Wan Sharmila antara selebriti yang dilihat aktif ke majls ilmu agama.
Selain itu, sejak mengambil keputusan mengenakan hijab sekitar tahun 2019, penampilan pelakon naskhah popular 7 Hari Mencintaiku ini sering meraih perhatian warganet berikutan pemilihan pakaian yang semakin longgar dan tudung yang semakin labuh.
Terkini, Wan Sharmila sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia dilihat tampil dengan imej yang sopan dan ayu ketika sedang menghadiri kelas agama. Sekaligus, penampilannya itu meraih pujian dalam kalangan peminatnya.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, pelakon itu berkongsi momen ketika menghadiri majlis ilmu di salah sebuah masjid dengan mengenakan jubah labuh dan tudung berona hitam.
Ads
Susulan itu, rata peminatnya dan rakan selebriti meluahkan rasa kagum dengan penampilannya yang cantik dan manis ketika menutup aurat dengan sempurna di samping turut mengenakan niqab dalam hantaran video berkenaan.
“Alhamduillah, cantiknya my sis. Semoga Allah permudahkan segalanya kakak,” komen seorang peminatnya.
Ads
“Allahuakbar sejuknya tengok. Ini yang aku cari selama ini… Alhamdulillah selamanya tenang…. syukur,” komen pengikutnya lain.
Bukan itu sahaja, kapsyen pada posting terbabit iaitu ‘Bukan orang baik, tapi cuba jadi lebih baik’ turut mencuri tumpuan. Malah, pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji serta Wan Sharmila agar sentiasa istiqamah dalam menuruti perintah agama.
Ads
“MasyaAllah semoga terus istiqamah dalam mencari redha Allah,” komen seorang pengikutnya.
“Masyaallah semoga terus istiqamah lala,teruskan perjuagan perbaiki diri dekat dengan Allah,” tulis juga peminatnya lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah dengar tentang negara bernama Barbados? Kalau nak tahu, Barbados merupakan negara kepulauan yang terletak di persempadanan. Laut Caribbean dan Lautan Atlantik.
Popular dengan industri pelancongan, negara ini memiliki pengaruh kuat Britain kerana pernah jajah oleh negara tersebut.
Walaupun telah merdeka pada tahun 1966, Ratu England iaitu Queen Elizabeth II masih memegang tampuk Ketua Negara atau dikenali sebagai Head of State. Walaupun berstatus sebagai ketua negara, Queen Elizabeth II bukanlah sentiasa ke negara kepualuan itu sebaliknya baginda diwakili oleh Gebenor Jeneral. Kerajaan negara ini pula diterajui oleh Perdana Menteri.
Ketika Ditabalkan Sebagai Ratu England Sejurus Kemangkatan Ayahanda Baginda.
Terbaru dalam laporan BBC News dan CNN, kerajaan Barbados akan menggugurkan Queen Elizabeth II sebagai ketua negara sekaligus menjadikan kerajaan negara tersebut sebagai kerajaan republik sepenuhnya tahun hadapan.
Dalam ucapan yang ditulis oleh Perdana Menteri Mia Mottley, dia menyatakan bahawa rakyat Barbados mahukan seorang ketua negara yang berasal dari negara tersebut. “Ini adalah pernyataan keyakinan mutlak mengenai siapa kita dan apa yang kita mampu capai,” ujar Mottley dalam ucapan itu.
Peralihan ini disifatkan sebagai satu anjakan yang untuk membawa negara itu ke satu tahap yang lebih tinggi bersempena dengan kemerdekaan yang ke-55 negara itu pada bulan November 2021.
Kalau korang nak tahu, Barbados merupakan negara kelahiran selebriti popular Rihanna!
****P/S- Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan. Hormatilah dan hayatilah kebebasan yang dimiliki dengan rasa bertuah kerana kita memiliki Ketua Negara, iaitu Yang Dipertuan Agong dalam memastikan kestabilan negara serta mengasihi rakyat. Selamat Hari Malaysia!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut Izara lagi, drama yang akan dibintanginya itu dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Ramadan 2025.
“Lima tahun saya berhenti berlakon, perasaan sedikit risau nak mulakan semula. Rasa macam dah tak reti berlakon. Penggambaran akan berjalan dalam bulan ini (November), dah nak mula dah pun.
“Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun depan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula (berseloroh),” katanya.
Bekas peserta Dewi Remaja berkongsi berita gembira itu semasa sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dalam kesempatan itu, dia turut memperkenalkan barisan pelakon yang terlibat dalam drama tersebut, antaranya Fattah Amin, Amir Ahnaf, dan Puteri Balqis.
“Hero drama itu Amir Ahnaf. Saya dan Fattah Amin sebagai co-heroin dan co-hero. Fattah Amin sebagai abang ipar saya dalam itu.
“Fattah adik-beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama itu,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Izara Aishah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Para peminat dunia hiburan tempatan terpaksa menerima perkhabaran penangguhan Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME2021) dengan hati terbuka setelah ia diumumkan sebentar tadi.
Astro Malaysia selaku syarikat penganjur dan penyiar rasmi dalam satu kenyataan telahpun memaklumkan perkara tersebut setelah melihat kepada jumlah kes harian COVID-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini. Justeru, acara AME 2021 yang sepatutnya dilangsungkan pada hari esok, 30 Januari 2022 terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Penangguhan ini demi memastikan faktor keselamatan dan kesejahteraan kesemua pihak yang terlibat acara tersebut. Kata mereka, pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berwajib sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Lalu, pihak Astro sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif untuk melaksanakan pemeriksaan pra kesihatan dan ujian saringan COVID-109 secara menyeluruh ke atas semua yang terlibat dengan persediaan AME 2021 dan bagi mana-mana program terbitan Astro, for that matter. Malangnya sebelum sempat dilangsungkan malam esok, sejumlah individu yang bakal menyertai produksi AME 2021 telah dikenal pasti perlu dikecualikan termasuklah mereka yang harus menjalani proses kuarantin kendiri seperti yang ditetapkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Walaupun kes mereka ini telah dikesan lebih awal dan tidak dibenarkan masuk ke lokasi rakaman AME2021, Astro enggan mengambil sebarang risiko dan tetap mengambil langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan semua pihak.
“Justeru, kami dengan ini ingin memohon maaf kepada semua yang terlibat terutamanya barisan artis, para penaja, rakan-rakan niaga, penonton khususnya pengundi dan kru produksi di atas kejadian yang tidak diduga dan di luar kawalan kami ini.”
“Sekali lagi, ingin ditekankan di sini bahawa keputusan ini telah diambil kerana keselamatan mereka yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan kami. Terima kasih di atas sokongan anda. Kami akan memantau situasi semasa dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kelak,” akhiri kenyataan tersebut.
AME 2021 mempertaruhkan 16 kategori utama dan tiga kategori kemuncak iaitu Top Top MeleTOP Lelaki, Top Top MeleTOP Wanita dan Top Top MeleTOP Grup/Duo. Ia bakal diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse secara eksklusif di saluran Astro Ria dan boleh distrim di Astro Go serta On Demand.
Untuk pengetahuan, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan hari ini bahawa sebanyak 5,139 kes baharu telah dicatatkan sehhingga 29 Januari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah wanita kerja mengemas ini tular selepas dia berjaya mengumpul RM4,000 dalam tiga minggu tanpa berhutang, hanya melalui kerja keras dan kejujuran.