Pelanduk Dua Serupa? Penyanyi Asal Penang Ini Saling Tak Tumpah Dengan Lisa BLACKPINK!

Share

“Orang kata dalam dunia ini terdapat 7 orang berkongsi muka yang sama. Betul ke eh?”

Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila penyanyi tanah air, Jeryl Lee didapati mempunyai rupa paras yang saling tidak tumpah seakan penyanyi tersohor, Lisa BLACKPINK!

ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Pecah Rekod Penyanyi K-Pop Pertama Capai 1 Billion Penstriman Muzik Global

Untuk makluman, Jeryl kebelakangan ini telah mendapat perhatian warganet selepas muncul sebagai juara rancangan pertandingan nyanyian TV realiti China, The Next 2023, bulan lepas.

Dia juga merupakan salah seorang daripada enam finalis dalam Sing! China dan merangkul gelaran tempat pertama pada 2014 untuk Water Cube Cup, pertandingan nyanyian untuk belia berbangsa Cina di seluruh dunia.

Wanita berusia 23 tahun dari Pulau Pinang itu baru-baru ini berkongsi foto Instagram dirinya yang kemudian mendapat perhatian ramai kerana persamaan luar biasa dengan bintang K-pop itu.

Malah beliau mendapat jolokan ‘Lisa Malaysia’ dari waganet, meski dirinya sendiri sukar untuk menerima hakikat tersebut.

Menurut portal berita Singapura, 8days, penyanyi muda tersebut tidak begitu bersetuju dengan dakwaan persamaan tersebut dan pada yang sama mengakui bahawa dirinya rasa terpuji.

“Saya menganggapnya sebagai pujian… tetapi saya dan kawan rapat yang lain tidak pernah terfikir bahawa rupa paras kami serupa. Tetapi sesetengah orang yang baru bertemu saya mungkin merasakan terdapat persamaan ketara antara saya dan Lisa,” katanya.

BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO: Koreaboo, Instagram Jeryl Lee

 

IKLAN