Peminat Hilang Kawalan, Berang Tiket Bola Habis

Share

Fenomena bola sepak tanah air bukanlah sesuatu yang baru buat penyokong Malaysia. Rata-rata peminat bola sepak tempatan melahirkan rasa kecewa apabila tiket perlawanan akhir menentang Thailand habis dijual.

Ramai yang sanggup beratur panjang sehingga ke stadium Melawati semata-mata untuk mendapatkan tiket.


Kaunter tiket hanya dibuka pada jam 11 pagi semalam dan apa yang membuatkan rakyat lebih terkilan adalah kerana tiada jualan online dilakukan.
Menjelang tengah hari, orang ramai mula hilang sabar apabila diberitahu tiket sudah habis dijual. Keadaan menjadi tidak terkawal dan ada segelintir daripada mereka yang mula buat kecoh dengan merusuh kaunter penjualan tiket.

Difahamkan mereka berang kerana ada yang memotong barisan ketika membeli tiket dan ada juga individu yang tidak bertanggungjawab membeli tiket dengan jumlah yang banyak lalu menjualnya pada harga yang sangat tinggi.

Kalau melihatkan pada situasi, rasanya kami pun tak sanggup nak beratur panjang dan berhadapan dengan keadaan tegang seperti ini. Diharap agar jika ada perlawanan lain selepas ini, pihak pengurusan lebih peka dalam menguruskan cara penjualan tiket untuk memudahkan pengunjung.

Apa-apa pun selamat maju jaya REMAJA ucapkan buat pemain bola sepak Malaysia untuk perlawanan malam ini.

 

 

IKLAN