Sempena musim durian yang sedang hangat sekarang, bermacam-macam tawaran sedang berlangsung di merata-rata tempat. Jika di kampung, kita jolokkan pokok. Di bandar pula, kita ‘bedal’ pesta durian di warung-warung.
Terbaru IKEA nak meraikan musim durian bersama kita semua dengan IKEA Durian Dessert Festival!
Ads
Pelbagai jenis pencuci mulut dijual dengan perisa durian bermula hari ini hingga 31 Julaikelak. Antara yang ditawarkan ialah Durian Tart (RM6.50), Durian Puff (RM5.90), Durian Cake (9.90) dan minuman Musang King Frappe (RM9.90).
Bagaimanapun, minuman Musang King Frappe hanya dijual di kafe IKEA Damansara dan Cheras.
Ads
(Dari kiri) : Durian Puff (RM5.90) dan Durian Tart (RM6.50)
(Dari kiri) : Durian Cake (9.90) dan Musang King Frappe (RM9.90)
Kalau korang bukannya peminat buah durian, jangan risau. Bermula esok hingga 17 Julai, korang boleh mendapat diskaun RM50 pembelian produk IKEA untuk pembelian produk/perabot bernilai RM350 dengan berbelanja RM50 (minimum) di kafe IKEA pada hari sama.
Ads
Bagi yang berbelanja di IKEA Batu Kawan pula lagi best! Korang hanya perlu berbelanja RM300 saja.
Jangan lupa untuk mencuba dan memberitahu kami bagaimana rasa pencuci mulut durian ini okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi remaja berbakat, Ummi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai, kini mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab sepenuhnya. Penampilan baharunya itu mengejutkan peminat selepas tiga hari lalu, Umai memuat naik foto berhijab di laman media sosialnya yang pantas menerima pujian dan doa daripada warganet.
Keputusan Umai Berhijab Sepenuhnya Atas Kehendak Sendiri
Perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Siti Saerah Tarudin, 42, yang juga adik kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menurut Saerah, keputusan Umai berhijab sepenuhnya dibuat atas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
“Alhamdulillah, Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Apabila dia mula mengenakan tudung, dia kata dia lebih berasa tenang. Sebagai seorang ibu, tentunya saya sangat bersyukur dengan keputusan itu,” ujar Saerah ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Perubahan Imej Dilakukan Secara Perlahan dan Ikhlas
Tambahnya lagi, Umai memilih untuk tidak mengumumkan perubahan imej itu secara terbuka kerana ingin melakukannya secara perlahan-lahan tanpa tekanan.
“Dia tak mahu buat pengumuman apa-apa mengenai hal ini. Dia mahu perlahan-lahan sahaja. Kami sekeluarga mendoakan supaya Umai istiqamah dan terus kuat dengan keputusan yang dibuat,” katanya.
Menurut Saerah, tindakan Umai berhijab bukan kerana dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya datang daripada kesedaran dirinya sendiri.
“Tidak ada sebab tertentu. Dia sendiri rasa sudah bersedia. Beberapa hari sebelum itu, dia mula memakai tudung setiap kali keluar rumah. Saya sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu bertudung, dan dia jawab ya, dia memang mahu,” ujarnya.
Sebagai seorang ibu, Saerah mengakui dirinya terharu dan bersyukur melihat anak perempuannya kini mula menutup aurat.
“Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri berusaha istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat. Harap semua pihak dapat sama-sama doakan Umai agar kekal dengan keputusan baik ini,” katanya lagi penuh harapan.
Umai Berhijab Jadi Inspirasi Remaja Lain
Umai berhijab sepenuhnya pada usia 14 tahun menunjukkan kematangan dan kesedaran diri yang tinggi. Beliau mula dikenali sejak kecil kerana mewarisi bakat nyanyian daripada keluarga seni terkenal itu. Selain suaranya yang merdu, personaliti manisnya juga sering menjadi perhatian di kalangan remaja.
Kini, dengan imej berhijab, Umai bukan sahaja tampil lebih sopan dan matang, tetapi turut menjadi inspirasi buat ramai gadis muda yang sedang berusaha memperbaiki diri. Langkah Umai berhijab ini menjadi bukti bahawa perubahan baik tidak perlu diumumkan secara besar-besaran, cukup dengan keikhlasan hati dan istiqamah dalam setiap langkah.
Semoga Umai terus kuat, diberkati dan menjadi contoh positif buat remaja lain di luar sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem aksi 007 akhirnya akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 November ini. Daniel Craig bakal membawa peranan James Bond buat kali terakhir dan kali ini digandingkan kembali bersama barisan pelakon hebat seperti Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.
Selepas daripada bersara menjadi ejen 007, James Bond menjalani kehidupan yang tenang di Jamaica, namun rakan lamanya Felix Leiter dari CIA meminta bantuannya untuk menjejaki seorang saintis yang telah diculik.
Walaupun sudah ‘cuci tangan’ daripada melakukan kerja-kerja siasatan ini, Bond terpaksa akur untuk menyelesaikan misi tersebut.
Istimewanya untuk edisi James Bond kali ini, Remaja ingin memberikan merchandise istimewa dari filem No Time To Die dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah.
Korang berpeluang untuk memenangi salah satu merchandise berikut:
NOTIMETODIEDie-Cast Aston Martin Keychain
NO TIMETODIE Wireless Charging Station
NO TIMETODIE Backpack
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil hadiah tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
*Hadiah perlu di ambil dalam masa dua (2) minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
All the best guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia”
Demikian ungkapan yang dicoretkan pelakon berkaliber, Nabila Huda demi ingin memartabatkan budaya Malaysia di persada antarabangsa.
Terbaharu, Nabila yang lebih disapa sebagai Abil ‘mengangut’ 30 pasang kebaya pelbagai warna dan corak untuk digayakan sepanjang dua bulan dirinya berada di New York, Amerika Syarikat.
Menurut pelakon itu, dia berhasrat untuk menggayakan pakaian tradisional tersebut sepanjang berada di perantuan itu kerana bangga dapat mempromosi budaya tanah air ke luar negara terutama di mata dunia.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Abil berkongsi kesemua koleksi baju-baju kebaya yang dibawanya dari tanah air yang ditaja oleh Royal Kebaya.
“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita (kebaya). Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia.
“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini. Mesti cantik bila jalan terkedek-kedek dekat Times Square nanti,” coretnya.
Bukan kebaya sahaja, pelakon filem hit Munafik itu turut membawa bersama aksesori dan kasut untuk dipadankan dengan busana tradisional itu nanti.
“30 hari, 30 kebaya. Saya siap bawa sebakul aksesori untuk dipadankan dengan kebaya. Terima kasih untuk penaja. Saya akan jaga elok-elok. Janji,” tulisnya lagi.
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji idea yang dibuat oleh Abil dan tidak sabar melihatnya menyarung kebaya di New York.
“Terbaik Abil martabatkan budaya kita. Mesti cantik,” komen seorang peminat.
“Cepatlah pakai. Tidak sabar nak tengok Abil bergaya pakai kebaya di New York,” kata seorang pengguna lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.