Kalau hendak diikutkan populariti drama tempatan yang tular di Malaysia pada tahun 2021 saja, drama Takdir Yang Tertulis (TYT) yang bersiaran di saluran TV3 selayaknya menduduki tangga tiga teratas buat masa ini.
Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan agak sukar untuk drama tempatan akan datang sepanjang tahun ini untuk mengatasi populariti drama arahan Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) ini sementelah saban malam ia menjadi topik trending pertama di Twitter tanpa gagal.
Rata-rata penonton tertarik dengan jalan ceritanya yang sentiasa membuatkan mereka tidak boleh duduk diam dan enggan terlepas satu episod pun. Jika tidak, memang tak faham lah jalan cerita episod akan datang. Hehe..
Episod terakhir drama TYT semalam tidak terkecuali daripada sekali lagi mengekalkan kedudukan pertama dalam carta trending. Ini berikutan pengakhirannya yang langsung tidak dijangkakan baik oleh penonton mahupun oleh pelakon utama drama itu sendiri! Ini kerana para pelakonnya sendiri tidak mengetahui langsung bagaimanakah ‘plot twist’ yang disimpan oleh Budak Ijat dan produksi.
Pelakon TYT, Alvin Chong (Ean) dan Elvina Mohamad (Ruhila) semalam masih sukar untuk menerima siapakah gerangan bapa Mika lakonan Isaac Iman. Adakah dia anak Ruhila bersama Ean ataupun Hakim (lakonan Muaz Fitri Maslan)??
Ads
“I stres, I tak boleh terima! Macam mana Ucheefukada, Rian semua boleh simpan rahsia ini selama beberapa bulan. Sepanjang penggambaran pun kami tidak tahu mereka sempat merakamkan babak akhir itu.
“Kami ingatkan ending sampai babak kami saja, sekali ada plot twist ya.
“Kami memang tak boleh nak tidur malam ini (semalam) sebab asyik fikir benda ini,” luah Elvina.
Ads
Alvin dan Elvina turut berseloroh bahawa mereka enggan lagi bercakap dengan Uchee buat masa ini kerana ‘tertipu’ dengan skrip drama TYT.
Penulis kira hanya Muaz Fitri, Budak Ijat, Uchee, jurukamera dan penyunting drama TYT saja yang tahu mengenai rancangan mereka itu. Selain mereka, semuanya clueless!
Ads
Lebih kelakar lagi, Alvin dan Elvina juga teringat bagaimana produksi telah’mempergunakan’ Juweta untuk mengelirukan semua orang di set. Juweta pernah berkata anak Ruhila itu bermata sepet dan mempunyai rupa paras ‘Chinese look’.
Apapun, penulis suka apabila semakin ramai pengarah di Malaysia yang berani untuk lari daripada jalan cerita drama Melayu klise. Barulah tergerak hati nak tonton setiap episod tanpa gagal, kan!
Namun, drama TYT bukanlah drama yang bebas daripada kontroversi. Ingat lagi tak babak kejar peragut?
Kanta lekap mungkin kelihatan mudah pakai dan glamor.
Tetapi salah langkah, boleh buat mata sakit atau kurang daya penglihatan tau. Kajian yang ditunjukkan baru-baru ini memang menggusarkan kami di REMAJA. Semakin ramai pemakai kanta lekap remaja yang mengalami masalah penglihatan akibat kesalahan yang mereka lakukan semasa pemakaian.
Seorang pengguna twitter yang juga merupakan seorang doktor atas nama Dr. Aen telah berkongsi tip dan bahaya jika tidak menjaga kebersihan, pengunaan kanta lekap ini. Perkongsiannya ternyata membuatkan ramai pengguna contact lens khususnya bertanya secara terus dan mendapat perkongsian yang berguna dari Dr Aen ini.
Tip & Langkah-langkah penjagaan kanta lekap yang betul!
1. Pastikan anda beli contact lens di tempat yang sepatutnya. Kedai optometry. Contact lens yang dijual dah dapat kelulusan. Jadi tak perlu ragui proses pembuatannya
2. Beli multipurpose solution instead of saline solution. Multipurpose solution boleh digunakan sehingga tiga bulan. Selepas tiga bulan, sila buang lebihan untuk elakkan jangkitan kuman pada mata anda.
3. Amalkan langkah 3 kali cuci. Cuci sebelum pakai. Cuci selepas pakai. Cuci bekas contact lens sebelum simpan. Ini untuk kurangkan risiko terkena jangkitan mata.
4. Pakai contact lens mengikut tempoh yang ditetapkan. Contoh sehari kebanyakan lens boleh guna 8-12 jam sehari. Tetapi perlu mengikut kondisi mata anda. Kalau 6 jam pakai dah rasa kering, itu mungkin limit anda….
… bila beli yang pakai bulanan 1-3 bulan tu. Selepas pakai kena discard tak kisah kalau anda pakai dua tiga kali je dalam masa sebulan. Kalau tempoh sebulan, anda pakai 2 minggu dah sakit mata, then discard. Jangan gadaikan mata.
Kalau ada reaction apa nak buat? Makanya sila jumpa pakar mata yang terdekat. Jangan memandai cari alternatif yang anda tak tahu keberkesanannya secara klinikal. Jumpa doktor kerajaan, murah je.
Baguskan perkongsian doktor ni, Harap dapat beri manfaat buat korang semua. Paling penting, pemakai wajib menjaga displin ketika memakai kanta lekap. Kalau memang sejenis pemalas (hehe), korang tak digalakkanlah.
Sekian itu sahaja untuk hari ini. Semoga bermanfaat!
Sumber : Twitter Dr Aen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak awal minggu ini, nama Muhammad Zayyan telah meniti di bibir peminat hiburan K-pop di Indonesia.
Remaja lelaki yang mesra dengan panggilan Zayyan itu menjadi sebutan ramai susulan pengumuman dirinya sebagai salah seorang trainee terpilih bagi kumpulan K-pop, OCJ Newbies yang sedang menanti detik debut mereka.
Memetik kenyataan di laman web mereka, OCJ Newbies merupakan kumpulan di bawah naungan One Cool Group Limited menerusi pengurusan One Cool Jasco yang diasaskan di Hong Kong dan meliputi dunia hiburan di Korea Selatan, China dan Thailand.
Zayyan disahkan sebagai satu-satunya ahli OCJ Newbies yang berasal dari Indonesia. Manakala lima ahli lain yang dikenali sebagai Sing, Wain, Guohao, Ricky, Sangwoo dan Jihan dan masing-masing juga berasal dari negara berbeza.
“Hello semua, ini ialah Zayyan! Ini adalah content pertama saya brsama Ricky setelah menyertai keluarga OCJ secara rasmi. Saya sangat sukakan keluarga ini. Jadi, mohon sellau menyokong OCJ Newbies. Sayang anda semua,” catatnya.
Terdahulu sebelum bergelar trainee, remaja berusia 22 tahun ini telahpun meraih perhatian di atas usahanya menyertai beberapa pencarian bakat oleh stesen televisyen di Indonesia. Malah pada tahun 2018, Zayyan telah menyertai program Rising Star Indonesia musim ketiga namun perjalanannya terhenti di episod uji bakat.
Tanpa berputus asa, Zayyan kembali mencuba nasib bagi program Indonesian Idol musim kesepuluh pada tahun 2019. Biarpun memperolehi ‘Golden Ticket’, sekali lagi dia menerima nasib tersingkir awal.
Bagi korang yang ingin mengenali Zayyan dan bakatnya dengan lebih dekat, korang boleh saja subscribe ke saluran YouTube miliknya, ZYYN di mana pelbagai lagu-lagu cover popular nyanyiannya ada dimuat naik di sana.
Agaknya, bila pula bakat muda dari Malaysia akan diserap masuk oleh agensi hiburan K-pop selepas Isaac Voo dari kumpulan IN2IT?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal, Tomok baru-baru ini meraih perhatian peminat dan pengikutnya apabila berkongsi perkembangan terkini beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih di tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram milik beliau, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi hantaran menerima surat tawaran kemasukan bagi program Master atau Sarjana Pengajian Persembahan secara sepenuh masa di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.
“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM). Semoga dipermudahkan, amin,” tulis Tomok.
Kredit: Instagram Tomok
Dalam pada itu, melalui perkongsian penyanyi yang kini berusia 41 tahun itu jelas bahawa beliau tekad untuk menuntut ilmu dan mendalami seni persembahan di peringkat akademik, sekaligus menunjukkan keseimbangan antara pendidikan formal dan pengalamannya sebagai anak seni.
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi, Tomok sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana kerana beliau mahu menjadi teladan dan contoh terbaik agar anak-anaknya turut mengikut jejak langkah yang sama pada masa akan datang.
Sementara itu, di ruangan komen pula ramai rakan selebriti dan peminat memberi ucapan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan pelantun lagu ‘Kasih Yang Ku Cinta’ itu dipermudah dan dilancarkan.
Kredit: Instagram Tomok
Untuk rekod, Tomok sebelum ini berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, pada tahun 2023.
Sekadar info, penyanyi ini mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rahayu Abas atau lebih dikenali sebagai Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.