Itulah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Tapi, tak sangkalah pula ‘tupai’ yang seorang ini ada rupa paras yang kacak dan citarasa yang tinggi dalam fesyen!
Dragos Patrujel yang berketurunan darah Itali telah digelar sebagai ‘pencuri paling stylish‘ dalam rekod polis kerana cita rasanya kepada barangan jenama mewah bernilai beribu-ribu Pound.
Kini menetap di Great Britain, Dragos dilaporkan pernah mencuri barangan Hugo Boss bernilai £1,100, Tommy Hilfiger (£300) dan Calvin Klein (£160).
Bukan setakat itu, lelaki berusia 23 tahun ini juga pernah mencuri pakaian jenama Gant (£100) dan Armani (£60). Namun, akhirnya dia ditahan semasa sedang cuba mencuri beberapa cermin mata hitam dari pasaraya Tesco.
Alahai bro, dekat Tesco pula boleh kantoi.
Ads
Pegawai securiti pasaraya tersebut menahannya selepas alat membuka tag keselamatan kedai daripada pakaian milik Dragos dirampas mereka. Apabila pihak polis menyiasat di rumahnya pula selepas itu, mereka mendapati pakaian berjenama mewah yang pernah dicuri Dragos tersusun rapi.
Dragos sebelum ini sememangnya diburu oleh polis kerana kes mencuri pakaian.
Walaupun bergelar pencuri, namun kami tidak menyangkal bahawa Dragos adalah seorang yang kacak dan pandai bergaya. Carian di akaun Facebook mendapati dia gemar memuat naik foto dengan berpakaian cantik di beberapa lokasi berbeza.
Ads
Dragos juga pernah memuat naik status di Facebook berbunyi, “Style is a deeply personal expression of who you are, and everytime you dress, you are asserting a part of yourself.”
Satu lagi statusnya berbunyi, “I do think that you can dress yourself out of a problem.”
Err, kau boleh ke keluar daripada masalah mencuri?
Ketika hadir di makhamah pun untuk dibicarakan atas tujuh pertuduhan mencrui, Dragos masih bergaya dengan kot berwarna coklat dan seluar gelap.
Ads
Semasa mendengar pertuduhan pula, peguam yang mewakili Dragos memaklumkan bahawa tertuduh bukanlah seorang pencuri tegar. Sebaliknya, dia dibesarkan di Itali dan gaya hidup di sana membuatkan dia gemar untuk berpakaian mewah walaupun tidak berwang.
Dragos mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut dan disebabkan itu, dia terlepas daripada hukuman penjara.
Selain terpaksa memulangkan semua pakaian yang dicurinya, Dragos juga diarahkan melakukan 150 jam kerja komuniti sepanjang tahun 2018.
Agaknya, Dragos akan memakai kot Dolce & Gabbana tak semasa menjalani hukumannya? Hehe.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk kebanyakan pelajar pengajian tinggi di Malaysia, korang akan menerima bayaran bantuan wang tunai secara one-off sebanyak RM200.
Bayaran yang akan mula diberikan kepada pelajar pada hujung April ini bagaimanapun diumumkan hanya diberi kepada beberapa kelompok pelajar sahaja.
Ini termasuklah pelajar sepenuh masa IPT seperti pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA serta IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Namun semalam, Menteri Kewangan telah mengumumkan berita gembira apabila bantuan kewangan ini kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6, pelajar Diploma dan yang setara dengannya.
“Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan kini dinaikkan peruntukannya daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta orang pelajar.
“Kementerian terbbabit akan cuba mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak ke akhir April berbanding bulan Mei seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau turut berharap agar bantuan ini akan meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar. Pada masa yang sama, beliau berharap para pelajar akan terus focus kepada menimba ilmu dan kemahiran walaupun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagi korang yang ingin memeriksa status sama ada korang layak untuk menerima bantuan tersebut dan bagi yang baru ingin membuat permohonan, korang boleh layari bsh.hasil.gov.my.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang tempoh mereka direhatkan, Sharifah Shahira (Kak Rare), Haziq, dan Namie telah menggantikan tempat mereka. Gandingan trio pengganti ini banyak membantu menghangatkan lagi segmen 3 Pagi Era.
“Kami akui mendapat pelbagai maklum balas daripada pendengar ERA yang terlalu merindui telatah dan coletah Nabil, Pak Azad, dan Radin.
“Selepas kami mengumumkan mereka kembali bersiaran seperti biasa, rata-rata pendengar teruja dan tidak sabar untuk mendengar kembali gandingan mereka,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Azah turut memaklumkan bahawa walaupun ketiga-tiga penyampai direhatkan, Era tetap fokus memberikan kandungan terbaik sepanjang bulan Ramadan lalu.
Terdahulu, ketiga-tiga penyampai radio Era FM itu telah memohon maaf selepas video yang didakwa mempersenda tarian Kavadi tular. Tarian yang biasa dikaitkan dengan upacara Thaipusam itu dilakukan oleh Azad sambil menyebut “Vel Vel” diikuti dengan gelak tawa.
Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan, yang meminta permohonan maaf terbuka dan tindakan terhadap stesen radio Era FM. Ketiga-tiga penyampai tersebut digantung tugas sementara siasatan dijalankan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Era FM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Era pemerintahan sedunia telah berubah sama sekali kebelakangan ini.
Jika di Malaysia kita berbangga dengan perlantikan Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia & Sukan pada tahun lalu lantas menjadi menteri termuda pernah dilantik dalam parlimen negara.
Di Finland pula pada minggu ini, Sanna Marin yang baru berusia 34 tahun bakal memacu tampuk kepimpinan negara tersebut sebagai Perdana Menteri Finland.
Sebelum ini, beliau merupakan Menteri Pengangkutan & Komunikasi Finland.
Perubahan ini berlaku setelah Perdana Menteri Finland, Antti Rinne kehilangan kepercayaan di parlimen lalu Sanna dipilih sebagai pemimpin baru.
Upacara mengangkat sumpah dijadualkan akan berlangsung pada minggu ini dan secara automatik, Sanna akan menjadi peminpin negara termuda pernah dilantik.
Untuk pengetahuan korang, Sanna memulakan karier politik beliau pada usia 27 tahun.
Situasi mirip berlaku pada Syed Saddiq yang dilantik pada usia 25 tahun. Adakah beliau bakal berpeluang untuk memimpin negara satu hari nanti?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.