Hiburan

Pelakon Filem Nang Nak, Winai Kraibutr Meninggal Dunia Akibat Kanser Kulit

Share

Kehilangan yang besar buat industri perfileman Thailand apabila pelakon filem seram popular Thailand, Nang Nak, Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : Masih Ingat Wajah Kacak Pelakon Utama Filem Nang Nak? Ini Keadaan Terkini Dirinya

Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.

Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.

Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.

Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.

Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.

Untuk info, Filem Nang Nak dilaporkan tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath dan dia mendapat gelaran Hundred Million Hero.

Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.

BACA LAGI : Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Aiman Hakim Ridza Pula Jadi Mangsa Berita Palsu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: 8days


IKLAN