
Baru-baru ini kami ada menyiarkan berita tentang beberapa team produksi drama di Korea terpaksa ditunda kerana salah ramai pelakon yang terlibat menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Sungguh, virus ini tidak mengenal mangsa dan risikonya juga tinggi lebih-lebih lagi jika dijangkiti pada golongan warga emas.
BACA: 8 K-Drama Tangguhkan Penggambaran Akibat Pelakon Disahkan Positif COVID-19
Terbaru, pengarah terkenal Kim Ki Duk dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 semasa berada di Latvia, Eropah. Menurut sumber, pengarah itu tiba di Latvia pada pertengahan November dan dirawat di hospital kerana mengalami gejala koronavirus.

Namun, rawatan yang dijalankan tidak berjaya dan dia meninggal dunia selepas dua hari dimasukkkan ke hospital.
Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar khususnya buat industri filem Korea kerana Kim Ki Duk merupakan satu-satunya pengarah di Korea Selatan yang memenangi ketiga-tiga festival filem utama di Eropah; Cannes, Venice dan Berlin.
Antara filem terkenal yang diarahkan olehnya termasuk 3-Iron, Samaria, Arirang, Spring, “Summer, Fall, Winter…and Spring” dan One on One.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa dan semoga masyarakat kita lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga SOP yang diarahkan.
Sumber: Allkpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Confirm Buat Penonton Menangis, Ini 4 Fakta Tentang Filem Indonesia June & Kopi

Sebuah lagi filem yang ditayangkan secara eksklusif di saluran Netflix, June & Kopi berjaya menarik perhatian penonton kerana jalan ceritanya yang ringan namun sarat dengan nilai-nilai murni yang diterapkan antara manusia dan haiwan peliharaan.
June & Kopi mengisahkan tentang Aya (Acha Septriasa) yang menjumpai seekor anjing jalanan dan membawanya pulang ke rumah. Namun begitu, kehadiran anjing tersebut mengundang rasa tidak senang oleh suaminya Ale (Ryan Delon) kerana menyifatkan anjing itu adalah anjing liar. Tambahan pula, Ale sudah memiliki seekor anjing peliharaan yang dinamakan sebagai Kopi. Sikap Kopi adalah lebih baik dan jinak berbanding anjing jalanan itu.

Aya berusaha keras untuk memujuk suaminya bagi meminta keizinan supaya anjing yang dinamakan sebagai June itu dibenarkan menetap di rumah mereka. Apa yang melucukan, June tidak suka kepada kanak-kanak dan hampir sahaja June diusir keluar dari rumah setelah Aya didapati mengandung.
Walau bagaimanapun, semenjak kelahiran anak mereka (Karin), June menjadi semakin rapat dengan Karin dan sentiasa melindunginya.
Filem ini menjadi tular di media sosial kerana kisahnya berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata. Kebijakan anjing peliharaan ini juga menarik perhatian kami dan ia secara tidak langsung memberikan lebih emosi terhadap pengakhiran jalan cerita ini.

Apa yang membuatkan ramai yang menangis bila menonton filem ini? Ha, korang kenalah tonton sendiri. Tak syok la kalau kami bagi spoiler kan. Hiks!
Banyak nilai-nilai murni yang dipaparkan dalam filem ini, seperti hubungan antara manusia dan haiwan peliharaan serta hubungan kekeluargaan yang penyayang.
Bagi yang belum atau sudah menonton filem ini, ada empat fakta menarik tentang June & Kopi yang korang perlu tahu.
1. Diinspirasi daripada pengalaman si pengarah
Pengarah filem ini, Noviandra menjelaskan bahawa jalan cerita June & Kopi diinspirasi daripada kisah sebenar yang dilalui olehnya. Karakter June diambil dari kisah anjing yang dipeliharanya yang memiliki tiga kaki dan sangat takut kepada lelaki. Sementara itu, Kopi diinspirasi daripada anjing peliharaan pertamanya yang bernama Cody.
Adengan yang dipaparkan antara keluarga Ale dan kedua-dua ekor anjing itu juga sebahagian daripada kisah dan caranya menjaga haiwan peliharaan itu.
2. Dilakonkan oleh anjing jalanan
Kedua-dua ekor anjing yang menjadi watak utama dalam June & Kopi adalah anjing jalanan yang ditemui di pusat perlindungan haiwan. Selain memainkan peranan sebagai pengarah filem, Noviandra juga menjadi pelatih bagi anjing jenis Mongrel dan Staffordshire Terrier itu.
Sebelum menjalani penggambaran, dua ekor anjing tersebut telah mendapatkan latihan selama dua hingga tiga bulan. Bukan hanya sekadar latihan lakonan, malah mereka juga diajar untuk menyampaikan emosi.
Oh, patutlah bijak. Kami pun terfikir macam mana anjing tu boleh pandai berlakon ya. Hehe!

3. Filem Indonesia kedua yang bertemakan persahabatan antara manusia dan anjing
Di Indonesia, kisah persahabatan manusia dan anjing masih belum banyak diangkat menjadi sebuah filem. June & Kopi adalah filem kedua yang bertemakan hubungan persahabatan antara manusia dan anjing selepas filem Boni dan Nancy yang ditayangkan pada tahun 1974.
4. Pengalaman pelakon berlakon bersama anjing
Acha Septriasa dan Ryan Delon turut menceritakan tentang pengalaman mereka berlakon bersama anjing dalam filem ini. Acha menjelaskan bahawa anjing tersebut sangat bijak dan telah dilatih dengan baik. Ia menghasilkan chemistry diantara mereka dan menjadikan lakonan mereka semakin mudah.
Sebagai pencinta anjing, Ryan Delon juga mempunyai pandangan yang sama seperti Acha dan dia juga mengakui June & Kopi berlakon secara professional di set penggambaran.

Bagi yang belum menonton, korang boleh tonton June & Kopi di saluran Netflix sekarang. Walau bagaimanapun, penonton kanak-kanak dinasihatkan untuk menonton bersama penjaga kerana dari segi agama Islam, tidak dibenarkan untuk memelihara anjing.
Apa-apa pun, filem ini memang santai dan wajib ditonton sekiranya korang memang pencinta haiwan.
Selamat menonton!
Sumber: kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
12 Tempat Hiking Paling Best Untuk Korang Yang Baru Nak Berjinak

Semakin ramai masyarakat Malaysia yang sudah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain daripada menjaga pemakanan dan workout, hiking juga antara aktiviti favourite yang boleh dilakukan pada setiap hujung minggu. Bukan saja untuk kekal aktif, tapi kepuasan yang diperoleh setiap kali berjaya sampai ke puncak hanya difahami oleh hikers.
Sempena dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan rakyat merentas negeri dan lebih mudah bergerak, apakata korang cuba 12 tempat hiking paling best ini.
1. Bukit Broga
Lokasi: Semenyih

Terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya bukit ini ialah 400 meter dari paras laut.
2. Gunung Pulai
Lokasi: Kulai, Johor

Mempunyai ketinggian 654 meter. Untuk ke puncak ada dua trail, satu di trek jalan tar dan satu lagi di trek jalan hutan. So, korang boleh pilih mana-mana trek untuk sampai ke puncak.
3. Hutan Lipur Templer
Lokasi: Jalan lama Kuala Lumpur-Rawang

Terletak lebih kurang 21 kilometer dari Kuala Lumpur, Templer Park merupakan hutan simpan seluas 1,214 hektar yang membentuk kawasan hijau dan rekreasi.
4. Taman Eco Rimba
Lokasi: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas dan hanya 3 kilometer dari Pusat Bandaraya. Masuk adalah percuma.
5. Bukit Jugra
Lokasi: Kuala Langat, Selangor

Kalau pergi ke Bukit Jugra, korang janganlah bawa kereta sampai ke puncak. Parking kereta di bahagian bawah dan rasai sendiri pengalaman mendaki bukit ini dan nikmati keindahannya semasa berada di puncak.
6. Bukit Batu Putih
Lokasi: Tanjung Tuan, Port Dickson

Terletak di Hutan Rekreasi Tanjuan Tuan, bayaran sebanyak RM1 dikenakan untuk masuk ke tempat rekreasi ini. Pemandangan pada aras laut menjadikan Kawasan ini antara pilihan untuk menyaksikan sunrise dan sunset yang terbaik.
7. Bukit Panorama
Lokasi: Sungai Lembing, Pahang

Terletak 40 kilometer dari bandar Kuantan dan mempunyai ketinggian 291 meter dari aras laut. Terdapat 815 anak tanggan untuk sampai ke sana.
8. Bukit Keluang
Lokasi: Kuala Besut, Terengganu

Jaraknya hanya 4 kilometer dari pekan Kuala Besut dan betul-betul terletak berdekatan dengan Pantai Bukit Keluang.
9. Bukit Beruang
Lokasi: Melaka

Antara lokasi berhampiran dengan Ayer Keroh dan mempunyai ketinggian 116.73 meter. Tidak memerlukan guide kerana trek yang jelas dan user-friendly.
10. Bukit Padang
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah

Terletak hanya 6 kilometer dari bandar Kota Kinabalu, Bukit Padang hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 25 minit untuk korang sampai ke puncak.
11. Bukit Gasing
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor

Ramai orang jadikan lokasi ini sebagai tempat latihan mendaki dan juga aktiviti senaman pagi. Terdapat banyak entrance serta loop yang boleh dicuba dan korang perlu merasai pengalaman melalui jambatan gantung.
12. Gunung Arong
Lokasi: Mersing, Johor

Trek disini agak landai dan tak terlalu curam, hanya terdapat satu atau dua tempat saja yang agak curam.
So guys, dah berapa banyak puncak bukit yang berjaya korang tawan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana THE ADDAMS FAMILY

Jika sebelum ini siri kartun The Addams Family telah difilemkan dengan menggunakan karakter yang dimainkan oleh manusia, kini animasi legend ini sekali lagi bakal diterbitkan di dalam filem tetapi bergenre animasi.

Filem yang dialih suara oleh barisan pelakon seperti Oscar Isaac, Charlize Theron, Chloë Grace Moretz, Finn Wolfhard, Nick Kroll, Bette Midler, Allison Janney berkisarkan tentang sebuah keluarga yang sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan saudara mereka secara besar-besaran tetapi dalam pada masa yang sama, mereka perlu berhadapan dengan seorang hos realiti TV yang tamak.



Magraux Needler, personaliti TV yang menyedari bahawa keluarga Addams telah menganggu rancangannya untuk menjual kesemua rumah dikawasan rumah agam keluarga tersebut.
Adakah rancangan jahat personaliti tersebut berjaya? Korang kena tonton kesudahannya di dalam filem ini yang bakal ditayangkan pada 31 Oktober 2019.
Tapi, Remaja nak jadikan korang antara yang pertama menonton The Addams Family dengan memberikan sepasang tiket wayang percuma pada tayangan perdana bersama Wayang Remaja.
Tarikh: 29 Oktober 2019
Lokasi: MBO Starling
Masa: 8.30 malam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

