Pihak pengurusan acara konsert Walkerworld Tour 2024 tampil membuat permohonan maaf berhubung isu membabitkan penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang didakwa tidak bersikap profesional dalam satu sidang media diadakan baru-baru ini.
Pengarah Megatix, Ridzuan Mohammad mengakui kesal dengan insiden tidak diingini yang berlaku hingga tular di media sosial baru-baru ini dan dia tampil menjelaskan punca kekeliruan serta kepincangan komunikasi yang berlaku sewaktu sidang media tersebut.
“Menyedari insiden tidak disengajakan ini mengguris hati rakan media, Megatix dan saya selaku Pengarah Megatix dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakan media kerana sedar ia adalah khilaf kami”
“Untuk makluman rakan media, semasa insiden saya tiada di situasi tersebut kerana keluar seketika bagi meraikan kehadiran tetamu serta tidak sedar akan salah faham yang berlaku antara pihak media dengan Putri Ariani”
Jelasnya, pihak Megatix menyedari kesalah fahaman tersebut setelah melihat laporan media bahawa Puteri Ariani didakwa telah mengabaikan dan tidak mengendahkan kehadiran rakan media
Ads
Menurutnya lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti pihak dan punca insiden tidak diingini itu berlaku. Namun, dia tidak mahu terus memanjangkan isu dan mengeruhkan keadaan dan kami bersepakat untuk memperbaikinya secara dalaman.
Dalam pada itu, Ridzuan berkata, atas kesilapan komunikasi penganjur yang dilantik, insiden itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Putri Ariani.
Ads
“Sejujurnya, kami mahu memperbetulkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap Putri Ariani kerana menyinggung rakan media Malaysia yang telah menunggu hampir dua jam dan juga tidak muncul semula selepas itu”
“Seperti rakan media sedia maklum Putri Ariani seorang insan istimewa disayangi ramai peminat muzik di berdiri atas bakat suara luar biasanya, dan dari segi personaliti dia seorang yang positif, periang dan baik hati”
Jelasnya lagi, Putri Ariani juga sangat menghormati pihak media dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi temu bual. Dia turut khawatir akan kecaman daripada netizen bakal memberi kesan terhadap emosi Putri Ariani seterusnya menjejaskan persembahan.
Sehubungan itu, Ridzuan menambah, bagi memperbaiki keadaan dan memastikan hubungan baik antara kedua-dua pihak, Megatix mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.
Ads
Sekadar info, Puteri Ariani akan berkongsi pentas melakukan persembahan di konsert Walkerworld Tour 2024 pada 22 Jun ini bersama DJ Electronic Dance Music (EDM), Alan Walker. Selain Putri Ariani, konsert itu akan turut diiringi dengan persembahan artis jemputan lain seperti Robin Packalen dan Sofiloud.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan punk rock lagenda, Green Day disahkan bakal membuat kunjungan sulung mereka ke Malaysia bagi menjayakan sebuah konsert pada tahun 2025!
Ditubuhkan pada tahun 1986 di California, Green Day merupakan salah satu kumpulan punk rock yang mempunyai rekod jualan album paling laris dalam sejarah dengan sebanyak 76 juta rekod terjual di seluruh dunia dan pencapaian penstriman sekerap 10 bilion secara kumulatif.
Malah, media antarabangsa Rolling Stone juga pernah menobatkan Green Day sebagai ‘kumpulan paling berpengaruh bagi generasinya’ dan telah menginspirasikan banyak kumpulan-kumpulan muzik muda untuk bertapak dalam industri seni muzik.
Ujar penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert kumpulan yang pernah memenangi lima trofi anugerah Grammy itu dijadualkan berlangsung pada 18 Februari 2025 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Selain Kuala Lumpur, hanya satu lagi destinasi di rantau Asia Tenggara yang menjadi pilihan Green Day iaitu Jakarta, Indonesia.
REMAJA difahamkan penjualan tiket konsert akan mula dibuka untuk pemegang Mastercard dari 24 September (10 pagi) hingga 26 September (10 pagi). Buat ahli Live Nation pula, korang boleh mendapatkan tiket pada 26 September bermula jam 12 tengah hari hingga 11.59 malam.
Manakala jualan am pula boleh direbut mulai 27 September dari jam 11 pagi.
Pelakon berbakat besar, Aedy Ashraf dilihat tampil berkongsi sebuah perkongsian video sempena ulang tahun kelahiran aktres dan hos popular tanah air, Amelia Henderson di platform Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon filem legenda Tentang Bulan itu dilihat tampil berkongsi momen manis ketika bersama Amelia.
Selain itu, Aedy juga menyifatkan pelakon jelita itu seorang wanita yang hebat menerusi ucapan teristimewa daripadanya.
“Happy birthday to this wonderful person,” coret Aedy ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen yang sama, rata-rata rakan artis dan para pengikut merasakan pasangan ini sangat serasi dan sempurna antara satu sama lain selain mengucapkan ulang tahun kelahiran buat pelakon itu.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak sabar dan mendoakan agar kedua selebriti kesayangan mereka berkenaan segera ke arah bahtera perkahwinan.
“Cepat cepat sikit kahwin Mr. president! Kasi jadi,” komen seorang pengikut.
“Awww, so sweet! Kahwin cepat please,” komen juga peminat lain.
“Semoga dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin!” komen peminat lain.
Terdahulu, Amelia dilihat tampil berkongsi beberapa foto mesra dan ucapan ‘happy birthday‘ sempena ulang tahun aktor tersebut di platform yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Blackpink merupakan antara kumpulan k-pop paling berjaya pernah dihasilkan. Ditubuhkan pada 2016, lima tahun tahun berada di dalam industri hiburan, mereka telah menjadi kumpulan wanita k-pop paling tinggi kedudukan dalam carta Billboard 100. Mereka juga merupakan kumpulan k-pop wanita pertama yang memiliki 4 single di kedudukan nombor satu carta Billboard’s World Digital Song Sales Chart.
Antara lagu yang menjadi rakaman hits mereka adalah ‘As If It’s Is Your Last’. Terjual lebih 2.5 juta di Korea Selatan, sehingga kini video klip lagu tersebut telah ditonton hampir satu bilion kali di laman YouTube. Namun sebenarnya lagu tersebut bukanlah untuk mereka. Jadi untuk siapa ya?
Rupa-rupanya demo lagu tersebut terlebih dahulu diberikan kepada kumpulan 2NE1 yang mencipta fenomena dan aktif sekitar tahun 2009-2016. Salah seorang bekas ahli kumpulan tersebut Minzy menyatakan perkara tersebut dalam satu temubual bersama stesen radio KBS Cool fm.
“Lagu tersebut sebenarnya diberikan kepada 2ne1 sebagai lagu demo. Kami sudah bersedia untuk proses rakaman, namun begitu ia tidak kesampaian kerana banyak lagi lagu lain yang bagus. Kalau tidak lagu tersebut bakal dimuatkan di dalam album kami yang bertajuk ‘Come Back Home’,” ujarnya.
Mungkin bukan rezeki lagu tersebut bersama 2NE1, namun setelah dirakam oleh Blackpink ternyata ia mencapai populariti hebat dan menjadi antara lagu hits kumpulan tersebut.
***P/S – Perkara ini bukanlah baru dalam industri muzik. Kalau korang nak tahu, lagu Umbrella yang merupakan lagu hits melonjakkan nama Rihanna sebagai bintang terkenal sebanarnya dicipta untuk Britney Spears bagi mengisi album comebacknya ‘Blackout’. Namun Britney menolak lagu tersebut.