Penat Kena Bodyshaming, Gadis Ini Tekad Turunkan Badan Dan Kongsi Tip Kurus!

Share

Lebih kurang dah habis setengah tahun kita di tahun 2020. So far, macam mana dengan pencapaian korang setakat ini?

Awal tahun lalu mesti ramai yang berazam nak kurus kan?

Nah, jangan risau guys, cepat atau lambat yang penting ada niat nak kurus. Hehe!

Bagi korang yang masih mencari semangat dan inpirasi untuk mengurangkan berat badan, kami nak kongsikan cerita daripada seorang gadis di Twitter, Cami yang berjaya menurunkan berat badannya kepada 45kg dalam masa tujuh bulan.

Kisah kejayaan menurunkan berat badan akibat body shaming rakan-rakannya ini mendapat 20,200 ulang kicau dan lebih 63,000 tanda suka di laman twitter.

Wah, best gila!

Jom kita baca antara tip yang telah dikongsi di laman twitternya.

Menu diet

Cami juga berkongsi rahsia untuk cepat kurus yang dia lakukan adalah dengan mengurangkan pengambil nasi selama . Tapi korang jangan risau, boleh makan nasi cuma pastikan dalam portion yang kecil dan lebihkan pengambilan sayur-sayuran.

Makanan dan minuman yang perlu dielak sudah semestinya NO SUGARY DRINKS AT ALL. Mi, bihun goreng, kuey teow are worst than white rice. So, better korang makan nasi daripada semua tu. Ia lebih tinggi kalori, berminyak dan boleh membuatkan berat naik.

Kuih, biskut atau apa saja manisan boleh digantikan dengan buah dan sayuran. Nak mulakan benda ni semua memang susah, tapi lama-lama korang akan biasa.

Paling penting, say no to benda-benda manis!

Selain itu juga, minum banyak air kosong. Minimum 2 liter sehari. Lagi banyak minum, lagi bagus sebab korang takkan rasa lapar.

Workout

Disebabkan ramai yang bertanyakan kepada gadis ini tentang workout yang dilakukan semasa 7 bulan diet, Cami menjelaskan dia bersenam 5 kali seminggu menggunakan  aplikasi ini.

Untuk workout apps ni ada plan yang boleh kita pilih mengikut kesesuaian tujuan utama korang. Download je apps tersebut, nanti dalam setiap plan yang korang pilih tu ada la cabaran yang kena buat selama 30 hari.

Tapi ikut kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri kalau tak mampu.

Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan? Hiks!

Sumber: twitter Camihnzm

IKLAN