Berita

Penampilan Thalita Undang Teguran Netizen, Gaun Dedah Bahu Jadi Perhatian

Share

Penampilan anak kepada pelawak Shuib, Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita, mencuri perhatian netizen selepas mengenakan gaun dedah bahu pada sebuah majlis baru-baru ini.

Masih di peringkat awal remaja, pemilihan persalinan berwarna merah jambu itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang berasakan gaun tersebut kurang sesuai dengan usianya yang kini mencecah 13 tahun.

Difahamkan, Thalita mengenakan busana tersebut ketika menghadiri majlis gender reveal kandungan ibu tirinya, Watie Hanifiah, yang berlangsung di sebuah gelanggang acara di Gombak.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kedua-dua belah pihak selain teman rapat serta rakan selebriti seperti Fasha Sandha dan Sharifah Shahirah.

Pada acara itu, Thalita turut menghiburkan para tetamu dengan mendendangkan beberapa buah lagu, sekali gus meraih pujian ramai atas bakat nyanyian yang dimilikinya.

Namun begitu, di sebalik pujian yang diterima, terdapat segelintir netizen yang menitipkan nasihat di ruangan komen agar Shuib dan Watie lebih cakna dalam pemilihan pakaian buat remaja sepertinya, dengan menyifatkan persalinan tersebut sebagai kurang manis.

Setakat ini, baik Shuib mahupun Watie dilihat belum memberikan sebarang maklum balas berhubung teguran yang dilontarkan oleh netizen tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IGmakeupbyaqielahm

Published by
Fath