Peminat Komik, Horror & Misteri Akan Suka Drama Terbaru Netflix ‘Locke & Key’

Share

 

 

Bulan Februari selalu dikaitkan dengan drama bersiri dan filem daripada genre romantic comedies kerana  – ahem – ia kan bulan “CINTA”.

 

Tetapi nampaknya, Netflix Malaysia ingin melakukan sesuatu yang berlainan apabila siri horror/magik terbaru berjudul Locke & Key telahpun menemui penonton bermula semalam.

Tapi apa sebenarnya kisah di sebalik drama bersiri ini?

 

01

Drama bersiri ini adalah adaptasi daripada buku komik keluaran kira-kira 10 tahun lalu yang pernah memenangi banyak anugerah. Locke & Key ditulis oleh penulis genre horror

popular, Joseph Hill yang juga merupakan anak kepada penulis lagenda Stephen King.
Stephen King (kiri) dan Joe Hill.
Beza poster komik dan drama bersiri.

 

02

Rumah Victorian yang dibayangkan di dalam buku komik dan drama bersiri ini adalah hasil ciptaan illustrator dan arkitek, Gabriel Rodriguez. Lalu pemilihan beliau oleh Joe adalah tepat sekali memandangkan Locke & Key berkait rapat dengan rumah tersebut.

 

03

Apakah yang dimaksudkan dengan Locke & Key?

Locke merujuk kepada nama keluarga di dalam cerita ini. Keluarga tersebut terdiri daripada Tyler Locke (anak sulung yang menyalahkan diri disebabkan kematian ayah mereka), Kinsey (remaja rebellious yang bermasalah) dan Bode (anak pertama yang membongkarkan rahsia kediaman mereka). Ibu mereka pula bernama Nina Locke.

Kinsey, Tyler dan Bode.

Manakala Key (Keyhouse) pula adalah kediaman baharu keluarga tersebut yang berpindah daripada rumah lama mereka setelah pembunuhan ayah mereka.

 

04

Di dalam rumah tersebut, terdapat banyak kunci yang akan mereka temui untuk membuka pintu-pintu rahsia. Contohnya adalah Ghost Key di mana sebaik saja digunakan untuk membuka pintu, roh akan meninggal jasad karakter tersebut dan bebas terbang ke mana saja – seperti yang ditunjukkan dalam klip trailer Locke & Key.

 

05

Setiap kali ahli keluarga Locke terdengar bisikan, itu adalah cara makhluk halus di dalam siri ini cuba untuk memanggil karakter yang ada. Dodge pula adalah ‘demon’ yang sedang menentang keluarga tersebut untuk mendapatkan kesemua kunci yang ada.

Dodge.

*

Best kan?!

Walaupun Locke & Key kedengaran seperti cerita untuk remaja muda, sebenar ia lebih deep, dark dan menakutkan daripada itu. Itulah kekuatan genre horror & magik yang diperkenalkan oleh Joe Hill.

Tak sabar untuk menontonnya? Well, Locke & Key telahpun mula ditayangkan di Netflix Malaysia bermula semalam. Tetapi sebelum korang binge-watch, tonton terlebih dahulu trailer di bawah:

 

 

 

 

 

IKLAN