Ramai pelajar universiti bergantung kepada ibu bapa sebagai sumber kewangan untuk biaya semasa di kampus. Jika mak ayah mampu, anak tidak akan membuat sebarang pinjaman pelajaran tetapi kalau biasa-biasa, ramai yang bergantung kepada pinjaman PTPTN yang menjadi keluhan sebaik tamat belajar.
Masa dapat duit, ramai yang seronok. Beli macam-macam tetapi bila perlu bayar semula, ramai yang mengeluh kerana tak mampu.
Sebenarnya, tak perlu pun bergantung kepada pinjaman kalau bijak membuat keputusan dalam hidup. Inilah cuba dikongsikan seorang pelajar universiti tempatan bagaimana pada usianya 21 tahun, dia sudah ada lima akaun berbeza termasuk simpanan tetap.
Via Giphy
Apa yang dijualnya? Bagaimana dia boleh untung ribu-ribu setiap bulan? Baca bagaimana Muhammad Akmal Zakir Husein membina rangkaian dengan pelajar universiti lain di seluruh negara dengan satu produk sahaja.
Kalau pelajar lain menganggap bawa kereta Myvi atau Viva sudah cukup, kata Akmal, dengan bisnes diceburinya, dia mampu membayar bulanannya. Tapi dia ada misi lebih dari itu, mahu kereta yang hebat pada usia mudanya. Bukan untuk bergaya tetapi untuk kemudahan perjalanannya ke seluruh pelusuk negara.
Tak la sampai beli kereta jenis ini. Tapi tetap kereta import – via giphy
Kata Akmal, zaman belajar bukan setakat genggam ijazah, tapi zaman buat duit! Ini pandangan pelajar tahun dua Jabatan Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Mungkin pandangannya tak sama dengan pelajar universiti lain tapi baca dengan teliti apa yang dia cuba sampaikan. Banyak betul dari kata-katanya cuma kebanyakan pelajar universiti tidak bersikap positif dan masih memikirkan genggam segulung ijazah itu lagi penting.
Akmal bukan saja bijak mencari duit malah bijak juga belajar kerana dia baru saja menerima Anugerah Dekan dalam satu majlis di universiti baru-baru ini.
“Saya hanya dua beradik saja. Mak ayah saya bekerja sebagai guru. Saya tak ambil apa-apa pun pinjaman pelajaran. Ikutkan, saya sudah selesa dengan sejumlah itu, tapi saya ada pandangan lebih jauh tentang kehidupan,’ katanya memulakan bicara.
Akmal seorang yang cukup positif
Kata Akmal, kalau pelajar berusaha, mereka pasti menggenggam segulung ijazah. Ketika majlis konvokesyen, kita tersenyum riang kerana penat lelah nampak hasilnya. Tapi itu realiti zaman belajar, bagaimana selepas itu? Soalnya.
Sebagai seorang yang sangat positif, kata Akmal, selepas dua minggu pendaftaran di universiti, dia sudah tahu apa dia patut lakukan.
Ads
“Saya pergi ke Nilai Properties Realty Sdn Bhd. Saya nyatakan minat saya dan alhamdulillah saya diterima menjadi agen jualan. Bila masuk bidang jualan hartanah, kebanyakan pelanggan saya berusia 40 tahun ke atas. Mereka mahu beli rumah bernilai RM450,000 sebagai mana harga pasaran hari ini. Tapi komitmen lain yang banyak membuatkan puluhan client tak lepas mendapat pinjaman bank.
“Dari sini saya terfikir, kalau gaji RM8000 pun tak lepas beli rumah, saya yang sedang belajar dan bakal graduate perlu gaji berapa pula untuk beli rumah?. Inilah realiti ramai pelajar tak nampak. Mereka tahu tapi sengaja buat tak ambil kisah kerana anggap masa belajar perlu belajar bersungguh-sungguh.
“Saya boleh grade, ramai boleh grade. Tapi apa kami dapat selepas kehidupan dunia belajar. Bagi saya, persediaan awal ini penting. Sebab itu, saya banyak bergaul dengan tokoh-tokoh korporat untuk belajar bagaimana mereka yang bergaji besar pun sanggup menjual produk ini,’ katanya memaklumkan, bila bergaul dengan orang positif, fikiran juga akan jadi positif.
Apa bisnes yang Akmal ceburi? Pada usianya, dia jadi agen hartanah. Komisen juga lebat, belas ribu pernah masuk. Dia juga menjual sistem dalam dunia teknologi, Comscoms kepada mana-mana individu yang mahu perkhidmatan tersebut.
via giphy
Akmal juga menjaga 20 ruang pejabat yang mana dia diberi kepercayaan menguruskannya. Tengok bagaimana dia merencana kehidupannya. Dan akhir sekali dia terlibat dalam bisnes direct selling, Amway dengan hanya menjual ubat gigi sahaja. Ada lagi produk lain tetapi ubat gigi paling mudah dijual kerana clientnya pelajar universiti. Lagipun ubat gigi menjadi kegunaan harian dan produk ini wajib ada bagi setiap orang.
Kata Akmal, buat apa mereka bazirkan RM10 sebulan beli ubat gigi lain kalau produk dijualnya boleh tahan untuk setahun dengan harga RM29.00 sahaja. sudah jauh lebih menjimatkan untuk para pelajar.
“Saya jual produk yang orang mampu, pakai hari-hari dan paling penting jimat. Itu paling utama sebab pelajar tidak punya wang banyak seperti orang bekerja,”katanya ketika ditemui di universiti tempatnya belajar.
Disebabkan bisnes minded, jualannnya kencang dan ramai pelajar universiti luar berada di bawah rangkaian dibinanya.
Tahu pelajar tak punya duit banyak mana, kata Akmal, dia keluarkan dulu duitnya sebagai modal permulaan. Dia topkan dan bila mereka dah berjaya, dia dapat balik modal pusingan tersebut. Dengan duit itu juga, Akmal bantu pelajar lain pula yang ingin terlibat dalam perniagaan ini tetapi tak ada duit atau modal pusingan.
Ads
Tengok bagaimana dia membina rangkaian bisnesnya. Tak hairanlah dia ada lima akuan termasuk simpanan yang memang tak diusik langsung.
Suka memandang kehidupan dari sudut lebih jauh, kata Akmal, mak ayahnya memang tak setuju pun dia buat sebelum ini. Kata mereka, belajar lebih penting, sinikal sama seperti pandangan orang lain. Tapi kata Akmal, dia lebih tahu apa yang dia impikan.
via giphy
Dalam diam, kata Akmal dia buat sungguh-sungguh. Untuk tempoh dua bulan pertama buat bisnes, sudah nampak kejayaannya. Bila tengok dia boleh berjaya baik dalam pelajaran mahupun bisnes, mak ayahnya beri restu. Lebih best, kedua-duanya turut berdaftar sebagai wakil jualan dan peroleh komisen dari usahanya.
“Kita harus ada impian yang lebih besar dalam hidup. Saya juga begitu. Saya mengkaji bagaimana orang kaya boleh berjaya. Biasanya kekayaan timbul kerana mereka bijak merancang. Orang kaya membina rangkaian dan rangkaian itulah digunakan oleh orang biasa-biasa seperti kita. Saya juga sedang memikirkan masa depan saya untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Semoga Allah beri peluang itu untuknya.
Tinggal dan bekerja di luar negara adalah impiannya pada masa akan datang – via giphy
Seperti mana katanya, hidup perlu positif. Berkawan juga mesti dengan orang positif. Peluang memang banyak cuma mahu rebut atau tidak. Sebab itulah, kata Akmal, dia tidak boleh memaksa kawan-kawan mengikut jejaknya.
Ads
“Siapa yang nampak boleh tahu dan ikut. Saya lebih pentingkan kehidupan selepas habis belajar. Ini peluang yang harus kita ambil dan rebut. Jangan kata bangsa lain berjaya kerana mereka tahu buat bisnes tetapi bangsa Melayu juga bijak jika tahu ambil peluang itu,” katanya.
Lepas baca kisah Akmal ini, harap-harap ada ramai pelajar universiti yang positif sepertinya.
TONTON VIDEO PENUH PANDANGAN PELAJAR INI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal lelaki Hollywood, Johnny Depp akhirnya telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard pagi tadi. Pampasan sebanyak $15 juta kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.
Sementara itu, Amber Heard dalam saman balasnya pula menerima ganti rugi AS$2 juta manakala tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif. Depp menfailkan tuntutan saman fitnah dengan ganti rugi sebanyak AS$50 juta terhadap Heard berhubung penulisannya untuk kolum Washington Post.
Melalui artikel itu, Heard menggambarkan dirinya sebagai kekerasan dalam rumah tangga dan secara tidak langsung menuduh bekas suaminya itu sebagai si pelaku. Heard kemudian memfailkan saman balas dengan menuntut AS$100 juta kepada Depp. Walau bagaimanapun, Depp menafikan pernah melakukan penderaan fizikal itu dan mendakwa bekas isterinya sebenarnya sering bertindak ganas.
Amber Heard perlu bayar ganti rugi
Pada 1 Jun 2022, juri telah memutuskan untuk Heard membayar ganti rugi atau punitive damages kepada Depp sejumlah AS$15 juta. Hal ini sebagai hukuman bagi yang terbukti telah mencemarkan nama baik bekas suaminya menerusi sebuah artikel di The Washington Post. Walaupun tidak menyebut nama Johnny Depp dalam artikel tulisannya itu, juri telah bersepakat bahawa tulisan tersebut ditujukan kepada aktor berusia 58 tahun itu.
Walaupun keputusan juri berpihak kepada Johnny Depp, tetapi aktor itu diwajibkan untuk membayar sejumlah wang pampasan. Depp harus memberi pampasan atas kerosakan atau compensatory damages kepada Heard bernilai AS$2 juta.
Pampasan ini terkait dalam klaim Heard soal fitnah yang dilakukan peguam Depp, Adam Waldman.
Hidup Johnny Depp kembali bahagia
Sayangnya Depp tidak boleh menghadiri pembacaan keputusan pada Rabu (1 Jun 2022), namun pelakon itu meluahkan rasa bahagianya menerusi satu kenyataan yang berbunyi:
“Enam tahun lalu, hidupku, kehidupan anak-anakku, kehidupan orang-orang terdekatku dan juga kehidupan orang-orang yang selama ini menyokong dan percaya dalam diriku berubah selamanya,”
“Dan enam tahun kemudian, juri telah menggembalikan hidupku. Aku benar-benar rasa terhormat,” menerusi kenyataan yang dilaporkan oleh Daiy Mail.
Bekas isteri Johnny Depp meluahkan rasa kecewa terhadap hasil sidang perbicaraan ini. Melalui perwakilannya, Heard mengaku patah hati dengan keputusan juri yang membebankan ganti rugi sebesar AS$15 juta.
“Kekecewaan yang saya rasakan hari ini tidak terlangkau dengan kata-kata, saya kecewa kerana segunung bukti masih belum cukup untuk melawan kekuatan dan pengaruh daripada bekas suami,” seperti yang dilaporkan oleh USA Today.
Ramai peminat yang bersengkang mata melihat perbicaraan selebriti Hollywood ini dan diharap dengan keputusan yang diperoleh ini dapat memuaskan hati semua pihak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RM400,000 dilaburkan oleh Dato Seri Vida untuk single terbaru berserta video muziknya, berbaloi atau tidak?
Biarpun terlewat tiga jam dari waktu sebenar peluncuran single terbaru nyanyian Dato Seri Vida (DSV) berjudul Ku Ikhlaskan pada 21 Mac lalu, impak yang cuba disasarkan oleh beliau jelas dapat dirasai setelah video muziknya berjaya melangkaui satu juta tontonan dalam masa sehari saja.
Comeback DSV dalam dunia muzik telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia setelah beliau mengeluarkan beberapa bentuk teaser sepanjang minggu lalu.
Bermula dengan gaya solekan dan video yang menunjukkan beliau menggayakan pelbagai jenis busana unik ciptaan jenama tempatan Behati, DSV terus-menerus menjadi topik perbualan warganet sehinggalah lagu serta video muziknya menemui orang ramai.
Sepanjang video itu, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah menyarungkan bukan satu, bukan dua tetapi lapan busana berserta solekan berasingan demi menyerlahkan lagi imej serta mesej di sebalik lirik Ku Ikhlaskan yang ditulis olehnya sendiri.
Ku Ikhlaskan menceritakan tentang kisah cinta peribadi DSV dan ia cuba disampaikan menerusi setiap babak serta busana unik dalam video muzik ini.
Busana Bunga Di Dalam Tab Mandi
Konsep : Air bunga digunakan bagi menjernihkan hati dan semangat wanita yang bergelora setelah kecundang dalam percintaan.
Kepala Dipakaikan Dengan Bingkai
Konsep : Bingkai dianggap sebagai ‘pelindung’ DSV daripada ancaman cinta palsu. Mungkin juga busana ini adalah perisai DSV sewaktu terjerumus dalam permainan cinta (diibaratkan dalam bentuk permainan catur).
Busana Queen of Hearts
Konsep : Permainan catur menjadi analogi kepada hati wanita yang dipermainkan. Setelah tersungkur, DSV dilihat ‘menggelupur’ di udara persis hatinya yang berontakan. Aksesori kepala berbentuk hati pula adalah simbol kepada hatinya yang retak.
Busana Ala Gaun Perkahwinan Serba Putih
Konsep : Sebelum beralij ke fasa lebih serius dengan jejaka yang salah, DSV telah ‘memerdekakan’ diri daripada cinta palsu. Menariknya, babak ini dirakam di Dataran Merdeka selari dengan mesej tersebut.
Telekung 20 meter
Konsep : Babak akhir Ku Ikhlaskan menceritakan tentang cinta yang satu, cinta kepada Ilahi. Manusia hanya menaburkan cinta sementara, sebalik cinta kepada Yang Esa pasti berkekalan sampai bila-bila.
*
Selain lima busana ini, DSV turut mencuri perhatian dalam persalinan serba metalikdi awal video muzik; dalam busana merah jambu menyala (dengan aksesori kepala yang pernah dipakai oleh Kaka Azraff sewaktu menjayakan persembahan Anugerah Juara Lagu ke-35) dan busana merah jambu cair dengan perincian pleats yang menggambarkan rasa gembira yang berpucuk dalam hati DSV sewaktu bercinta.
Amacam, onz tak effort yang diberikan oleh DSV dan pasukannya ini? Dengan tontonan yang telah mencecah angka satu juta, tak sia-sia DSV komited dengan penggambaran video muzik selama 10 hari. Lagipun, penonton pun disajikan dengan kameo Abang Qu kan sebagai penyeri video, eh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi golongan remaja yang gemar mendengar lagu-lagu 90-an, pasti kenal benar dengan dengan kumpulan Screen yang popular dengan Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa.
Khabar duka yang tular pagi ini adalah berita mengenai pemergian vokalis kumpulan ini, Gmie atau nama sebenar Hajmi bin Haji Ibrahim.
Menurut laporan Astro Awani, Gmie telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 2.30 pagi tadi akibat penyakit buah pingang berlubang.
Pengurus peribadinya, Fuad Syahrin Misbah berkongsi yang Allahyarham menghidap penyakit tersebut selama hampir dua tahun dan sepanjang tempoh itu dia lebih senang untuk tidak menghebahkan keadaan dirinya kepada umum.
Sekadar informasi, Allahyarham Gmie pernah menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim ke-3 pada tahun 2016. Dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan berada di kedudukan keenam secara keseluruhan yang mana menyaksikan Azharina Azhar diangkat sebagai juara.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!