Seperti kita tahu, filem Ola Bola merupakan filem bertemakan patriotisma Malaysia. Baru-baru ini, pengarah filem ini yang bernama Chiu Keng Guan telah berjaya melebarkan sayapnya ke persada antarabangsa dan kini mengarah untuk sebuah filem di China, yang bertajuk ‘On Your Mark’.
Filem yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anaknya ini bakal ditayangkan di China bermula 18 Jun ini.
Sumber: IMDB
Menggunakan tajuk ‘On Your Mark’, ianya merupakan terjemahan kepada judul asalnya iaitu ‘Qi Pao’, manakala untuk pasaran antarabangsa ianya akan dipasarkan sebagai ‘The Great Dad’.
Menurut sumber Awani, ianya mendapat liputan terbaik daripada media di China, dan penonton di negara ini juga turut berkongsi reaksi yang sangat positif setelah menonton trailer filem tersebut.
Ads
Sumber: IMDB
Chiu juga berkata yang beliau berasa sangat terharu kerana telah diberikan kepercayaan untuk mengarah filem di China dan beliau sangat teruja dengan peluang yang telah diberi untuk beliau mempersembahkan hasil karyanya kepada penggemar dan penonton filem di China. Selain itu, beliau juga berharap agar filem ini mendapat sambutan ramai dan mampu menyentuh hati dan perasaan penonton yang menonton filem ini, sekaligus dapat mengangkat nama Malaysia menerusi industri perfileman.
Filem ini merupakan kerjasama terbitan dari Astro Shaw selaku penerbit tunggal dari Malaysia dan terbitan Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum).
Ads
Filem On Your Mark membariskan pelakon hebat daripada China, antaranya adalah Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu. Ianya mengisahkan tentang seorang anak muda Xiao Erdong yang bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Namun, cita-citanya ini telah dihalang oleh ayahnya sendiri kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa kerana dia melihat anaknya seperti mempunyai kemungkinan untuk mewarisi sindrom buta seperti ibunya.
Ads
Antara filem hasil karya Chiu yang pernah menerima pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa sebelum ini adalah Ola Bola dan juga The Journey. Bukan itu sahaja, ianya juga mendapat kutipan pecah panggung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena hari terakhir bulan Zulhijjah esok, umat Islam disyorkan untuk berpuasa sunat.
Lagipun, kita sememangnya digalakkan untuk memperbanyakkan pausa pada 4 bulan iaitu Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah – termasuklah esok.
Pada keesokan harinya, puasa pada hari pertama bulan Muharram (Khamis ini) adalah antara puasa yang amat digalakkan.
Sabda Rasulullah SAW bersabda: “…dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram.” (Riwayat Muslim)
Sepotong lagi hadis oleh Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Seutama-utama puasa selepas puasa bulan Ramadan adalah puasa pada bulan Muharram, dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Riwayat Muslim)
Selain itu, hadis Riwayat Ibni Abbas R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijjah dan awal Muharram, nescaya Allah ampunkan segala dosanya selama 50 tahun melakukannya.”
Haa, banyak kan kelebihan berpuasa sunat pada hari esok dan lusa.
Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun
Doa ini bukanlah wajib untuk dibacakan, namun umat Islam digalakkan untuk membaca 2 potong doa ini selepas waktu Asar dan selepas waktu maghrib esok.
Kelebihan yang diterima oleh orang yang membaca doa akhir tahun termasuklah terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan sepanjang tahun tersebut.
Ini adalah bacaan doa akhir tahun:
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,
Wa lam tansahuu,
Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati,
Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika,
Fa inni astagfiruka fagfirlii,
Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,
Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni
Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim,
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Wahamdulillahi rabbil alamin.
Maksudnya
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.
Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.
Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.
Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.
Ini pula adalah bacaan Doa Awal Tahun.
Korang digalakkan untuk membacanya 3 kali tau esok selepas solat Maghrib.
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain,
Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,
Wa ‘ala fadlikal ‘azim,
wajudikal mu awwali.
Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina,
Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi,
Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i,
Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,
Yaa zal-jalaali wal ikraam,
Ya arhamarrahimin,
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Wahamdulillahi rabbil alamin.
Maksudnya
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.
Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.
Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.
* Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Luar biasa. Itulah yang mungkin Remaja dapat siumpulkan tentang perjanalan karier Khai Bahar yang mencapai tahap populariti tertinggi dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.
Khai Bahar yang juga salah seorang penghias muka depan majalah Remaja isu April 2018 telah merangkul tiga anugerah utama di Anugerah MeleTOP Era 2016. Kemenangannya menerusi tiga kategori iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP dan anugerah utama artis lelaki, Top Top MeleTOP telah membuktikan populariti pelantun suara lagu ‘Bayang’ ini berada di puncak terhebat.
Untuk anugerah Penyanyi MeleTOP, Khai telah menewaskan Siti Nordiana, Ayda Jebat, Hael Husaini dan Haqiem Rusli. Bagis etiap kategori Khai menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi manakala anugerah utama Top Top MeleTOP pula sebanyak RM10,000 berserta trofi.
Mungkin ada antara korang tidak tahu siapakah insan di sebalik nama Khai Bahar.
Jom ikuti 5 fakta meletop Khai Bahar!
1. Khai Bahar merupakan anak jati Perlis berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis dan merupakan anak keempat.
2. Sehingga ke hari ini, muzik video rasmi ‘Bayang’ telah ditonton lebih 29.3 juta view di YouTube.
3. Penyanyi yang sangat dikagumi dan diminati oleh Khai Bahar ialah Hafiz Suip kerana baginya dia memiliki range vokal sangat hebat.
4. Lagu nyanyian di SMULE iaitu ‘Flashlight’ (Jessi J) dan ‘Sudah Ku Tahu’ (Projektor Band) telah membuatkan nama Khai Bahar viral dan di situlah segalanya bermula.
5. Pernah menyertai uji bakat pertandingan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahinya pada ketika itu.
Tahniah kepada Khai Bahar di atas triple kemenangan semalam di ANugerah MeleTOP Era 2018. Semoga Khai terus berjaya di masa akan datang, ya!
Jangan lupa untuk dapatkan majalah Remaja isu April yang turut memuatkaan story eksklusif Khai Bahar sebagai salah seorang artis cover kami kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber, Fizo Omar dan isteri tercinta, Fazeera Nazri memilih nama Wan Umaira untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada tanggal 19 Mei lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang berusia 37 tahun itu menerusi sebuah hantaran foto terbaharu di platform Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, penceramah bebas terkenal, Ustaz Syamsul Debat itu dilihat sedang mengendong Wan Umaira yang sedang dalam lena ketika majlis tahnik puteri kecilnya itu.
“Majlis Tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terima kasih ustaz @syamsuldebatofficial menyempurnakan majlis,” kongsinya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi netizen buat bayinya itu selain memuji penampilan Fazeera yang ayu mengenakan hijab.
“Umaira nanti dah besar mesti pandai buat lawak. Sebab yang tahnik ini ustaz best dan buka mulut bagi ceramah sahaja lawak…” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, rapat dengan orang-orang soleh, mohon doa dengan orang yang soleh berilmu. Alhamdulillah, sopan ayunya bidadari awak Fizo, moga berhijrah lah cantik sangat bertudung masyaAllah,” komen pengguna lain.
Terdahulu, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam 5.57 petang tanggal 19 Mei lalu, di sebuah pusat perubatan ibu negara.
Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.