Peminat Risau Lihat Tulang Rusuk Yuna ITZY, Bimbang Tahap Kesihatannya Terganggu

Share

Untuk menjadi seorang selebriti di Korea, mereka perlu mengamalkan rutin diet yang sangat ketat bagi mengekalkan bentuk tubuh badan ideal di hadapan peminat.

Yuna ITZY sentiasa terkenal dengan pinggang dan susuk tubuhnya yang ramping, disamping kelincahannya beraksi di atas pentas. Susuk tubuh ‘hour glass’ yang dimiliki sering menjadi perhatian dan menimbulkan iri hati dikalangan peminat wanita.

Instagram: @itzy.all.in.us

Walaupun ramai tahu tentang gaya hidup gadis ini yang sentiasa bersenam dan makan makanan berkhasiat, namun penampilan terbaharu Yuna menerusi video fancam menimbulkan kerisauan peminat.

Sumber: Koreaboo

Gadis itu kelihatan lebih kurus kerana sewaktu Yuna menari, peminat dapat melihat tulang rusuknya yang jelas menunjukkan betapa kurusnya penyanyi kpop ini.

Malah peminat berharap agar syarikat pengurusan mereka memantau tahap kesihatan Yuna dengan teliti memandangkan gadis itu masih di usia belasan tahun. Dalam usia yang masih muda, peminat risau sekiranya Yuna berasa tertekan dalam industri hiburan yang begitu mencabar.

Twitter: @archiveespo

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN