Pelawak kontroversi yang berasal dari Singapura, Jocelyn Chia khabarnya sedang merancang untuk menjayakan sebuah persembahan jelajah berjudul ‘Apology Tour at Live House Kuala Lumpur’, tidak lama lagi.
Jocelyn Chia.
Bertempat di TREC Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2023, Jocelyn menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Jumaat memaklumkan bahawa dia tidak akan keseorangan di atas pentas pada kali ini.
Sebaliknya, rakannya Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat yang juga merupakan seorang pelawak komediri dijadualkan bakal membuat kemunculan.
“Disebabkan tertalu banyak permintaan dari rakyat Malaysia yang menginginkan saya untuk memohon maaf, saya akan melakukan sebuah Apology Tour di Malaysia bersama @/chrissiemayrpod,” catatnya.
Ads
Bagaimanapun sehingga semalam, Pusat Permohonan Penggambaran Filem Asing Dan Persembahan Artis Luar Negara ataupun PUSPAL mendakwa pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Jocelyn berkenaan jelajah terbabit, apatah lagi meluluskan permohonannya sebelum dia dibenarkan ke sini.
Terdahulu, Jocelyn berdepan dengan kritikan hebat daripada rakyat Malaysia dan pemerhati antarabangsa apabila beliau menggunakan insiden kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka sewaktu menjayakan satu persembahan di Amerika Syarikat.
Video persembahannya itu menjadi tular disebabkan sentimen tidak sensitif yang diguna pakai sehinggakan saudari Intan Maizura Othaman yang merupakan isteri kepada salah seorang anak kapal MH370 menyelar tindakannya yang tidak bermoral itu.
Turut diselar ialah rakannya, Chrissie Mayr sendiri yang bertindak mengeruhkan keadaan dengan menyokong Jocelyn serta menghina rakyat Malaysia di laman media sosialnya.
Chrissie Mayr
Tinjauan REMAJA berhubung perkhabaran ini di media sosial mendapati orang ramai membantah kemasukan Jocelyn dan Chrissie ke Malaysia untuk membuat persembahan pada Ogos ini serta memohon kerajaan dan pihak berkuasa bertegas dalam hal ini.
Ads
Ada yang berpendapat cukuplah sekadar dua orang pelawak komediri itu memuat naik video memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Haiwan peliharaan sememangnya menjadi kesayangan. Tidak kiralah haiwan apa sekalipun,mereka layak dilayan seperti sebahagian dari keluarga. Menerusi satu hantaran di akaun TikTok Amy Pets, pengguna tersebut telah berkongsi kisah mengenai seorang tuan yang terlupa memberi anjingnya makan.
Menyedari kekhilafannya itu, dia kemudiannya memesan makanan menerusi aplikasi penghantaran makanan, GRAB, untuk menghantar makanan untuk dimakan oleh anjingnya. Apa yang menarik perhatian adalah pekerti yang ditonjolkan oleh penunggang GRAB tersebut. Dia boleh sahaja sekadar meletakkan makanan dan berlalu pergi. Namun sebaliknya terjadi.
Telatahnya yang menyantuni haiwan tersebut dengan sangat baik menyentuh hati warganet. Dalam rakaman CCTV, dapat dilihat abang GRAB tersebut tiba membawa sebungkus makanan untuk diberikan kepada anjing tersebut.
Menerusi perkongsian itu, “Alkisahnya, owner lupa nak bagi anjing dia makan. Pastu dia call Grab suruh letak makanan kat depan pagar tu. Tapia bang Grab tu punya effort siap kipas makanan sebab panas dan gaul rata… sediakan air lagi. Teman sampai anjing habis makan,selepas itu buang polisterin dalam tong sampah.”
.
.
.
.
Sikap penunggang GRAB tersebut menunjukkan yang sikap sayangkan binatang perlu disemai dalam diri semua rakyat Malaysia. Haiwan merupakan mahkluk tuhan dan menyantuni ciptaan Allah SWT itu dengan baik sangat dipuji.
Comel penulis tengok gelagat anjing tersebut yang sabar menantikan penunggang Grab menyediakan makanan. Apa yang pasti, anjing tersebut tidak kelaparan sementara menanti tuannya pulang.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah Australia, seorang Muslimah dan berhijab telah dipilih menjadi senator seawal usia 27 tahun. Berita ini sudah tentu sangat mengujakan umat Islam di seluruh dunia.
Menurut perkongsian Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin melalui hantaran di Facebooknya wanita ini berasal dari keluarga imigran yang susah dari Afghanistan.
Wanita Muda Muslim Pertama Berhijab Dilantik Sebagai Senator Australia
Fatima dikatakan telah berhijrah bumi di Perth, Australia sejak umurnya 8 tahun. Sesuatu yang kurang menonjol di Australia tetapi Senator Fatima Payman yang berusia 27 tahun telah mengubahnya.
On this #WorldRefugeeDay we are pleased to hear that Ms Fatima Payman, an Afghan 🇦🇫Refugee, now an Australian 🇦🇺 citizen, has made her path towards the Senate of the @Aust_Parliament
— Afghanistan in Australia (@AfghanEmbassyAu) June 20, 2022
Beliau yang telah dilantik sebagai Senator Dewan Parlimen Australia awal bulan lalu berkata
“Hope is an amazing thing”,
“Harapan adalah sesuatu yang menakjubkan”
“Not only because Islamophobia has been rife in the media, but I want young girls who do decide to wear the hijab to actually do it with pride.”
“Bukan sahaja kerana Islamofobia telah digembar-gemburkan oleh media tetapi saya mahu wanita muda Muslim yang ingin berhijab dapat memakainya dengan bangga.”
Tahniah kami ucapkan kepada wanita muslimah ini dan semoga dengan kejayaan yang dicapai ini dapat membuka mata dunia dan tidak memandang rendah terhadap individu beragama Islam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah turun dari kenderaan rasminya untuk memeriksa keadaan seorang mangsa kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), kini sekali lagi Sultan berjiwa rakyat ini melakukan perkara yang sama terhadap mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku di Cyberjaya sebentar tadi.
Menurut laporan daripada instagram istana_negara, Baginda menuruni kenderaan rasmi sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.
Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua, berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya.
Keprihatan Baginda mendapat perhatian rakyat jelata dengan memuji sikap jiwa rakyat dan rendah diri yang ada pada diri Baginda Sultan.
Malah, ada juga yang berpendapat bila dah ditimpa musibah, tapi dibantu dan Agong kita sendiri yang bertanyakan khabar, mangsa masih boleh tersenyum dan berasa lebih tenang.
Baginda juga turut menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.
Kami mendoakan agar mangsa-mangsa kemalangan jalan raya tersebut dipermudahkan segala urusan mereka dan buat korang juga, hati-hati di jalan raya.