Pempengaruh media sosial, Khairul Aming baru-baru ini meraih perhatian sekali lagi apabila pengasas pasaraya Mydin, Datuk Ameer Ali memberi kebenaran untuk mengambil seberapa banyak barangan yang diperlukan bagi memudahkan urusannya membantu mangsa banjir.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial dimuat naik oleh akaun @localrkyt menunjukkan perbualan antara Khairul Aming dan Datuk Ameer menerusi siaran langsung di TikTok.
Menurut Datuk Ameer, beliau percaya Khairul Aming seorang individu yang jujur dan membenarkan pempengaruh berusia 32 tahun itu untuk membayar kesemua barangan tersebut selepas banjir.
Kredit: Astro AwaniKredit: @localrkyt
“Awak pergi ambil barang seberapa banyak yang awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit apa semua. Awak mesej saja berapa credit limit awak nak, contohnya RM20,000 atau RM50,000” katanya kepada Khairul Aming.
“Lepas habis banjir nanti awak bayarlah, tak apa. Kita percaya Khairul Aming,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menyumbangkan barangan dari pasarayanya berjumlah RM5,000 kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Mydin Prihatin.
Selain itu, Datuk Ameer juga turut memudahkan urusan Khairul Aming dengan memberikan maklumat pengurus besar di Mydin berdekatan dengan pempengaruh itu.
Susulan itu, Khairul Aming mengucapkan terima kasih kepada Ameer dan pengasas Mydin itu membalasnya dengan ucapan terima kasih juga atas usaha murni pempengaruh itu.
Ads
Hal itu telah meraih perhatian masyarakat dan rata-rata pengguna internet memuji tindakan pengasas Mydin itu kerana memudahkan urusan Khairul Aming dan pasukannya.
Terdahulu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, beliau berjaya mengumpulkan bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas hanya dalam masa dua (2) jam.
Khairul Aming turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak membuka tabung derma untuk membantu mangsa banjir kerana pempengaruh Pinn Yang sudah memberikan sumbangan besar kepada usahanya.
Sekadar info, berdasarkan laporan Astro Awani jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 110,213 orang setakat jam 6.00 petang semalam berbanding 128,952 orang pada 12.00 tengah hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli termuda kumpulan sensasi, Blackpink iaitu Lisa Manoban kembali ke acara tahunan, MTV Video Music Awards 2024 pada hari ini untuk memecahkan satu lagi rekod baharu untuk dirinya selaku penyanyi solo.
Rapper dan pelantun lagu Lalisa itu terus memahatkan haluan kerjaya sebagai seorang penghibur solo apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah Best K-Pop Award untuk kali kedua di VMAs.
Lisa sekaligus mencatat sejarah sebagai penyanyi solo pertama dan penyanyi wanita K-pop pertama untuk memenangi kategori berkenaan dalam sejarah.
Kali pertama Lisa membawa pulang trofi yang sama adalah pada tahun 2022 ketika kumpulan Blackpink menerima jemputan ke acara VMAs pertama mereka.
“Terima kasih MTV dan VMAs untuk anugerah ini. Rockstar merupakan comeback bermakna bagi saya selepas Lalisa. Jadi ini amat istimewa untuk saya. Terima kasih kepada RCA dan LLOUD… dan (terima kasih juga) kepada Blinks (peminat Blackpink) dan Lilies (peminat Lisa Manoban) di seluruh dunia. Khap Kun Kha!” katanya dalam ucapan kemenangan.
Lisa menerusi lagu hitnya, Rockstar mengenepikan saingan sengit daripada Jung Kook BTS (Seven, featuring Latto), NCT Dream (Smoothie), Tomorrow X Together (Deja Vu), Stray Kids (LALALA) dan NewJeans (SuperShy) untuk menerima anugerah tersebut daripada pengacara TRL, Carson Daly.
Terdahulu, Lisa diraikan dengan sokongan peminat serta penggiat media di UBS Arena New York usai tiba di karpet merah dalam gaun khas rekaan Mugler daripada koleksi musim bunga/panas 2025.
Lisa juga tidak ketinggalan untuk menghangatkan pentas VMAs dengan mempersembahkan dua lagu solonya, New Woman dan Rockstar dalam persalinan kulit merah-hitam. Kedua-dua buah lagu tersebut merupakan buah tangan pertama Lisa yang diterbitkan oleh syarikat rakaman miliknya, LLOUD dan RCA Records.
Permulaan pungutan pingat oleh pasukan Malaysia di Sukan Paralimpik kali ini nampaknya berhasil daripada arena powerlifting di Tokyo International Forum.
Sebutir emas dan sebutir perak yang berjaya dituai; masing-masing menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam acara lelaki 72 kg dan terbaru pagi tadi menerusi Jong Yee Khie dalam acara lelaki 107kg.
Kejayaan berganda ini adalah ibarat hadiah istimewa sempena Hari Merdeka yang akan kita sambut esok di tanah air. Kedua-dua atlet berkaliber itu dilihat tidak gentar untuk memberikan saingan kepada atlet dari seluruh dunia lain apabila mereka memulakan saingan dengan angkatan yang cukup berat.
Semangat untuk memberikan laungan lantang kepada lawan masing-masing itulah yang ‘berharga’ sebenarnya buat peminat sukan negara. Malaysia kini tidak lagi dianggap sebagai wakil kecil yang tidak mampu beraksi sengit.
Kejayaan Bonnie dan Yee Khie ini juga sebenarnya adalah hasil didikan dan tunjuk ajar jurulatih kebangsaan powerlifting, saudara Jamil Adam.
Jurulatih Jamil Adam (tengah) telah bersama Jong Yee Khie and Bonnie Bunyau sejak Sukan Komanwel 2018 Gold Coast lagi. Sumber Foto : THE STAR
Kata Jamil kepada rakan media di Sinar Harian sejurus kemenangan Bonnie hujung minggu lalu, dia menyifatkan Bonnie, 22 sebagai seorang pencabar yang mempunyai masa depan yang cerah kerana mampu memberikan fokus 100 peratus semasa sesi latihan dan pertandingan.
Sejak mengesan bakat Bonnie pada usia 13 tahun, Jamil berpendapat pencapaian atlet itu pada waktu ini adalah konsisten sejak dia mula mewakili negara pada tahun 2017.
“Kini, dia sudah catat kejayaan besar. Dia dah pegang dua rekod tertingggi sekali, juara dunia dengan rekod dunia, pingat emas Paralimpik dan juga rekod Paralimpik. Oleh itu, kita sasarkan supaya dia sentiasa berada pada prestasi terbaik untuk beraksi di setiap kejohanan pada masa akan datang,” jelasnya.
Dalam pada itu, kami pasti Jamil juga gembira dengan kejayaan Jong Yee Khie yang berjaya menaiki podium sebagai pemenang pingat perak hari ini. Keinginan Jamil agar Yee Khie mendapat suntikan inspirasi daripada Bonnie telah membuahkan hasil di Tokyo.
Bila kita menonton drama Melayu yang ditayangkan di televisyen, salah satu komplikasi plot tentunya adalah isu cinta tidak ikhlas.
Cinta hanya semata-mata untuk melunaskan nafsu, untuk mengikis harta pasangan, untuk mendapatkan perhatian mahupun untuk saja-saja mencuba.
Namun menurut survey ‘dating’ tahunan 2019 yang dilakukan oleh syarikat dating Malaysia iaitu Lunch Actually, seramai 91 peratus rakyat Malaysia masih berminat untuk jatuh cinta demi berkahwin.
Hhm, interesting.
Jumlah itu tak jauh berbeza dengan negara jiran kita seperti Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Thailand yang masih memilih untuk bercinta agar ia boleh berakhir di jinjang pelamin.
Siapa yang tak nak kahwin? Eh!
Budaya bercinta juga nyata telah berubah mengikut statistik yang dilakukan oleh mereka.
Jika dahulu, ramai remaja yang tertanya-tanya di manakah untuk mencari pasangan ideal mereka.
Kini dengan perhubungan di internet, proses itu amatlah mudah tanpa mengira lokasi. Lebih ramai yang percaya dan berminat untuk menggunakan aplikasi dating disebabkan kepelbagaian pilihan dan kemudahan.
Sementara itu, lokasi terbaik untuk dating masih jatuh kepada restoran dan kafe. Walaupun kedengaran klise, ia adalah lokasi terbaik yang memberikan mood santai, tidak terlalu formal dan mudah dijumpai.
Apa tunggu lagi, kalau korang masing single dan tercari-cari, mungkin Lunch Actually adalah sesuatu yang boleh korang cuba.
Iyalah, mereka telah berjaya menyatukan 4,500 pasangan di sekitar Asia. Hebat!
*
Jika korang masih terganggu dengan crush dan ingin move on, cer try 7 cara ini.
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.