Pemain bola sepak Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni bin Idrus, telah meninggal dunia setelah rebah di sebuah restoran di Petaling Jaya malam tadi.
Berita pemergian remaja berusia 21 tahun itu telah disampaikan oleh pihak Selangor FC menerusi platform Facebook mereka.
Memetik kenyataan yang ditulis pada siaran tersebut, “Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).
“Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
IKLAN
“Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya.”
Setakat jam ini, punca kematian allahyarham masih belum diketahui.
IKLAN
Menurut laporan, Allahyarham sebelum itu turun beraksi menentang pasukan JDT pada sebelah petang yang mana menyaksikan pasukan Selangor tewas 0-3.
IKLAN
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya isu meletakkan patung berhala di sebuah surau Sabilul Huda di Taman Pendamar Indah Klang minggu lalu menemui titik noktah apabila polis mengesahkan sudah menahan seorang suspek berusia 37 tahun.
Dipercayai suspek ada masalah mental “gila isim” selepas mempelajari ilmu agama yang salah di negara jiran.
Sebelum ini, isu berhala Datuk Gong yang diletakkan di kawasan surau menjadi isu amat sensitif bagi umat Islam. Malah banyak komen-komen rasis yang dibuat tanpa kita menyedari kebenaran sebaliknya.
Memetik laporan Harian Metro, suspek yang meletakkan berhala di Surau Sabilul Huda dipercayai mempunyai masalah mental ‘gila isim’ selepas mempelajari ilmu agama yang salah di negara jiran.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 37 tahun di rumah yang berada kira-kira 200 meter dari surau itu di Taman Pandamar Indah, dekat Klang, 6.15 petang semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur mengaku terbabit meletakkan patung secara bersendirian di surau terbabit.
“Berdasarkan keterangan suspek, lelaki itu meletakkan satu patung kepercayaan Buddha dikenali ‘Datuk Gong’ berikutan mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit.
“Dua lagi patung kepercayaan Hindu turut diletakkan berikutan tujuan yang sama.
“Suspek memaklumkan dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi berhala dan percaya perlu bertindak melakukan perkara yang sama di surau berdekatan rumahnya itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Klang, hari ini.
Kata Shamsul Amar, suspek turut mengaku mengambil patung berkenaan di tokong kecil berhadapan rumah dan tempat pembuangan sampah di sekitar kawasan berkenaan.
“Suspek juga dipercayai baru sahaja pulang ke negara ini dari negara jiran selepas dipercayai bekerja serta menuntut ilmu agama yang salah (gila isim).
“Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu mendatangkan kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, kes berhala berkenaan tidak membabitkan isu agama dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenainya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan surau itu dilaporkan menemui dua patung berhala yang diletakkan di atas pagar masuk ke surau berkenaan.
Rabu lalu, berhala ‘Datuk Gong’ bersaiz lebih besar diletakkan di tepi pintu masuk surau.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai anak muda yang tak sabar dengan intipati Belanjawan 2020.
Mengambil tema ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’, harapan tinggi diletakkan terhadapnya especially apabila kita menuju ke tahun terpenting buat negara, tahun 2020.
Ia baru sahaja dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tuan Lim Guan Eng. Dan ada satu berita baik untuk remaja dan peminat suka e-Sports.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, beliau telah mengumumkan di laman Twitter-nya bahawa RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan e-Sports; iaitu bertambah RM10 juta berbanding Belanjawan tahun lalu.
Semalam, Syed Saddiq juga telah merancang beberapa program untuk pembangunan e-Sports, termasuklah pusat latihan e-Sports di seluruh negara.
Beliau juga berkata Majlis Sukan Negeri Johor telah memasukkan e-Sports ke dalam kategori kejohanan Sukan Malaysia 2020 (SUKMA 2020) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Menjawab soalan YB Kluang berkenaan pembangunan E-Sports di Malaysia pagi tadi. pic.twitter.com/ibwCul1ONO
Liga e-Sports Kebangsaan akan dijalankan menggunakan sistem ranking untuk menyemak prestasi pemain e-Sports negara.
Ia berfungsi sebagai kriteria bagi atlet mewakili negara dan berfungsi sebagai rujukan kepada Sukan SEA akan datang, yang akan dianjurkan oleh negara tuan rumah.
Menjawab soalan YB Kluang berkenaan pembangunan E-Sports di Malaysia pagi tadi. pic.twitter.com/ibwCul1ONO
Bukan satu tapi dua rekod sekali kanak-kanak ini terima.
Nama Anjanaa Rhea Ganeson tersenarai ke dalam Rekod Dunia Kanak-kanak Kanada (KWR) dan Buku Rekod Dunia Jackhi (JBWR) India dalam masa terpantas untuk mengenal pasti 230 bendera negara iaitu selama empat minit dan 38 saat.
Untuk pengetahuan, murid tahun dua dari SK Seri Selangor di Subang Jaya, Selangor ini dapat mengenal pasti lebih 200 bendera negara dalam masa kurang lima minit.
“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk memperoleh pengiktirafan berganda ini. Ia pastinya akan menggalakkan saya untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan,” kata Anjanaa.
Anjanaa memperoleh KWR, portal dalam talian berpangkalan di Kanada yang menonjolkan kanak-kanak berbakat berumur empat hingga 16 tahun, di bawah kategori perempuan (tujuh hingga sembilan tahun).
Manakala, dia juga berjaya dalam rekod JBWR yang berpangkalan di Tamil Nadu, India. Perkara ini membuatkannya berasa bangga kerana dapat mencungkil bakat terpendam dirinya ke seluruh dunia.
Anjanaa yang berusia lapan tahun menyelesaikan rekod itu secara maya dan telah memperoleh pengiktirafan daripada KWR dan JBWR pada bulan Januari dan Mac.
Dia menjelaskan bahawa dia dapat membaca 195 bendera negara dan ibu kota negara sejak dia berusia enam tahun lagi.
“Ia berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang tempoh duduk di rumah, ibu bapa saya mencipta aktiviti yang menyeronokkan untuk saya.
Salah satunya ialah menghafal bendera. Ia memerlukan disiplin dan banyak latihan untuk mencapai rekod masa,” jelas Anjanaa.
Pada masa ini, Anjanaa sedang berusaha keras untuk memperbaiki rekod masanya dan memecahkan lebih banyak rekod dunia.
Bulan depan, dia akan mewakili Malaysia di Pertandingan Muzik dan Bakat Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik 2022.
Tahniah Anjanaa, kecil-kecil lagi dah mengharumkan nama Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak perempuan kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B meraih perhatian ramai apabila berjaya memiliki kereta mewah idaman, sempena ulang tahun...