
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1999, Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi menerusi portal berita Indonesia Kompas.com.
Berita ini disahkan sendiri oleh pengurus Bunga Cintra Lestari (BCL) melalui aplikasi Whatsapp. Ashraf menghembuskan nafas terakhir pagi tadi kerana serangan jantung.

Allahyarham merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi popular BCL dan mempunyai seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair daripada hasil perkahwinan mereka.
Takziah Remaja ucapkan kepada keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pencarum KWSP Boleh Keluar RM500 Sebulan – Perdana Menteri

Baru sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat sidang media khas berkaitan Covid-19.

KERAJAAN membenarkan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengeluarkan RM500 sebulan bermula bulan April ini bagi meringankan beban rakyat berikutan wabak Covid-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, menerusi kemudahan tersebut semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing untuk tempoh selama 12 bulan.

Menurutnya, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Inisiatif tersebut dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini.
“Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” kata Muhyiddin.
Moga inisiatif kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Tapi jangan pula korang ramai-ramai beratur dekat pejabat KWSP pula kang jadi kes lain pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru Darjah 3, Tukang Jahit Cilik Ini Siapkan PPE Untuk Frontliners Di Hospital

Bukan hanya golongan dewasa, malah kanak-kanak sekarang pun sudah memahami untuk menghargai perjuangan frontliners yang berhempas pulas membantu menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia hari ini.
Baru berusia 9 tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas frontliners di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Menurut Astro Awani, pelajar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini sudah mula belajar menjahit sejak berusia lima tahun dan menggunakan masa terluang ketika PKP ini untuk melaksanakan misi ini dengan bantuan ibu.
Ibunya sendiri berjumpa dengan kakitangan HTAN untuk bertanyakan jenis bantuan yang boleh diberikan kerana dia seorang tukang jahit. Pihak hospital mengalukan-alukan jika dia dapat menjahit PPE untuk disumbangkan.

Jelas ibunya lagi, Afia Qistina menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas diberitahu tentang pasukan perubatan negara, termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurang.
Afia mengambil masa kira satu jam untuk menyiapkan sepasang PPE. Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE yang sudah dihantar untuk kegunaan petugas HTAN dan semuanya dijahit sendiri oleh Afia. Ibunya hanya membantu untuk kemaskan di bahagian leher sahaja.
Beruntungnya adik Afia, kecil-kecil lagi dah memberi sumbangan pada negara. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk sama-sama menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan buat semua barisan hadapan negara.
Sumber: Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Hanya ‘TikTokers’ Popular, Khaby Lame Sebenarnya Seorang Hafiz Al-Quran

Jika sebelum ini, tular beberapa video milik pemuda warga Itali dengan hanya video mimik muka dan reaksinya. Malah, kesemua video Khaby Lame dengan konten ringkas yang dihasilkan berjaya mendapat perhatian penonton seluruh dunia sekaligus mengumpul sebanyak 145.9 juta pengikut sehingga kini.
@khaby.lame Mention your hairdresser 🤣🤣 #learnfromkhaby #learnontiktok @tiktok @tiktok creators ♬ suono originale – Khabane lame
Mulanya, pemuda yang dikenali sebagai Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame membuka akaun TikToknya untuk menghilangkan kebosanan ketika menjalani perintah berkurung di sana setahun yang lalu dan tidak menyangka akan menjadi terkenal dengan jutaan pengikut.
ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Video Reaksi Muka Tanpa Suara, Remaja Ini Mampu Raih Populariti Dan Buat Duit
Malah, Khaby Lame yang menetap di Itali nampaknya tidak menunggu lama dalam arena TikTok untuk muncul sebagai individu dengan jumlah pengikut tertinggi pada platform berkenaan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.
Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.
Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia. Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.
Mengulas mengenai populariti, beliau dilaporkan aktif menggunakan platform TikTok sejak Itali dilanda COVID-19 iaitu sekitar Mac 2020 di mana beliau telah kehilangan kerja di sebuah kilang.
Khabarnya, Lame sudah merangka beberapa projek untuk menjamin masa depannya kerana tidak mahu terus leka dalam populariti yang ada sekarang di samping mahu membantu mengubah nasib keluarganya.
Alhamdulillah…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

