Apa saja projek kolaborasi yang dilakukan oleh penyanyi pop antarabangsa, Lady Gaga, pasti hasilnya akan diterima ramai.
Selepas single Rain On Me bersama Ariana Grande disukai oleh para Little Monsters minggu lalu, kali ini Gaga melancarkan single terbaru bersama kumpulan sensasi K-pop, Blackpink untuk single berjudul Sour Candy.
Sejak pengumuman kolaborasi ini, Blinks dan Little Monsters seluruh dunia rata-rata teruja menantikannya.
Ads
Sour Candy telah diperdengarkan pada jam 8 malam tadi dan segera mendaki carta nombor 1 di 57 buah negara dalam masa kurang daripada 24 jam – termasuklah carta iTunes Malaysia.
Di China di mana iTunes tidak boleh digunakan kerana polisi negara tersebut, Sour Candy masing menduduki tangga pertama di laman web muzik terbesar mereka, QQ Music.
Terdahulu, Blackpink telah mengumumkan projek comeback mereka yang bakal dilandarkan tidak lama lagi. Judul album terbaru itu akan diumumkan pada bulan Jun, diikuti dengan single terbaru (Julai – Ogos) dan album penuh (September).
Baru semalam Remaja memuat naik laporan gembira berkenaan perancangan anak dara Krisdayanti dan Anang, Aurel Hermansyah untuk menikahi tunangnya, Atta Halilintar. Berdasarkan pengumuman dalam video yang dimuat naik oleh Atta baru-baru ini, mereka telah mendedahkan tarikh 21 Mac 2021 sebagai tarikh istimewa buat mereka berdua.
Bagaimanapun hari ini, satu berita mendukacitakan menimpa Aurel dan ibu tirinya, Ashanty apabila mereka telah disahkan dijangkiti wabak COVID-19, semalam.
Aurel telah berkongsi foto dengan lengannya dicucuk jarum branula bagi memasukkan air sambil berkata, “Mohon anda jaga diri, I love you. Bagi sesiapa yang ada kontrak rapat dengan saya, lakukan ujian SWAB dengan segera.”
Ashanty pula telah berkongsi berita tersebut menerusi Instagram Story-nya.
“Setiap minggu saya akan buat ujian saringan. Kali terakhir adalah pada 8 Februari dan keputusannya negatif.
“Namun semalam, tiba-tiba saya demam, batuk selesema dan sesak nafas. Jadi saya pun buat ujian SWAB dan pagi tadi keputusannya positif.”
Hasil ujian yang dilakukan pada anggota keluarganya juga mendapati mereka turut sama dijangkiti.
“Semua yang berada di dalam rumah turut menjalani ujian SWAB dan yang positif seperti Loly, Arsy dan Jiel. Mohon teman-teman doakan.”
Harapnya mereka sekeluarga akan pulih untuk melangsungkan kehidupan dan merancang majlis pernikahan Aurel dan Atta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan kedua petang semalam susulan disimbah asid di sebuah pusat membeli belah pada Ahad lalu.
Faisal yang lebih senang disapa Mickey, sebelum ini mengalami kelecuran tahap empat, kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah Hospital Swasta Shah Alam.
“Faisal telah menjalani pembedahan selama tiga jam. Keadaan Faisal stabil dan saya akan melawat dia hari ini untuk mengetahui status terkini”, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Asid sulfurik pekat merupakan bahan kimia yang digunakan oleh si pelaku ketika menganiaya Faisal hingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat di bahagian muka, leher, lengan dan badan.
Sebelum ini, pemain bola sepak Selangor FC itu dilaporkan masih terbatas dari segi percakapan dan pergerakan selepas pembedahan pertama. Susulan daripada itu, pemain itu juga dikatakan berisiko untuk bersara lebih awal daripada kancah bola sepak.
Kami mendoakan agar Faisal cepat sembuh dan semakin pulih sihat seperti sedia kala. InshAllah…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua minggu lalu, masyarakat digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki, Adam Rayqal, 5 bulan yang disorok dalam peti ais rumah pengasuhnya.
Awalnya anak kecil ini dikatakan dilarikan oleh bapanya namun keadaan bertukar kecoh apabila bapa arwah memuat naik meminta pertolongan orang mencari anaknya itu.
Tatkala penemuan Adam dalam keadaan menyayat hati, raungan ibu kepada Allahyarham Adam Rayqal cukup meruntun hati setiap masyarakat. Minggu lalu pengasuh kejam itu sudah dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi dua pertuduhan iaitu aniaya dan menyorokkan mayat kanak-kanak lelaki berkenaan.
Sekali pun dua minggu sudah berlalu, namun semalam wartawan berkesempatan menemui Farah Madihah di mana ibu muda ini meluahkan perasaannya kenapa anaknya diperlakukan sebegitu kerana dia sendiri tidak pernah melakukan kepada anak orang lain biarpun pekerjaannya sebagai jururawat di Hospital Kuala Lumpur adalah di wad pediatrik iaitu wad kanak-kanak.
Kunjungan Dato Noraini ke atas keluarga mangsa pengasuh yang bertindak kejam
“Saya tak boleh terima anak saya dilakukan sedemikian kerana saya tak buat anak orang begitu,” luah Farah Madihah Othman, 28, ibu Allahyarham Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif yang ditemui mati dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya, 3 Julai lalu.
Farah Madihah yang berkhidmat sebagai jururawat di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur berkata, tindakan pengasuh berusia 33 tahun itu kejam dan berharap tindakan setimpal dikenakan ke atasnya.
“Dia (pengasuh) hubungi saya dengan nada yakin mengatakan anak saya telah diambil seorang lelaki.. saya ingatkan betul-betul anak saya dilarikan, tak terfikir langsung pengasuh akan buat Adam begitu.
“Tapi bila tahu anak saya ditemui di tempat tidak sepatutnya saya tak boleh terima. Tak dapat saya bayangkan keadaan anak saya ketika itu,” katanya yang kini mulai reda dengan keadaan menimpa anak sulungnya itu.
Jelasnya, dia berharap kejadian menimpa ke atas anak itu diambil iktibar dan kerajaan dapat memantau seterusnya menyediakan kemudahan pusat asuhan di tempat bekerja.
“Sebagai kakitangan pusat perubatan kita menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit jadi tak salah sekiranya kebajikan kami juga dijaga. Susah nak jumpa pusat asuhan yang mengambil anak-anak yang ibu bapanya bekerja shif, jika ada pasti kosnya tinggi. Bila ada kemudahan itu di tempat bekerja ia sangat membantu.
“Memang susah nak meletakkan keyakinan kepada pengasuh tapi bila dia beri keyakinan dan menjaga pula seorang anak OKU sedikit sebanyak saya membuat pertimbangan menghantar anak saya ke pengasuh itu,” katanya sewaktu menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad semalam.
Kisah arwah Adam menggemparkan negara kerana disorokkan dalam peti ais
Bekas pengasuhnya didakwa atas dua pertuduhan iaitu aniaya dan lupuskan mayat arwah
Kisah Adam Rayqal menggemparkan negara selepas ditemui dalam peti sejuk beberapa jam dilaporkan hilang dari rumah pengasuhnya.
Susulan daripada kejadian, suspek juga pengasuh, Noor Aqilah Abd Rahman, 33, didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda.
Sementara itu, Noraini berkata, pihaknya mendesak kerajaan menyediakan kemudahan pusat asuhan di jabatan kerajaan sebelum melebarkan perkhidmatan tersebut kepada syarikat swasta.
“Sudah tiba masanya perkara itu dijadikan kewajipan, sebelum ini ia hanya berbentuk galakan. Kementerian juga disaran mewujudkan pusat latihan agar pengasuh dapat menjalankan tugas dengan profesional,” katanya.
Tambahnya, aktiviti pusat asuhan perlu dipantau dan berdaftar dengan kementerian.
“Kementerian boleh paparkan nama pengasuh yang berdaftar kepada umum melalui laman sesawang dan hebahan di pihak berkuasa tempatan sebagai rujukan serta meyakinkan ibu bapa. Isu pusat pengasuh dan pengasuh ini perlu diambil serius dan diselesaikan segera… jangan jadikannya sebagai isu bermusim,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!