Setiap individu pasti tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai cabaran kehidupan. Ada yang diuji dari segi kewangan, pekerjaan mahupun keadaan diri sendiri.
Namun, ujian yang hadir tidak semestinya menjadi penghalang untuk meneruskan kehidupan. Begitulah kisah seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Jack yang membuktikan kekurangan bukan alasan untuk berhenti mengejar impian dan mencari rezeki.
Minat Memandu Dorong Jadi Pemandu E-Hailing
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Zestie Malaysia di Facebook, Jack yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir berkongsi minat mendalamnya terhadap dunia pemanduan.
Minat tersebut mendorong pemuda berusia 26 tahun itu untuk menjadikan kerjaya sebagai pemandu e-hailing sebagai sumber pendapatannya.
Menurut Jack, dia sudah mula memandu sejak berusia 18 tahun dan telah berkhidmat sebagai pemandu Grab sejak kira-kira tiga tahun lalu.
Lebih mengagumkan, dia sanggup memulakan rutin kerjanya seawal jam empat hingga lima pagi setiap hari.
“Saya suka bawa kereta, setiap hari takkan berhenti,” katanya.
Aktif Hasilkan Kandungan Di Media Sosial
Selain bekerja sebagai pemandu e-hailing, Jack juga aktif menghasilkan kandungan di media sosial yang memaparkan kehidupan dan aktiviti hariannya.
Ads
Apa yang lebih menarik, semua video yang dimuat naik dihasilkan dan disunting sendiri olehnya tanpa bantuan pihak lain.
“Saya edit sendiri. Saya belajar edit sendiri,” katanya.
Gembira Dapat Beri Semangat Kepada Orang Lain
Bagi Jack, antara perkara yang paling menggembirakannya adalah apabila kisah hidup dan video yang dikongsikan mampu memberi inspirasi kepada orang ramai.
Malah, ada individu yang meninggalkan komen dan mengakui video-videonya menjadi sumber motivasi ketika berdepan kesukaran dalam hidup.
Ads
“Saya gembira bila ada orang komen video saya. Ada orang komen ‘bila dia rasa nak putus asa, dia tengok video saya.’ Dia jadi lebih semangat. Saya gembira sebab saya boleh bantu mereka,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga penumpang yang meluahkan rasa kagum terhadap kemampuannya memandu walaupun berdepan kekurangan fizikal.
Pernah Berdepan Pandangan Negatif
Dalam masa sama, Jack mengakui dirinya tidak terlepas daripada menerima pandangan negatif daripada segelintir pihak.
Menurutnya, ada penumpang yang berasa takut untuk menaiki kenderaannya selepas melihat keadaan dirinya.
“Ada juga (penumpang) yang cakap tidak baik, dia takut nak naik. Dia tak nak saya bawa. Saya sedih tapi tak apa, saya boleh dapat pelanggan lain,” jelasnya.
Ads
Walaupun berasa sedih, perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus bekerja dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Jack turut mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli kerana kekurangannya.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.
“Sebenarnya saya dibuli juga tapi saya tak mahu fikir sangat. Mereka tak faham saya. Kalau mereka faham, mereka takkan cakap buruk tentang saya,” katanya lagi.
Pesanan Buat Mereka Yang Sedang Berjuang
Di akhir perkongsian, Jack menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang berdepan ujian hidup agar tidak mudah berputus asa.
“Jangan putus asa. Teruskan perjuangan. Buat apa yang anda nak buat. Jangan fikir banyak-banyak. Apa yang anda alami, mesti ada makna atau sebabnya,” kata Jack.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fuh, memang havoc lah negeri Melaka bulan Mei ini!
Ini setelah Melaka dilantik menjadi tuan rumah sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat kebangsaan selama tiga hari berturut-turut mulai 24 hingga 26 Mei 2024.
REMAJA berkesempatan menemui Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim di pekarangan Menara Taming Sari, Melaka baru-baru ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tarikan festiviti Hari Belia Negara yang telahpun diatur.
Adam Adli (empat dari kanan) di majlis pelancaran Hari Belia Negara 2024 di pekarangan Menara Taming Sari, Melaka.
“Pihak KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menjangkakan lebih 30,000 orang ramai akan berkumpul di Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka sempena Hari Belia Negara.
“Membuka tirai sambutan, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Program Semarak HBN@KBS pada 15 Mei (hari ini) di Podium A, Menara KBS Putrajaya dengan pengisian Ikrar Belia Negara, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan aktiviti GHRM (Gaya Hidup Rakan Muda).
“Kemuncak sambutan HBN adalah perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 25 Mei bersama-sama penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara peringkat kebangsaan,” ujarnya.
Menyentuh mengenai aktiviti sepanjang tiga hari di hadapan Dataran Pahlawan, Banda Hilir nanti, beliau kongsikan sebahagian daripada 73 aktiviti berbeza yang disediakan untuk warga remaja dan belia khususnya bersandarkan kepada 10 GHRM.
Antaranya termasuklah Malam Solidariti Palestin, Larian #YakinBoleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni Budaya Negeri-negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta.
Turut menyerikan sambutan HBN 2024 adalah penganjuran Kebara RIUH@HBN 2024 dengan kerjasama Kementerian Komunikasi.
Dalam pada itu, bacaan Ikrar Belia Malaysia juga bakal diadakan di seluruh institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan nasib dua beradik asal Canberra, Australia ini. Isaac dan Sofia Andreou telah berjaya menemukan batu baiduri bernilai RM4 juta di kawasan pedalaman negara itu.
Batu yang dikelaskan dalam kategori Baiduri (Opal) merupakan jenis batu permata yang memiliki kualiti tinggi dan susah ditemui. Apa yang menarik penemuan batu tersebut berlaku pada percubaan melombong kali pertama buat pasangan adik beradik itu.
Salah satu batu baiduri yang mereka jumpai itu memiliki kualiti yang berkualiti untuk dipamerkan di muzium dan ia sebesar satu penumbuk tangan dan berbentuk seperti telur yang besar. Menurut Sofia, “Belahan batu baiduri ini memiliki warna-warna Pelangi yang lengkap dan saya tidak dapat membayangkan yang saya kini memegangnya. Perasaan saya bercampur baur antara terkejut dan juga terpesona.”
Menurut Isaac pula, “Penemuan berharga ini merupakan satu momen yang akan mengubah kehidupan kami. Dan akan membuat kehidupan kami lebih mudah dan menarik.” Untuk pengetahuan pembaca, Tidak ada penemuan pada musim sebelumnya yang bernilai seperti yang ditemui oleh dua beradik ini.
Rata-rata penemuan sebelum ini hanyalah bernilai sekitar $ 18,000, walaupun ada segelintir hingga $ 250,000, bergantung pada warna, kejelasan, corak dan ukuran.
Terbaru, seorang nenek yang dikenali sebagai Dr Kamaliah Md Saman meraih perhatian apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Farmasi Klinikal pada usia 68 tahun di Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Dr Kamaliah yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Farmasi UiTM Shah Alam sejak lapan tahun lalu, cabaran dalam melanjutkan pelajaran pada zaman teknologi canggih pada hari ini semestinya banyak perbezaan jika dibandingkan dengan zaman kuliah pada era 80-an.
Lebih lagi, sebelum ini tiada proses pembelajaran dalam talian, dan para pelajar hanya belajar secara bersemuka dan kerap berjumpa pensyarah di universiti.
Kredit foto: Facebook UiTM Media Rasmi
“Dalam usia seperti saya, pasti ada kesukaran untuk belajar semula terutama membabitkan IT, sebab itu saya perlu banyak bertanya dengan golongan lebih muda dan mereka yang pakar”
“Belajar dan mengajar pada masa sama adalah satu cabaran sebab saya perlu menyediakan bahan mengajar dan pada malam hari, mengulangkaji pelajaran juga, selain siapkan tugasan yang diminta pensyarah,” katanya.
Menurut nenek kepada 14 orang cucu ini, beliau mula menyambung pengajian ketika pada tahun 2021 iaitu semasa pandemik Covid-19 dan belajar secara talian dari rumah.
“Saya menghabiskan PhD ini dalam tempoh enam tahun, ia satu perjalanan panjang, sangat mencabar malah kesihatan juga perlu sentiasa dijaga,” ujar Kamaliah.
“Pada masa sama, saya perlu membaca berulang kali untuk betul-betul faham selain rajin mentelaah. Saya bersyukur dan berbangga kerana masih berpeluang untuk menyambung pengajian pada usia ini,” jelasnya.
Kredit foto: Facebook UiTM Media Rasmi
Katanya, beliau merasa terpanggil untuk melanjutkan pengajian kerana berasakan ia satu keperluan memandangkan kerjayanya sebagai pensyarah.
Sementara itu, beliau juga sempat menitipkan nasihat kepada golongan seusianya agar untuk sentiasa berani mencuba dan berusaha jika ingin terus menuntut ilmu.
“Nasihat saya untuk para pelajar di luar sana, sentiasa istiqamah dalam belajar. Sebab dalam menuntut ilmu itu tak pernah ada habisnya dan ia sepanjang masa. Ilmu juga sentiasa keep on coming dan jangan lupa untuk sentiasa fikirkan diri sendiri juga dengan berseronok,” pesannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!