Malaysia mempunyai mercu tanda yang tersergam indah dan boleh dikunjungi pelawat untuk menikmmati pengalaman berada di banggunan tertinggi di negara kita.
Menara Berkembar Petronas atau lebih sinonim dengan nama Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) antara lokasi tumpuan pelancong kerana pengunjung dapat melawat Skybridge yang berada di tingkat 41. Dari situ, pengunjung dapat melihat keindahan Kuala Lumpur dari pemandangan atas bangunan tertinggi.
Seperti yang korang semua sedia maklum, untuk ke Skybridge, pengunjung perlu mendapatkan tiket berharga RM28 untuk warganegara Malaysia dan RM80 bagi pelancong dari luar negara.
Walau bagaimanapun, kini pengunjung boleh merasai pengalaman berada di Skybridge KLCC terlebih dahulu secara maya. Mungkin ada yang ingin tahu bagaimana agaknya keadaan di sekitar Skybridge tetapi masih belum berpeluang berkunjung ke sana. Jadi, inilah peluang untuk korang ‘melawat’ SkyWalk 360 secara maya.
Ads
Apa yang korang boleh lihat melalui SkyWalk 360 ini?
Ia memberikan pengalaman lawatan 360 darjah kepada pelayar web. Korang hanya perlu melawat laman SkyWalk 360 dan memulakan lawatan secara maya dan percuma.
Ads
Di sini, korang boleh melihat pelbagai kawasan sekitar KLCC dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara berkenaan. Terdapat juga paparan dari udara dan juga daripada tingkat 86.
Ads
Apa yang lebih menarik, lawatan maya korang juga disertakan dengan muzik iringan bagi menambah ‘feel’ seakan berada di atas sana. Hiks!
Namun begitu, pengalaman melawat secara maya tidak sama seperti korang mengunjungi sendiri ke lokasi berkenaan. Tetapi, ia sudah cukup untuk memberikan pengalaman awal dan pengetahuan tentang Skybridge KLCC.
So guys apa lagi, jom cuba rasai pengalaman di SkyWalk360 KLCC.
Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 16 bagi pengguna iPhone.
Sistem operas terkini iPhone iaitu iOS 16 kini boleh dimuat turun oleh pengguna peranti-peranti yang layak menerimanya. Saiz muat turun sistem operasi ini ialah 3.1GB dan boleh dilakukan secara OTA seperti kebiasaannya.
Katanya iOS kali ini membawakan ciri Always on Display. Jom kita lihat antara 10 ciri iOS 16 yang dikatakan hadir dengan pelbagai ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum.
Kustomasi Skrin Kunci Seakan Android
Pengguna iOS tidak perlu lagi cemburu dengan pengguna Android kerana ciri kustomasi ini lebih kurang yang ada pada Android.
2. Safety Check – Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga
Ciri Safety Check boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk menghadkan akses akaun mereka dari pasangan.
3. Family Sharing – Kawal Peranti Anak Dengan Lebih Mudah
Terdapat banyak isu tentang akses kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan juga mengawal berapa lama mereka boleh menggunakan peranti setiap hari. Pada iOS 16, proses mengawal akan dipermudahkan menerusi Family Sharing yang dipertingkatkan.
4. Photos – Perkongsian Mudah Dengan Keluarga Menerusi iCloud
Dengan Shared Library, pengguna ekosistem Apple boleh berkongsi gambar yang diambil menggunakan iPhone terus dengan ahli keluarga. Gambar diselarikan dengan storan iCloud setiap ahli dalam kumpulan.
5. Photos – Sorok Gambar Dengan Face ID, Touch ID dan Kata Laluan
Gambar yang ingin disorokkan dari pengguna lain kini boleh dikunci di sebalik imbasan Face ID, Touch ID dan kata laluan dalam aplikasi Photos. Lepas ini, gambar privasi seperti kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran misalnya akan disimpan dengan selamat.
6. Photos – Melakukan Suntingan Yang Sama Pada Gambar Lain
Proses menyunting gambar dalam Photos turut dipertingkatkan dengan ciri melakukan suntingan yang sama pada gambar yang lain secara automatik. Katakanlah gambar A disunting supaya lebih kecil dan dikenakan penuras monokrom.
7. iMessage – Suntingan Teks dan Menarik Semula Mesej
Khas buat korang yang suka typo? Jangan risau kerana iMessage pada iOS 16 membenarkan suntingan teks yang dihantar asalkan ia dilakukan dalam tempoh 15 minit ia dihantar kepada penerima.
8. Face ID Pada Posisi Landskap
Selamat datang ke 2022 Face ID pada iPhone! Ciri yang sudah sekian lama disokong pada iPad Pro kini akhirnya diberikan kepada model-model iPhone tertentu dengan Face ID.
9. Live Text – Teks Dalam Video Boleh Dipilih
Ciri Live Text yang tahun lalu menyokong mana-mana gambar yang ditekan selama beberapa saat kini menyokongnya pula pada video. Oleh itu proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi boleh dilakukan terus dengan hanya sekali tekan. Sistem yang lebih mesra pengguna berbanding yang digunakan Google Lens.
10. Apple Wallet – Perkongsian Kunci Digital Lebih Selamat
Apple Wallet menyokong kunci digital untuk kereta, bilik hotel dan kampus sejak beberapa bulan yang lalu. Pada iOS 16, kunci digital yang dimiliki pengguna boleh dikongsi dengan selamat menerusi aplikasi pemesejan popular seperti Messages, Mail, dan WhatsApp.
11. Melihat Kata Laluan WiFi Pada Tetapan
Pada iOS 16 kata laluan WiFi akhirnya boleh dilihat oleh pengguna. Sebuah lagi ciri standard pada Android kini dipinjam oleh iOS!
12. Health – Peringatan Memakan Ubat
Aplikasi Health semakin berguna selepas kemas kini iOS 16. Terdapat ciri untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat. Ciri imbasan label ubat juga diberikan supaya nama ubat boleh dimasukkan ke dalam senarai preskripsi pengguna secara automatik.
13.Rapid Security Response – Tampalan Sekuriti Pantas Tanpa Disedari
Kelebihan Rapid Security Response ialah pemasangan tampalan sekuriti tidak lagi memerlukan kemas kini versi iOS seperti yang dilakukan selama ini. Ia turut tidak memerlukan peranti dimulakan semula untuk tampalan sekuriti terkini berfungsi.
14.Haptik Untuk Papan Kekunci
Papan kekunci iOS 16 turut boleh menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan.
15. CarPlay Untuk Semua Saiz Skrin Kenderaan
CarPlay baharu tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat automotif utama seperti Honda, Volvo, Jaguar dan Ford CarPlay kelak dapat digunakan pada kesemua skrin dalam kokpit kenderaan.
16. Audio Spatial Khusus Untuk Setiap Pengguna
Akhir sekali kustomasi kepada sistem audio spatial turut boleh dilakukan pada iOS 16. Dengan menggunakan kamera TrueDepth di bahagian hadapan iPhone, sistem akan menganalisa kepada pengguna bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih serasi untuk setiap pengguna.
Tapi ingat! Hanya peranti yang lebih baharu seperti iPhone X, iPhone 8 dan ke atas boleh memuat turunnya sekarang. iPhone 6s/6s Plus, iPhone SE (Gen-1), iPhone 7 /7 Plus adalah lima iPhone yang tidak akan menerima kemas kini iOS 16.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul spekulasi rekaan model telefon pintar akan datang oleh jenama Apple pada minggu ini.
Biarpun Apple baru saja melancarkan model iPhone 13 baru-baru ini, itu tidak bermakna keluaran telefon pintar akan terhenti di situ saja. Pada waktu Apple melancarkan mana-mana model baharu, entah-entah tiga ke lima rekaan model akan datang sudahpun berada dalam genggaman mereka. Hanya masa saja yang akan menentukan bilakah setiap model itu akan dilancarkan.
Justeru, tidak hairanlah apabila timbul perkhabaran mengenai model telefon pintar oleh Apple pada minggu ini. Biarpun kita semua tidak pasti jika ia merupakan rekaan sebenar oleh Apple ataupun hanyalah gambaran peminat jenama Amerika Syarikat itu, apa yang menjadikannya menarik adalah idea rekaannya yang jelas kelihatan mirip jenama seterunya, Samsung.
Model telefon boleh lipat yang dikatakan bakal dipasarkan oleh syarikat Apple.Samsung Galaxy Fold
Sekali imbas memang tak nampak banyak bezanya dari luaran! Hanya logo yang tertera pada peranti itu saja yang berbeza.
Gambaran tersebut telah dikongsikan oleh penganalisa TF Securities, Ming-Chi Kuo. Katanya, Apple dijangka akan memperkenalkan telefon pintar jenis ‘foldable’ mirip model Samsung Galaxy Fold yang telahpun dipasarkan sejak 2019.
Ia disebut mempunyai skrin bersaiz 8-inci QHD dengan paparan OLED fleksible. Ura-ura ini bertambah kencang sejak awal tahun ini lagi sebenarnya selepas dua prototaip telefon pintar boleh lipat telah melalui ujian ketahanan dalaman syarikat itu.
Cumanya, Apple dikatakan masih dalam proses ingin memperbaiki teknologi model ini memandangkan bukan senang untuk menyiapkan telefon jenis boleh lipat yang bermutu tinggi. Seperti yang kita ketahui, tidak semua pengguna berpuas hati dengan model pertama Samsung Galaxy Fold yang mempunyai sedikit isu pada paparan skrinnya terutama pada bahagian terlipat.
Apple juga sedang mengusahakan fungsi ‘under-display fingerprint’ yang akan memudahkan lagi pengguna.
Jadi gaiss, bila sebenarnya kita boleh jangkakan model ini dipasarkan oleh Apple?
Sabar dulu ya kerana pengeluarannya akan memakan masa beberapa tahun lagi. Mengikut jangkaan, Apple sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan sekitar akhir tahun 2023 atau pada tahun 2024.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat produk Apple, pasti korang ingat lagi apa yang terjadi semasa Swith Warehouse Clearance Sale.
Jualan gudang yang pada mulanya hanya berskala kecil di stor Switch di kompleks membeli-belah MyTown Cheras bertukar havoc apabila pembeli sanggup beratur seawal jam 4 pagi dinluar bangunan demi merebut produk Apple murah.
Ramai yang berputih mata apabila stor tersebut mengumumkan semua produk telah habis terjual pada jam 11 pagi.
Kali ini, tiba pula giliran pengedar rasmi produk Apple Malaysia iaitu Machines untuk mengadakan Jualan Gudang untuk sejumlah besar produk mereka.
Bakal diadakan stor Machines, Jaya One Petaling Jaya bermula ESOK sehingga 30 Jun 2018, korang boleh mula kerumun stor tersebut dari jam 10 pagi sehingga 6 petang sementara stok masih ada. Khas untuk ahli Machines+ pula, mereka telah mendapat treatment khas untuk membeli pada hari ini.
Sudah tentulah semua orang akan cuba untuk merebut Apple iPhone X yang dijual pada harga diskaun, iaitu serendah RM4,507.
Namun jika bajet korang tak mencapai angka 2k, masih ada barangan yang wajib dibeli!
Contohnya Apple iPod pada harga RM278 dan Apple iPhone 7 128 GB pada harga RM1,533. Hebat ke idak? Berikut adalah beberapa lagi barangan Apple yang menerima tawaran diskaun.
Bagi yang berkira-kira ingin membeli bermula esok, why not korang aim dahulu barang apa dan sediakan bajet secukupnya.
Kemudian, datang awal ke stor esok dan pada hari Sabtu agar korang tak melepas okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!