Terbaru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali tampil menjelaskan bahawa pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 tidak hanya bergantung kepada penggunaan MyKad fizikal, namun sebaliknya akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran yang lebih fleksibel.
Menurut Datuk Armizan, rakyat tidak perlu risau jika menghadapi masalah menggunakan MyKad ketika membeli petrol bersubsidi kerana terdapat beberapa alternatif lain yang akan disediakan bagi memudahkan urusan tersebut.
Dalam pada itu, antara pilihan yang akan digunakan termasuklah aplikasi mudah alih yang sudah pun ditawarkan oleh syarikat minyak seperti Setel dan Shell App, yang membolehkan pengguna menikmati subsidi dengan lebih pantas dan mudah.
Ads
“Pengguna juga boleh menggunakan kaedah pembayaran di terminal pembayaran di luar atau di dalam stesen minyak untuk membeli petrol bersubsidi itu. Jadi, jangan khuatir, jangan anggap bahawa MyKad (fizikal) hanya satu-satunya kaedah,” katanya.
Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan meskipun kelayakan subsidi tetap disandarkan pada maklumat dalam MyKad, proses pembelian tidak akan terikat pada satu kaedah semata-mata.
Ads
Terdahulu, beliau hadir ke Konvensyen Mahasiswa Sabah yang berlangsung selama sehari dan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dengan kehadiran mahasiswa dari seluruh negeri.
Jelasnya lagi, kerajaan sudah membuat persiapan teliti sejak awal tahun ini bagi memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 berjalan dengan baik dan tidak menimbulkan masalah besar kepada pengguna.
Langkah ini juga dijangka memberi manfaat kepada rakyat dengan sistem yang lebih teratur, adil serta tidak membebankan, selain mengelakkan situasi seperti beratur panjang di stesen minyak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan supaya tempoh persekolahan di Malaysia ditamatkan pada usia 16 tahun. Langkah ini, katanya, bertujuan membolehkan golongan muda menyertai dunia pekerjaan lebih awal, selaras dengan realiti negara yang sedang menuju status negara menua.
Cadangan tersebut dikongsikan Rafizi menerusi satu hantaran di Facebook selepas beliau mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua, supaya anak-anak kita dapat menyertai sektor pekerjaan lebih awal pada umur 21 tahun,” jelas Rafizi yang juga merupakan bekas Menteri Ekonomi.
Dalam ucapannya, beliau turut menegur beberapa sikap yang menurutnya harus diubah bagi memastikan pelaksanaan RMK13 berjalan lancar dan berkesan.
Antara yang ditegaskan ialah sikap menukar atau membatalkan dasar yang telah dipersetujui apabila berlaku perubahan tampuk kepimpinan, serta budaya menyokong secara zahir tetapi membantah secara senyap di belakang tabir.
“RMK-13 tidak akan berjaya jika sikap 20 peratus yang bekerja dan 80 peratus yang sekadar melihat terus wujud dalam kerajaan.
“Sikap yang paling biasa dalam sistem kerajaan hari ini ialah menolak dasar atau rancangan baharu dengan alasan ia sudah pun dibuat atau sudah dirancang sebelum ini,” katanya lagi.
Cadangan ini turut mengangkat isu penting mengenai keterlibatan anak muda dalam tenaga kerja negara, sekali gus mendepani cabaran populasi menua yang bakal memberi kesan kepada pembangunan ekonomi jangka panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Rafizi Ramli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu moral dan keselamatan pelajar kembali menjadi perhatian apabila empat remaja — termasuk tiga pelajar sekolah menengah dan seorang bekas pelajar — ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran bahan lucah di media sosial.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 53 tahun selepas guru disiplin sekolah memaklumkan terdapat penularan rakaman video anaknya dalam keadaan bogel.
Butiran Kes Rogol Berkumpulan Di Baling
Menurut sumber Berita Harian, hasil siasatan awal mendapati kejadian rogol berkumpulan itu berlaku beberapa kali antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah, termasuk di dalam bilik darjah. Rakaman video yang tersebar di media sosial dipercayai dirakam oleh suspek sendiri.
Gambar Hiasan
Ketika tangkapan dilakukan pada jam 9.30 malam Ahad lalu, polis menahan empat suspek terbabit dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.
Polis Seru Ibu Bapa Lebih Peka
Polis menegaskan pihaknya memandang serius kes ini dan menyeru ibu bapa serta penjaga supaya lebih peka terhadap kegiatan dan pergerakan anak-anak, terutama dalam kalangan remaja. Pemantauan terhadap penggunaan telefon bimbit dan media sosial juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Punca & Realiti Gelap Dunia Remaja
Kejadian ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap realiti gelap yang semakin meresap ke dunia pelajar sekolah — pengaruh rakan sebaya, ketagihan media sosial, dan kurangnya didikan tentang sempadan seksualiti menjadi antara punca utama masalah sebegini.
Sekolah sepatutnya menjadi tempat mendidik akhlak dan membentuk masa depan, bukan lokasi berlakunya jenayah. Dalam era dunia digital ini, pendidikan seks dan nilai moral bukan lagi topik tabu — ia perlu diajar dengan bijak supaya remaja tahu membezakan antara kasih sayang, nafsu dan jenayah.
Didikan Moral Sebagai Benteng Keselamatan
Remaja hari ini perlu sedar bahawa setiap tindakan meninggalkan kesan besar dalam hidup sendiri dan orang lain. Jangan biarkan satu kesilapan menghancurkan masa depan yang baru bermula. Pendidikan moral dan kesedaran seksual perlu diterapkan dari awal agar mereka memahami batas dan tanggungjawab diri.
Seruan Majalah Remaja
Majalah Remaja menyeru semua pihak — ibu bapa, guru dan pelajar — untuk kembali memandang serius soal nilai dan tanggungjawab diri. Kerana remaja bukan sekadar pelapis masa depan, tetapi juga cerminan moral bangsa. Tindakan hari ini menentukan siapa kita pada masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Wushu Remaja Dunia 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei dengan cemerlang apabila memenangi keseluruhan sembilan emas, 11 perak dan lima gangsa dalam disiplin taolu untuk menduduki tempat kedua terbaik di belakang China Ahad lalu.
Lebih membanggakan kejayaan diraih skuad remaja negara itu merupakan pencapaian terbaik Malaysia di kejohanan berkenaan sejak kali pertama dianjurkan pada 2006.
Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt berkata, kejayaan itu amat membanggakan apabila berjaya mengatasi pencapaian lima pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa dua tahun lepas.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini sebab ia menunjukkan satu perkembangan positif terutama untuk atlet muda kita”
Kredit: Wushu Federation of Malaysia
Tambahnya, skuad atlet remaja itu juga bakal mewakili negara di kejohanan-kejohanan antarabangsa, temasya Sukan SEA dan Asia. Malah, ada beberapa atlet yang berjaya meraih emas juga akan pertimbangkan untuk sertai Temasya Olimpik Remaja 2025 di Dakar, Senegal.
Sementara itu, Kim Fatt mengakui sedikit kecewa dengan prestasi dipamerkan atlet dalam disiplin sanda (tempur) di kejohanan itu.
“Kita kali ini ada lima hingga enam atlet sanda tetapi semua gagal apabila kalah pusingan pertama. Mungkin kurang sokongan daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN).
Kredit: Wushu Federation of Malaysia
“Sokongan dari pihak MSN penting untuk kita lahirkan atlet yang berpotensi untuk menang pingat di kejohanan yang mereka sertai,” katanya.
Dalam pada itu, China muncul juara keseluruhan bagi disiplin taolu selepas mengumpul 10 emas dan satu gangsa manakala Indonesia di tempat ketiga dengan sembilan emas, lapan perak dan tujuh gangsa.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...