Drama bergenre romantik komedi, From Saga With Love baru-baru ini asyik diperkatakan oleh peminat drama seni tanah air.
Bahkan drama terbitan Red Communication ini kerap muncul di laman For You Page akaun TikTok warganet dek kerana momen-momen kelakar dan ‘melting’ yang dipamerkan di dalam drama tersebut.
Pelakon utama drama tersebut, Siti Khadijah Halim yang memainkan watak Karma turut mengekspresikan rasa bersyukurnya atas penerimaan yang cukup hangat dari para penonton terhadap drama lakonannyai itu.
“Alhamdulillah berkat kesungguhan barisan pelakon dan team produksi yang sangat best, drama From Saga With Love berjaya mendapat tempat di hati para penonton sehinggakan kerap tular di TikTok.
Ads
“Semestinya Siti amat teruja dan bersyukur kerana kami, barisan para pelakon telah memberikan komitmen 100 peratus dalam karya ini,” jelasnya ketika ditemui di pelancaran koleksi Mayang by Anntsya di Starhill Gallery baru-baru ini.
Lakonan pelakon berusia 26 tahun tersebut turut dipuji ramai dek kerana kelihatan cukup ‘natural’ di mata penonton.
“Memang ramai cakap yang Siti nampak natural bila bawak watak Karma dan sejujurnya memang ada sedikit sebanyak persamaan watak tersebut dengan diri Siti sendiri.
Ads
“Siti amat happy kerana menerusi pujian tersebut telah membuktikan bahawa Siti berjaya membawakan watak Karma itu,” jelasnya lagi.
Bekas juara Gadis Panca NR ini turut berkesempatan berkongsi kenangan manis beliau ketika menjalani penggambaran drama tersebut.
Ads
“Kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila kitaorang masak nasi lemak bersama-sama. Haaaaa…adegan nasi lemak yang kalian saksikan itu adalah hasil penat lelah kami, barisan pelakon juga.
“Kami bersama-sama kopek ikan bilis, rebus telur dan masak nasi tersebut,” selorohnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Siti Khadijah Halim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan bintang terkenal dari Amerika, Megan Fox ini. Figura tersebut menjadi impian setiap wanita di luar sana kerana memiliki susuk tubuh badan idaman.
Bagaimanapun, tahukah anda? pelakon filem popular Transformers ini sendiri mengakui tidak menyukai tubuh badannya sendiri walau dirinya kerap tampil sebagai model pakaian berjenama.
Lapor media CNN, Megan Fox mendakwa dirinya mempunyai masalah dysmorphia atau Body Dismorphic Disorder (BDD) iaitu satu keadaan seseorang mempunyai anggapan yang kuat bahawa terdapat kecacatan atau kekurangan pada tubuh badan mereka.
“Saya mempunyai dysmorphia. Saya tidak pernah melihat diri seperti orang lain melihat saya.
“Tidak pernah dalam kehidupan saya mencintai tubuh badan saya. Tidak pernah,” katanya seperti yang dilaporkan.
Selain itu, aktres berusia 37 tahun itu turut mendedahkan dirinya telah mempunyai perasaan tidak menyukai tubuh sendiri sejak zaman kanak-kanak lagi.
Fox bagaimanapun berharap agar masyarakat tidak menjadikan tubuh badan atau penampilannya sebagai hal pertama saat bertemu dirinya.
“Sewaktu saya kanak-kanak saya mempunyai obsesi dengan penampilan sendiri. Saya mahu semuanya kelihatan baik, seperti yang diinginkan dan perasaan itu (punya tubuh badan yang sempurna) tidak pernah berakhir.
“Tetapi saya harap orang lebih tertarik dengan aura saya berbanding tubuh badan. Saya mempunyai aura seperti ‘pelangi’ dan itu sangat istimewa,” dedahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Genap tujuh hari kelahiran cahaya mata kedua, pelakon jelita, Farah Nabilah tampil berkongsi nama bayi comelnya itu yang selamat dilahirkan, pada tanggal 26 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Titian Cinta itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi kapsyen tersebut, Farah Nabilah dan suami tercintanya Mohammed Amirul Yunus, memilih nama Yusuf Gibran buat bayi keduanya yang baru dilahirkan itu.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” coretnya ringkas.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan doa agar Yusuf Gibran bakal menjadi seorang anak yang soleh dan mempunyai adab dan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sekadar informasi, Farah Nabilah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, pada 20 Disember 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti ramai yang sudah sedia maklum, Shaun The Sheep merupakan sebuah siri animasi kanak-kanak yang ditayangkan di televisyen. Pada 2015, animasi ini telah difilemkan dalam Shaun The Sheep Movie.
Selepas lebih kurang empat tahun, siri kartun ini sekali lagi diterbitkan dalam filem yang berjudul A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon.
Di Ladang Mossy Bottom, Shaun dan biri-biri lain berdepan dengan musuh baru. Kedatangan makhluk asing di kawasan tersebut membuatkan mereka perlu melindungi ladang itu daripada ditakluki oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab.
Situasi membuatkan si penternak kambing biri-biri tersebut mengambil kesempatan untuk menubuhkan sebuah Farmageddon yang dikatakan boleh melihat makhluk asing dan mengutip bayaran daripada orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri kehadiran makhluk asing di depan mata mereka.
Berdurasi selama 87 minit tanpa dialog, di awal penceritaan kami agak ragu-ragu kerana bimbang akan merasa bosan untuk menonton. Mungkin ramai yang dah tahu filem ini merupakan karya stop motion yang diarahkan oleh Will Becher dan Richard Phelan. Jadi ia memang tidak mempunyai dialog manusia dan hanya mengeluarkan bunyi 'bahasa haiwan' disertakan dengan sound effect.
Iya la sebelum ni kalau tonton siri kartun Shaun The Sheep di televisyen hanya berdurasi beberapa minit sahaja. Tapi, bila ia difilemkan dan sejujurnya filem pertama siri ini juga kami tidak pernah menonton, risau pula kalau-kalau rasa bosan pula dalam panggung.
Namun begitu, andaian kami tersasar kerana selepas kedatangan makhluk asing itu ke bumi, penonton bakal merasakan excitement untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.
Walaupun tidak berdialog, penceritaan yang disampaikan secara straight forward dan memudahkan penonton untuk memahami jalan cerita filem ini. Korang juga bakal tergelak melihat aksi comel sekumpulan biri-biri dan makhluk asing itu dalam misi menyelamatkan daripada orang jahat dan menghantarnya pulang ke planet asal.
Jom tonton gelagat biri-biri comel ini dalam A Shaun The Sheep Movie: Farmageddon yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Disember 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...