Pelakon drama Moon Embracing The Sun ditemui mati dipercayai menggantung dirinya sendiri di sebuah bilik air hotel di Jeonju pada Sabtu lalu.
Jeon Mi Sun, 48 tahun ditemui pada jam 11.43 pagi setelah dia tidak dapat dihubungi oleh pengurusnya. Susulan itu, pihak hotel memasuki bilik hotelnya dan menemui aktres itu di dalam bilik air.
Dia berada di sana kerana terlibat dengan aktiviti event ibu dan anak yang berlangsung selama tiga hari bermula 28 Jun hingga 30 Jun.
Paramedik juga mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia. Kematiannya itu disyaki sebagai bunuh diri kerana tiada tanda pecah masuk ditemui namun tiada sebarang nota bunuh diri ditemui di bilik hotel tersebut.
Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat kematian mengejutnya itu.
Bukan Kes Pertama
Untuk pengetahuan, kematian yang berpunca daripada bunuh diri bukanlah kes pertama berlaku di Korea Selatan. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku berpunca daripada tekanan perasaan ataupun depressi. Ini antara selebriti Korea Selatan lain yang turut mengambil nyawanya sendiri.
Susulan itu juga, pihak berkuasa Korea Selatan memohon agar rakyat segera melaporkan sekiranya terlihat perkara-perkara yang boleh menjurus kepada perbuatan bunuh diri itu.
Malah di jambatan Sungai Han juga turut diletakkan telefon khas untuk mereka yang berniat untuk bunuh diri untuk meluahkan perasan mereka sebelum mengambil langkah tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh jugakan bila teman lelaki kepada Safiey Elias “melamar” kekasihnya itu dengan menghulurkan sebentuk cincin di mana perlakuan ini dianggap kononnya bersifat amat romantik. Perlakuan jelik itu sengaja ditunjukkan di media sosial seolah-olah ingin memaklumkan mereka pasangan paling bahagia dengan “cinta palsu”. Biar dikecam tetapi nampak keduanya bagai kalis peluru dan buat tidak kisah.
Namun perangai teman lelaki Safiey yang membuat lamaran kepadanya mendapat perhatian dari seorang pensyarah juga seorang penulis yang lebih dikenali sebagai Dr Syahr Musafir di fbnya yang telah menulis tentang panggilan dan istilah kepada pasangan yang melamar teman lelakinya.
Jika pedofilia dikaitkan dengan lelaki yang cenderung kepada kanak-kanak sebagai objek seks, amfibia bagai haiwan yang boleh hidup didarat dan air tetapi lelaki yang tertarik kepada lelaki dan membuat lamaran dipanggil AMBIPHILIA! HOKAY, jom belajar istilah-istilah baru ini, jangan nanti bila tengok lelaki couple dengan lelaki kita tahu hanya sebut GAY sahaja.
Beberapa hari lalu, teman lelaki Safiey membuat lamaran kepada kekasihnya yang membuat netizen meluat dengan tindakannya itu .
Saya lihat video seorang lelaki melamar Safiey Ilias. Alahaiiiiii kesian la pula.
Safiey sendiri mengaku dirinya dilahirkan sebagai lelaki, kemudian menjadi perempuan, kemudian ‘bertaubat’ menjadi lelaki semula sambil melancarkan produk Perla King, kemudian menjadi perempuan semula sambil melancarkan produk Perla Shine. Entah berapa kali kemudian dah ni. Sekarang berstatus ‘perempuan’, Safiey dilamar oleh seorang lelaki untuk dijadikan sebagai suami. Eh, isteri. Eh?
Topik perbincangan hari ini tidak sepatutnya bercerita tentang siapa dan apa jantina Safiey. Semua orang sudah tahu siapa Safiey ini.
Tetapi topiknya harus ditujukan kepada lelaki pelik yang melamar Safiey itu. Lelaki gay adalah lelaki yang sukakan lelaki yang berperwatakan, berkelakuan dan berpakaian sebagai lelaki. Lelaki yang nak jadikan perempuan jadian sebegini sebagai pasangan hidup, dipanggil apa?
Saya membaca sebuah buku bertajuk “Androphilia, A Manifesto: Rejecting the Gay Identity, Reclaiming Masculinity” yang ditulis oleh Jack Donovan. Di Amerika Syarikat, Jack ini memang terkenal sebagai seorang penulis yang lantang mengkritik feminisme dan membantah aktiviti homoseksual/gay. Saya anti-LgB+q jadi saya baca la…
Dr Syahr Musafir
Tanpa melihat kepada jantina diri sendiri, seseorang yang meminati seseorang yang berperwatakan keperempuanan tak kisahlah dia itu perempuan atau lelaki yang berperwatakan/berpakaian perempuan atau transgender dari lelaki kepada perempuan, ini dipanggil ginefil (English: Gynephilia). Jadi lelaki yang melamar Safiey adalah seorang ginefil.
Sedangkan Safiey seorang lelaki yang berperasaan, berperwatakan, berpakaian dan mahu berubah jadi perempuan, tetapi dia mempunyai perasaan suka terhadap seorang lelaki, Safiey dikategorikan sebagai androfil (English: Androphilia). Sebenarnya, terma asal adalah Safiey tetap seorang gay tetapi terma ‘lembut’nya adalah androfil.
Masyarakat Barat yang gay/lesbian atau homoseksual tak mahu digelar dengan gelaran sebegitu, jadi terma seperti androfil dan ginefil ini dicipta.
Jikalau amfibia bermaksud haiwan yang boleh tinggal di darat dan di air, ambifil (English: Ambiphilia) bermaksud seseorang manusia (tak kisah lelaki atau perempuan) yang mempunyai tarikan terhadap kedua-dua lelaki dan perempuan pada satu masa yang sama. Ini hanyalah terma kedua yang dicipta, bagi ‘menggantikan’ terma biseksual (meminati kedua-dua jantina).
Sebagaimana LgB+q adalah salah dan merupakan ‘penyakit’ yang memerlukan rawatan, androfil, ginefil dan ambifil ini adalah penyakit sama yang memerlukan bantuan.
Saya sebenarnya nak menulis tentang pedofil sebab tak setuju dengan kes lelaki umur 41 tahun menikahi budak perempuan berumur 11 tahun. Tetapi terfikir pasal androfil dan ginefil ini sebab tadi keluar video lelaki melamar Safiey di news feed saya.
Pelik-peliklah orang lelaki sekarang;
Punyalah ramai wanita dewasa, nak kahwin dengan budak perempuan kecil.
Punyalah ramai wanita dewasa, melamar si lelaki yang terang-terangan menjadi perempuan jadian.
Dunia sudah tua, makin menghampiri penghujung, akhir zaman… 🙁 🙁 🙁
Semalam, berita baik untuk penyanyi yang mencipta nama di negara China iaitu Shila Amzah.
Dia yang popular dengan lagu Patah Seribu telah disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 Asia bagi Selebriti (penyanyi) sekaligus meletakkan namanya tersenarai dalam kategori belia yang berjaya di bawah usia 30 tahun.
Apa yang bestnya bila disenaraikan oleh Forbes 30 Under 30 Ini? Award ini hanya diberikan kepada sebilangan anak muda terbaik dari Asia.
Untuk pengetahuan korang, untuk menang anugerah ini bukan mudah. Kena ada kriteria yang korang layak dicalonkan kerana anugerah ini menjulang belia yang berjaya pada usia bawah 30 tahun. Jumlah anak muda Asia pula terlalu ramai, 800 juta orang yang mana setiap satu punya cerita tersendiri.
Jadi bila dianugerah, ia adalah satu pencapaian terbaik yang pernah kita lakukan dan ia sesuatu yang perlu dibanggakan.
Wow, amazingkan, jadi congratulation pada Shila Amzah.
Tapi selain dirinya, pengacara, ahli perniagaan dan juga pelakon, Neelofa sekali lagi tersenarai dalam kategori Runcit dan E-Dagang bersama pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof dalam kategori yang sama untuk dua tahun berturut-turut.
Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes itu kini telah masuk tahun ketiga apabila mereka menyenaraikan 30 penerima berusia bawah 30 tahun dalam 10 kategori yang berbeza.
Apa yang pasti, Shila Amzah telah berkongsi berita gembira ini bersama peminatnya melalu entri di laman instagramnya sambil turut mengucapkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut.
Dengan pencapaiannya itu, Shila berharap dia dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak muda untuk bekerja keras demi mencapai impian.
“Ia satu penghargaan besar apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada Forbes 30 Under 30 Asia 2018.
“Dengan kejayaan ini, besar harapan saya bahawa diri saya telah memberikan inspirasi kepada belia. Kita semua mesti percaya bahawa impian mampu mampu menjadi kenyataan jika kita semua mempunyai semangat dan ketabahan yang tinggi,” katanya.
Malah kejayaan itu begitu dirasai peminatnya yang mengucapkan tahniah buat dirinya. Pada usianya 27 tahun, nama Shila sememangnya menjadi sebutan dalam industri muzik di China selepas menjuarai program nyanyian Asian Wave di Beijing pada 2012.
Dalam senaraian Forbes, Shila mempunyai 2.3 juta peminat di laman sosial Weibo dan sebagai seorang wanita beragama Islam, dirinya telah berjaya menggalakkan penerimaan agama di negara tembok besar tersebut.
Neelofa dan Vivy turut disenaraikan dalam kategori e-Dagang
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018 merangkumi 300 individu yang telah melakukan perubahan dalam bidang masing-masing antaranya seperti seni, bisnes dan kewangan.
Selain Shila, rakyat Malaysia lain yang turut tersenarai adalah Amira Geneid, pengasas jenama alat solek muslimah Zahara, dan Pengasas FatHopes Energy, Vinesh Sinha.
Bukan itu saja, dua anak muda yang juga pengasas agensi pelancongan ARBA Travel & Tours Sdn Bhd iaitu Ammar Roslizar dan Ammar Shahrin turut tersenarai dalam kategori Runcit dan E-Dagang. Tahniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ditempatkan di Sekolah Henry Gurney tidak mematahkan semangat pelajar dan calon SPM 2021 untuk terus bangkit menjadi seorang individu yang lebih baik.
Pelajar-pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka membuktikan bahawa dirinya mampu menerima keputusan cemerlang dalam SPM walaupun pernah dipandang rendah oleh masyarakat.
Menerusi laman Facebook milik Sekolah Henry Gurney Melaka, mereka turut tidak melepaskan peluang meraikan 11 pelajar yang mencapai kejayaan dan mencatat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini menerusi Majlis Penyampaian Slip SPM 2021.
Foto Via Facebook
Difahamkan, dua dari pelajar mereka telah berjaya mendapatkan keputusan 7A dalam peperiksaan tersebut, ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.
“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.
“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka,” tulisnya.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.
Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!