Baru sahaja bergelar juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena semalam, sebuah kemalangan dilaporkan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Jepun BA) dan Perseketuan Badminton Dunia (BWF).
Menurut Astro Awani, seorang pemandu van maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Lebuhraya Maju Expressway (MEX).
Kejadian berlaku kira-kira 4.40 pagi, van yang dipandu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.
Ads
Pemandu van yang dilaporkan tersepit itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala keempat-empat penumpang lain cedera ringan.
Ads
Selain Momota, antara mangsa lain yang berada dalam van tersebut adalah Pegawai Teknikal BWF, Pembantu Jurulatih Japan BA dan Pegawai Fisioterapi Japan BA.
Ads
Takziah kami ucapkan kepada mangsa dan semoga empat penumpang yang tercedera itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan kembali pulih seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai berita kematian dua orang pelajar Institut Pengajian Tinggi biarpun mangsa tiada rekod penyakit yang serius. Kedua-dua punca kematian tersebut seakan sama iaitu akibat pendarahan di dalam otak dan kepala.
Berikutan kedua-dua kejadian terbabit, segelintir warganet mendajwa ia mungkin berpunca daripada para pelajar yang terbeban dengan kuliah atas talian serta jumlah tugasan membebankan hingga tidak mampu lagi untuk mereka menangani tekanan.
Mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku, hari ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Kaunseling & Kerjaya Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) melaporkan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkan modul Kesihatan Mental Pelajar IPT bagi menangani isu tekanan, kemurungan dan kebimbangan.
— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) July 13, 2021
Difahamkan, modul tersebut boleh digunakan sebagai garis panduan kepada pegawai IPT bagi menangani kes kesihatan mental melibatkan mahasiswa. KPT turut akan menyediakan perkhidmatan kaunseling melibatkan lebih 150 orang kaunselor serta pakar psikologi.
Perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial ini disediakan menerusi talian hotline dan secara atas talian setelah mereka mengambil kira faktor kawalan pergerakan yang sedang dikuatkuasakan.
Pelajar yang memperlukan bantuan ini boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628. Di sini, mereka boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh IPT masing-masing.
Diharapkan dengan modul-modul sebegini, tiada lagi kes yang tidak diingini berlaku kepada pelajar-pelajar IPT di Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang tukang gunting rambut di India telah meraih perhatian pengguna media sosial apabila memotong rambut pelanggan menggunakan api.
Tidak seperti kebiasaan tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki berkenaan sebaliknya menggunakan api yang disembur pada rambut pelanggannya.
Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dilihat sedang merapikan dan menggayakan rambut seorang lelaki.
Dengan reaksi muka bersahaja dan gerakan tangan pantas, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video dilihat berjaya menggayakan potongan rambut yang menarik untuk pelanggannya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang kagum melihat kebolehannya menggunakan alatan tersebut.
Bagaimanapun, ramai juga netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tindakan itu kerana dianggap berisiko menyebabkan api menyambar pelanggan lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, salah satu pencapaian dalam dunia mana-mana pelajar sekolah ialah melalui peperiksaan atau ujian yang dilakukan oleh pihak sekolah. Namun, banyak perubahan ketara yang berlaku kepada sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19.
Tahun ini juga telah menyaksikan beberapa kali peperiksaan besar di Malaysia ditunda disebabkan pandemik wabak Covid-19, dan Kementerian Pendidikan (KPM) terkini telah membuat keputusan yang mengejutkan semua pihak.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Mohd Jidin dalam Sidang Media Khas yang berlangsung di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.
Sebenarnya, ada pro dan con juga hal ni. Warganet juga memberikan pandangan yang berbagai, ada yang setuju dengan keputusan KPM ini dan ada juga yang membantah.
Hmm….Pada pendapat korang macam mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...