Pembuli, tiada rasa hormat dan tiada common sense.
Begitulah di antara komen-komen yang dilayangkan kepada penganjur acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 iaitu TV3 apabila mereka didakwa sengaja sensasikan semula isu yang pernah tercetus di antara penyanyi, Bella Astillah dan pelakon, Sophia Albarakbah.
Ini setelah mereka dipertemukan di atas pentas ketika Bella menyerahkan trofi kategori Selebriti Feminin Terhangat kepada Sophia sekaligus mewujudkan momen janggal di antara mereka berdua.
Meninjau ke ruangan komen Instagram penganjur, rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan peminat Bella beranggapan keputusan untuk menjemput Bella sebagai penyampai trofi kepada anugerah yang diketahui awal oleh penganjur akan berpihak kepada Sophia sebagai gimik murahan untuk dijadikan bualan masyarakat.
Peminat Bella turut mempertikaikan etika produksi yang memandang rendah kepada nilai sesebuah acara anugerah dan memilih untuk menaikkan rating di TV dan di platform digital.
Ads
Sedangkan bagi peminat Bella, ramai lagi selebriti Malaysia yang boleh dijemput oleh stesen televisyen tersebut untuk menyampaikan trofi kategori berkenaan.
“This is not okay, you guys seriously perlu minta maaf kat Bella.”
“Entah apa lah perangai Melodi. Macam pembuli.”
“Memang takde common sense ke???”
Ads
“Tak kena langsung dengan moto program Melodi, ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi’. Puihh!”
Dalam pada itu, peminat turut memuji Bella Astillah yang kekal profesional ketika menyebut nama Sophia di atas pentas dan menyampaikan trofi dengan cara terhormat biarpun diulit rasa janggal.
Ads
“Terima kasih Bella Astillah sebab buktikan kepada dunia sekali lagi yang anda memang strong woman dan iron lady. Dibuli depan khalayak ramai tapi tetap tegak berdiri menyelesaikan tugas yang disengajakan.”
“Kesekian kalinya, Bella membuktikan dia wanita luar biasa, berhati baik, berakhlak mulia dan tetap berdiri megah walaupun diuji dengan sengaja. Bella terbaik.”
Sebagai konteks, nama Sophia Albarakbah pernah dipalit dalam isu rumah tangga Bella Astillah bersama bekas suaminya, Aliff Aziz. Sophia didakwa menjadi orang ketiga dalam perhubungan itu dan namanya turut dipetik oleh salah seorang skandal Aliff dari Singapura, Sarah Yasmine.
FOTO: TV3 Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, Anugerah Juara Lagu (AJL) bukan sekadar satu program yang mempertandingkan 12 buah lagu di atas pentas berprestij untuk dinobatkan sebagai karya muzik terbaik sepanjang tahun tersebut.
Ia juga merupakan satu medan terbaik untuk menyampaikan mesej tertentu dalam persembahan setiap finalis memandangkan ia ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia bahkan juga dari negara-negara serantau.
Edisi AJL ke-38 tidak terkecuali apabila ia sarat dengan mesej penting di sebalik konsep serta lirik lagu yang dipertandingkan.
Hasrat yang merupakan hasil cipta serta dinyanyikan oleh Amir Jahari, misalnya merupakan satu laungan solidariti oleh Amir kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh rejim Zionis dan sekutunya.
Bercakap kepada REMAJA semalam, beliau berharap persembahannya di AJL ke-38 semalam membuka mata rakyat Malaysia terhadap nasib rakyat yang telah mati syahid di bumi Palestin.
“Walaupun kita berhibur, kita juga memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa (rakyat Palestin) di sana masih lagi bergolak, memerlukan bantuan tetapi satu dunia seolah-olah menutup mata,” katanya.
Menutup tirai pentas AJL semalam adalah persembahan Astana oleh penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri.
Kongsi Ernie, persembahan itu merupakan satu kesinambungan kepada persembahan Ku Bersuara yang pernah dipertandingkan sewaktu AJL ke-34 yang berkonsepkan penindasan terhadap wanita yang sebahagiannya menjadi mangsa penderaan domestik.
Kali ini, Ernie ingin mengajak wanita-wanita untuk keluar dari kisah hidup menyedihkan dan menjadi individu yang kuat.
“15 wanita di atas pentas bersama saya mewakili perasaan-perasaan wanita yang pernah ditindah, dibuli dan dicerca dalam kehidupan.
“Busana rekaan AMAZE kali ini juga melambangkan seorang wanita yang kuat. Lagipun busana ini lebih ringan jadi saya bebas bergerak untuk menghayati penyampaian,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun sentiasa sibuk dengan acara nyanyian sepanjang tahun lalu. penyanyi Wani Kayrie ternyata bijak membahagikan tugasan sekolah dan karier selepas dia berjaya mendapat keputusan 7A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
Selepas menerima keputusan di sekolahnya, Sekolah (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Wani berkata di bersyukur dengan keputusan tersebut. Namun, Wani yang juga pernah viral sebagai konduktor muzik cantik bagi team Sri Aman itu mengakui agak bersedik kerana dia menjangkakan keputusan lebih baik.
“Alhamdulillah, saya mendapat keputusan yang agak baik, manakala untuk subjek Matematik saya mendapat B dan Perakaunan pula C+.
“Tapi bila melihat kawan yang lain naik ke atas pentas untuk menerima Pelajar Terbaik SPM, saya agak sedih. Tapi iyalah, saya sudah mencuba yang terbaik.
Dalam temuramah bersama Kosmo, Wani juga memberitahu bahawa dia telah mendapat beberapa tawaran biasiswa daripada beberapa buah kolej swasta.
Namun demi memberikan fokus kepada kerjaya seninya tahun ini, Wani merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan pada tahun depan.
“Pada tahun ini, saya akan fokus pada nyanyian saja. Pada bulan Julai pula, saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Championship of Performing Arts manakala pada hujung tahun, saya mahu mencuba nasib di program D’Academy Asia di Indonesia.
Wah, kena menyanyi depan Mummy Mas Idayu lah ni. Wani buat Mummy happy tau!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular, Shukri Yahaya baru-baru ini mengakui perubahan positif isterinya, Tya Adnan telah memberikan satu suasana baru dalam rumah tangga.
Menurut Shukri atau nama sebenar, Mohd. Shukri Yahaya (36), perubahan Tya bukan hanya terletak pada imej malah wanita kesayangannya itu turut menggandakan amalan harian termasuk membaca Al-Quran.
“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas dia berniqab”
Kredit: Shukri Yahaya
“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja. Cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah. Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon itu meluahkan rasa gembira dengan kebaikan yang dilakukan isterinya. Selain itu, beliau juga turut bersyukur dan mendoakan isterinya itu agar terus istiqamah.
“Tiada apa yang perlu dikatakan lagi mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat,” jelasnya ketika ditemu bual oleh salah satu portal berita tempatan lain.
Kredit: Shukri YahayaKredit: Shukri Yahaya
“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya lagi.
Sekadar info, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan (32) meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu. Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena (8) dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 4 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.