan apabila seorang pelajar perempuan cedera dalam insiden di sebuah sekolah menengah di Selangor yang kini masih dalam siasatan polis.