Annoying kan apabila kita selalu perlu touch up semula solekan pada wajah sepanjang hari, girls?
Ada hari kita memang tidak memerlukan solekan yang terlalu mampan untuk sepanjang. Namun akan tiba juga hari di mana kita akan mengharapkan agar solekan mampu bertahan dari pagi hingga ke malam hari. Di sinilah timbul masalah solekan smudgy dan luntur warnanya.
REMAJA senaraikan 3 jenama yang baru saja melancarkan produk terbaru bagi mengatasi dilema ini supaya korang boleh merasa yakin sepanjang hari!
01
Avon True Power Stay
Avon memperkenalkan produk baharu sempena identiti baharu jenama tersebut; Watch Me Now.
Ads
Ia kini menjadi jenama solekan yang lebih inovatif, lantang dan sesuai untuk digunakan oleh ramai penggemarnya. Apa yang menarik perhatian adalah kemampuan produk solekannya untuk bertahan lama di bawah panas terik dan cuaca lembap di Malaysia menerusi koleksi True Power Stay.
Produk pilihan REMAJA ialah bedak asas (cecair), concealer (penyamar noda) dan penggaris mata daripada koleksi ini untuk keperluan rutin harian kami. Produk-produk ini dikatakan mampu kekal lama dengan formula kalis air dan peluh yang unik.
Avon True Power Concealer sebagai contoh mampu menutup lingkaran gelap di bawah mata dan cela selama 18 jam dengan kemasan matte. Avon True Power Foundation pula lebih mantap apabila ia boleh bertahan selama 24 jam! Ia mempunyai 4 rona berbeza dan didatangkan dengan perlindungan SPF10.
Manakala, Avon True Power Stay Eyeliner ini memang mudah untuk dipakai agar mata korang kelihatan lebih galak, kemas dan sekata. Paling penting, ia kekal sepanjang hari ya!
Ads
02
M.A.C Prep + Prime; Fix + Setting Spray
Ini merupakan di antara setting spray yang paling digemari oleh jurusolek profesional. Ia bebas alkohol dan mengandungan formula bagi memberikan kelebihan 4 dalam 1. Di samping mengekalkan solekan korang selama 12 jam lamanya, ia turut melembapkan kulit dan memberikan kemasan natural serta seamless.
Ads
Bermula bulan Januari ini, penyembur Fix + ini akan mula memasarkan rangkaian dengan bauan berbeza bergantung kepada citarasa korang. Antaranya termasuklah mawar, kelapa dan bunga levendar. Selain itu, korang juga boleh memilih penyembur Fix + yang memberikan efek kilauan (shimmer) iaitu Pink Lite dan Gold Lite. Ia boleh mula didapati secara online dan di stor M.A.C seluruh negara.
03
NUDESTIX Nude Blooms
Akhir tahun lalu, jenama natural pilihan REMAJA iaitu Nudestix telah melancarkan kit kolaborasi bersama selebriti Korea Selatan, Pony Park dengan lima jenis produk solekan edisi terhad. Dengan tujuh juta orang follower di Instagram, Pony juga merupakan jurusolek selebriti dan terkenal dengan teknik ‘trademark’-nya bagi mendapatkan efek dewy dan berseri.
Kit yang dinamakan sebagai Nude Blooms ini menggabungkan beberapa produk kegemaran Pony daripada keluaran Nudestix. Tentunya khas untuk produk solekan yang mampu bertahan lama, REMAJA menggemari Magnetic Luminous Eye (Praia) yang merupakan pensil 4-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai pembayang mata, primer alis mata, penggaris mata dan highlighter. Ia memberikan efek shimmer keemasan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..
“Bukan tak nak berhenti, tapi susah!” kata mereka.
Kami pun sedar yang ramai remaja sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin.
Tetapi, ulasan terbaru seorang pensyarah senior Fakulti Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr Muzaffar Syah Mallow ini akan menarik perhatian perokok.
Katanya, golongan perokok tak layak untuk menerima bantuan zakat walaupun mereka berpendapatan rendah. Ini kerana perokok dilihat masih mampu menyediakan duit membeli rokok – walaupun tak berkemampuan dan dilabel haram oleh fatwa Malaysia.
23 tahun telah berlalu sejak rokok diharamkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam disebabkan bahana rokok kepada perokok dan orang di sekeliling terutamanya kanak-kanak dan golongan ibu.
Tetapi apa yang berubah? Nothing. Mereka masih tak kisahkan kesihatan sendiri dan orang di sekeliling.
Si ayah masih merokok di hadapan bayi mereka tanpa rasa bersalah.
Ada baiknya juga kalau zakat tak diberikan kepada golongan perokok. Apa pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan Miss America merupakan sebuah pertandingan ratu cantik tertua di Amerika Syarikat bahkan di dunia, ia telah diadakan sejak tahun 1921 lagi. Uniknya pemenang pertandingan ini tidak akan mewakili negara untuk ke mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa.
Sebaliknya Miss America lebih memfokuskan kepada pemerkasaan wanita menerusi pemberian biasiswa pelajaran. Jadi tidak hairanlah jika peserta-peserta pertandingan ini semuanya memiliki latar pendidikan yang baik. Menariknya, acara baju renang tidak lagi diadakan sebagai sebahagian dari cabaran dalam pertandingan ini.
Terbaharu, Grace Stanke,20, berasal dari Wisconsin telah dinobatkan sebagai Miss America 2023.Dia berjaya mengalahkan 50 peserta lain untuk memenangi sebuah mahkota dan juga biasiswa bernilai USD50 ribu. Pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dari University of Wisconsin ini telah dimahkotakan oleh pemenang Miss America 2022, Emma Broyles.
Grace bermain biola dalam segmen bakat, menjawab soalan di atas pentas, berjalan di landasan dengan gaun petang dan menekankan matlamat kerjayanya sebagai penyokong kuasa nuclear. Dia memukau panel hakim dengan jawapannya semasa segmen permaidani merah dan juga soal jawab di pusingan akhir.
Satu momen menarik, Miss America 2022 menggayakan gaun dengan wajah-wajah pemenang Miss America sebelum ini. Iconic!
Miss New York, Taryn Delanie Smith dinobatkan sebagai naib juara. Manakala Miss Texas, Averie Bishop dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga. Melengkapkan kedudukan lima terbaik adalah wakil West Virginia, Elizabeth Lynch dan wakil Georgia, Kelsey Hollis. Mereka masing-masing berpuas hati di kedudukan keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aura positif sentiasa terpancar di wajah Puan Seri Tiara Jacquelina sekaligus menyerlah kecantikan sebenar pemegang watak utama dalam Filem Puteri Gunung Ledang.
Puan Seri Tiara Jacquelina kelihatan sangat teruja menceritakan aktiviti sihat yang dilakukan hampir sedekad dalam usianya.
Melihat kesibukannya umpama wanita bionik, rupa-rupanya, pelakon dan penerbit filem Puteri Gunung Ledang ini jenis yang sangat menitikberatkan soal kesihatan dan gemarkan gaya hidup yang aktif.
“Saya ini wanita yang ringkas sebenarnya. Cukup kenakan baju dengan seluar jeans dan kasut sukan jika tak ada aktiviti glamor.
“Untuk rawatan kecantikan pula, cukup dapat tidur yang cukup. Dapat tidur nyenyak tujuh jam pun sudah memadai. Apabila ada tenaga, esok kita boleh kembali aktif. Makanan juga saya pentingkan dengan memilih gaya pemakanan seimbang.
“Cuma saya ini jenis yang sentiasa aktif. Tak boleh duduk di rumah tak buat apa-apa. Kehidupan saya sentiasa perlu bergerak. Kalau meeting pun, saya akan berdiri atau berjalan keliling bilik. Saya berusaha untuk tidak duduk sahaja kerana tidak sihat.
“Memang ada yang tanya macam mana dapat tenaga, tetapi sebenarnya ia bergantung pada diri dan sebahagian daripada gaya hidup. Sejak dahulu lagi memang itu yang saya amalkan,” ujarnya.
Menurutnya itu semuanya bergantung dari dalaman barulah memancar pada luaran.
“Cantik itu bergantung pada mata masing-masing. Ada yang tak lawa tetapi ada ‘something’ pada diri dia yang kita tak boleh nak lepaskan pandangan daripada dia.
“Itu yang dikatakan kecantikan dari dalaman. Pada saya lebih penting kecantikan dari dalam dan mata kita lebih memancar. Ada yang cantik luaran tetapi nampak ‘malap’. Bila usia sudah bertambah saya memang sangat menjaga pemakanan.
“Dari umur 40 tahun saya memang menjaga makan. Memang tak boleh makan apa saja seperti sebelum ini.
“Sekarang saya tukar nasi dengan cauliflower rice. Walaupun tak makan nasi saya akan pastikan ambil sayur. Pernah Tun Mahathir kata, jangan sampai kita rasa kenyang bila makan. Makan apabila rasa perut tak kosong dah memadai.
Info Tambahan : Khasiat Kobis Bunga untuk Kesihatan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.