Pemain e-sukan negara, Muhammad Izzrudin Hashim tidak asing lagi sebagai salah seorang pemain PUBG Mobile terbaik di Malaysia.

Baru-baru ini, Izzrudin yang lebih dikenali sebagai Jumper telah dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar di Seri Menanti.

Perkara tersebut dikongsikan anak muda kelahiran Kuala Pilah itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo Alliance Rancakkan e-Sukan Di Malaysia, Perkuat Skuad Musim Baru

Pemain Muda PUBG Negara, Izzrudin Hashim Terima Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan

IKLAN

“Menjunjung Kasih dan Kurnia Kebawah Tuanku D.Y.M.M Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima Kasih kepada kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato Seri Haji @dsaminuddinharun.

“Dan Exco Belia Dan Sukan Negeri Sembilan YB Dato Haji @taufek_paroi atas sokongan yang diberi dalam memartabatkan Sukan Elektronik di peringkat Negeri dan kebangsaan. Semoga esport Negeri Sembilan terus berkembang dan maju jaya,” tulisnya menerusi sebuah kapsyen.

Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet dan kenalannya turut menumpang gembira dan tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah buat Jumper.

IKLAN

Pemain Muda PUBG Negara, Izzrudin Hashim Terima Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan

Buat pengetahuan pembaca REMAJA, pingat ini hanya diberikan kepada mereka yang berbuat jasa cemerlang kepada negeri dan juga menunjukkan kebolehan luar biasa menerusi bidang yang diceburi.

Maka, Pingat Jasa Kebaktian tersebut diberikan kepada pemain itu atas hasil usahanya dan kejayaannya dalam bidang e-sukan. Dengan ini, Jumper sekaligus muncul sebagai individu kedua yang menerima Pingat Jasa Kebaktian selepas Soloz. Pemain Muda PUBG Negara, Izzrudin Hashim Terima Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan

IKLAN

Untuk rekod, Izzrudin pernah mewakili Malaysia dalam kategori individual dan pasukan untuk acara PUBG Mobile di Sukan SEA ke-31, Vietnam. Tidak lupa juga prestasi cemerlang pasukan 4Rivals ketika PUBG Mobile Global Championship 2022.

Sekadar informasi, Izzrudin kini adalah ejen bebas selepas keluar dari pasukan 4Rivals pada hujung Januari.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Izzrudin Hashim

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI