Begitulah tagline sebuah syarikat jenama kecantikan yang baru-baru ini dikecam oleh warganet berikutan satu video tular yang menampakkan sosok pengarah urusannya berdiri di sebuah lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR).
Sebagaimana tagline tersebut, syarikat yang dikenalpasti sebagai IS Beauty Collagen Venture ini dilihat bersifat profesional dan tidak melenting di media sosial biarpun teruk ‘dihentam’ secara maya.
Bahkan, pengarah urusannya, Muhammad Iddin Syah yang menjadi mangsa cercaan warganet cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak dengan cara baik, semalam.
*
Ads
Tapi sebelum itu, jom kita recap semula apa sebenarnya yang mencetuskan situasi ini.
Beberapa hari lalu, tular di Twitter sebuah video yang menampilkan Muhammad Iddin Syah di sebuah kawasan SJR bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menerusi video itu, dia dilihat sedang mengedarkan bungkusan produk kepada para pemandu yang melintasi sekatan itu.
Mamat korea mana pulak duduk berdiri dkt SJR ni, siap bawak kotak dgn plastik lagi tu, nak bagi pamplet apa pulak tu dekat orang yang lalu dekat dgn SJR ni? Bertambah sesaklah nanti. Tapi nmpk macam bagi barang je! Siap dgn berjacket hitam, ramput karat sikit, tak panas ke wey? pic.twitter.com/Ul1B9vuSJW
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) June 20, 2021
Warganet pantas mengecam tindakan pengarah urusan itu kerana merasakan ia tidak kena dengan situasi semasa negara yang sedang berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown). Mereka turut mempersoalkan bagaimana dia boleh mendapat kebenaran untuk berada di kawasan itu.
Ads
Demi meredakan keadaan, Muhammad Iddin Syah semalam memuat naik satu hantaran di Instagram dan menjelaskan keadaan sebenar di sebalik video tular itu.
“Sebenarnya sebelum(pemberian) itu dibuat, saya terlebih dulu mendapatkan kebenaran polis dan beritahu niat saya hendak sumbang 1000 unit vitamin ESW kepada orang yang lalu (di) SJR Bertam.
“Takkan lah saya berani buat tanpa kebenaran, kan?”
“Pertama sekali, pihak yang paling saya concern adalah frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah. Walaupun mereka kuat semangat tapi saya ada cara sendiri hendak ucap thank you (kepada mereka) dengan menyumbangkan vitamin yang baru saja ESW keluarkan untuk pastikan frontliners kekal bertenaga dan hidrasi.
“Tindakan itu sebagai satu awareness kepada orang ramai (tentang) pentingnya pengambilan vitamin. Lagi-lagi sekarang ini kadar jangkitan COVID-19 tinggi,” kata Muhammad Iddin Syah sambil menambah; keberadaannya di SJR Bertam adalah tidak lama.
Ads
Dia juga menyamakan bantuan yang dihulurkan itu sama seperti program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang selalu dilakukan di lokasi lain seperti hospital dan pusat kuarantin. Cuma pada kali ini, caranya berbeza dan mereka menghulurkan produk keluaran sendiri, bukannya makanan.
Dalam pada itu, pihak IS Beauty Collagen Venture juga berkongsi surat permohonan yang telah dihulurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk mengadakan program CSR pada hari Jumaat, minggu lalu. Berserta surat itu adalah cop daripada pihak polis yang mengesahkan program tersebut telah diluluskan.
Menerusi muat naik penjelasan itu juga, selebriti Fizz Fairuz juga dilihat memberikan sokongan kepada Muhammad Iddin Syah dan berharap agar pihaknya tidak berhenti memberikan sumbangan pada masa hadapan.
Apapun, usahlah kita pantas menghukumi mana-mana pihak yang ditularkan di media sosial.
Mungkin ada cerita di sebalik spekulasi yang kita sendiri tidak tahu dan tidak pasti. Haa, tak fasal-fasal, terus dapat dosa kering mengutuk orang. Oops!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq telah berkongsikan di laman Twitter miliknya tentang kisah beliau membantu seorang anak kecil bernama Muhammad yang hanya tinggal bersama neneknya kerana ibunya berada di penjara akibat kes dadah, dan ayahnya pula tidak dapat dikesan. Pada minggu lalu, Syed Saddiq telah membuka satu ‘crowdfund’ dan hasilnya adalah lebih RM22 ribu terkumpul. Beliau juga berkongsikan tentang bagaimana cara beliau membantu
Sumber: Twitter
Melalui ciapan beliau di Twitter, Syed Saddiq menyatakan yang beliau membahagikan RM22 ribu itu kepada 3, RM10 ribu untuk tabung SSPN, RM2 ribu belanja makan minum, dan RM10 ribu pendidikan harian.
Sumber: Twitter
Seperti yang kita tahu, anak jati Johor ini memang sedang bergiat aktif dalam usaha beliau untuk membantu golongan yang memerlukan terutama sekali di Muar, Johor. Beliau juga memuji sikap rakyat Malaysia yang sangat baik hati kerana turut menyumbang kepada ‘crowdfunding’ yang beliau jalankan. Ramai juga warga netizen di Twitter berasa terharu dan mereka juga turut mendoakan adik Muhammad supaya dia terus maju jaya dalam apa jua yang beliau ceburi.
Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga memuji usaha Syed Saddiq dalam membantu golongan yang memerlukan. Didalam ciapan mereka juga, mereka mengatakan yang negara Malaysia memerlukan lebih ramai menteri dan ahli parliamen untuk maju kehadapan dan membantu mereka yang didalam kesusahan.
Sumber: Twitter
Usaha Syed Saddiq ini sangat besar dan amat bermakna, diharapkan kita sebagai remaja dapat mencontohi sikap beliau dan membantu sedikit sebanyak, dengan apa yang kita boleh. Biarpun ianya kelihatan kecil, ianya dapat merubah kehidupan seseorang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, calon SPM 2020 telah menduduki peperiksaan subjek Sejarah namun ada yang mendakwa bahawa soalan bagi subjek itu telah bocor melibatkan topik Kertas 2.
Menurut laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan pada jam 10 pagi (24 Februari).
Antara topik yang tersebar adalah berkaitan dengan ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’.
Subjek Sejarah adalah salah satu kertas wajib untuk peperiksaan SPM dan diambil lebih daripada 401,000 calon pada SPM 2020. Namun, khabarnya dakwaan ini belum menerima maklum balas dan reaksi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Walau bagaimanapun, netizen mengharapkan agar peperiksaan subjek ini tidak perlu diambil semula kerana ia hanya akan membebankan para pelajar.
Semoga kes ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan baik.
Sebagaimana yang kita tahu kes COVID-19 semakin meningkat di negara kita terutamanya di Sabah kerana kewujudan kluster baru, Benteng Lahad Datu yang bermula dari dua orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos lalu.
Namun begitu, sebelum ini lagi ada desas desus yang menyatakan bahawa jika mahu ke Sabah, pelawat perlu dikuarantin selama 14 hari terlebih dahulu.
Adakah ia benar atau tidak? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh Zain Asri ini tentang panduan dan pengalamannya sendiri terbang ke Kota Kinabalu baru-baru ini.
1. Scan dan isikan eBorang Pengisytiharan Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. QR kod disediakan di gate berlepas KLIA dan balai ketibaan airport KK (Gambar 1)
2. ATAU, isi borang Pengisytiharan Kesihatan yang akan diedarkan oleh cabin crew semasa dalam flight. Sediakan pen siap-siap
3. ATAU, isi online form. URL address ada dalam Gambar 1
4. Save kan QR Code eBorang yang telah diisi tadi. Sampai airport KK tunjukkan QR Code Nombor Rujukan Penilaian Risiko (Gambar 2) atau borang yang telah diisi kepada petugas kesihatan di balai ketibaan (sebelum kaunter imigresen)
5. Penumpang yang tidak menunjukkan apa-apa gejala akan terus proceed ke kaunter imigresen
6. Tak perlu kuarantin 14 hari ya, kecuali bergejala. Sila rujuk kepada petugas kesihatan di lapangan terbang
7. Keluar daripada airport and enjoy your trip guys!
Ha, sebenarnya tidak ada peraturan yang mewajibkan korang untuk kuarantin selama 14 hari jika tiba di Sabah. Namun begitu, dengan penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat sekarang ni eloknya sekiranya korang elak dahulu untuk berkunjung ke negeri di bawah bayu ini.