Congrat! Ya, ini satu kejayaan besar buat anak Malaysia. Lebih membanggakan beliau mengambil masa hanya dua hari untuk mencipta aplikasi ini dan boleh dimanfaat oleh seluruh sekolah.
Laporan Harian Metro,menjelang pembukaan semula sekolah menengah untuk pelajar tingkatan lima dan enam pada Rabu depan, penuntut ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Akif Rabbani Ab Rashid membangunkan aplikasi diberi nama Datang.my.
Ia sebagai persediaan untuk guru menerima kehadiran pelajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan sehingga 31 Ogos depan. Muhammad Akif, 23, berkata aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store itu berupaya membantu guru merekodkan kehadiran pelajar menggunakan telefon pintar tanpa perlu mencatat secara manual .
Katanya, guru hanya perlu mengimbas kod QR yang diberikan kepada pelajar yang dibawa mereka setiap kali hadir ke sekolah menggunakan aplikasi berkenaan.
Pemuda menetap di Rinching, Semenyih itu berkata, Datang.my adalah aplikasi kedua yang dibangunkannya dan mengambil masa dua hari untuk disiapkan.
Ads
Menurutnya, seorang guru teknologi maklumat (lT) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching menghantar kiriman mesej kepadanya bertanya sama ada mempunyai sistem untuk merekodkan suhu dan pelajar.
"Bertitik-tolak daripada itu, tercetuslah idea untuk membangunkan aplikasi berkenaan.
"Selepas siap dibangunkan, saya menguji keberkesanan aplikasi itu terlebih dulu pada Rabu lalu dan sebanyak 20 sekolah mendaftar serta memuat turunnya pada hari pertama ia tersedia di Google Play Store," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Menurut Muhammad Akif, sehingga kini, sebanyak 300 sekolah sudah mendaftar dan memuat turun aplikasi berkenaan.
Katanya, ia membabitkan sekolah di seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.
"Jujurnya, saya tidak terkejut dengan sambutan diterima kerana tahu keperluan guru yang mahukan aplikasi atau sistem seumpama itu.
Ads
"Malah, tiada cabaran teknikal dihadapi untuk membangunkan aplikasi berkenaan kerana saya mempunyai pengalaman sebelum ini.
"Buat masa ini, aplikasi itu hanya boleh dimuat turun di Google Play Store manakala di App Store pula dalam waktu terdekat," katanya yang juga anak sulung daripada tiga beradik.
Berkongsi perancangannya, Muhammad Akif yang menawarkan khidmat sebagai perunding perniagaan IT separuh masa berhasrat membangunkan aplikasi untuk merekodkan bacaan suhu pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaharu, Jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari dinobatkan sebagai Ikon Sukan Terbaik pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AISHM) yang diadakan pada Ahad.
Acara itu disiarkan secara langsung di TV9 dan Youtube TV9 dari Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Bukan itu sahaja, Al-Jufferi yang secara rasmi bersara dari pentas silat turut meraih kemenangan bagi kategori Anugerah Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru.
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, dia berterima kasih kepada Harian Metro dan penaja-penaja AIS yang menghargai jasa dan pengorbanannya sepanjang berkecimpung selama 15 tahun dalam arena silat negara.
“Terima kasih kepada Harian Metro dan juga penaja-penaja yang ada kerana menghargai pengorbanan saya selama 15 tahun di dalam arena sukan silat.
“Saya bukan sekadar atlet untuk memenangi pingat emas akan tetapi saya nak angkat martabat silat ini ke persada dunia, ujarnya.
Kejayaan itu menyaksikan Al-Jufferi membawa pulang sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000, wang tunai RM5,000, sebuah trofi dan langganan percuma akhbar digital HM selama setahun.
Untuk rekod, Al Jufferi meraih gelaran dunia keempatnya selepas menewaskan labal Chandra Pratama dari Indonesia dengan keputusan 35-21 dalam perlawanan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19.
Pada temasya Sukan SEA pula, Mond. Al Jufferi merangkul empat pingat emas di Indonesia (2011), Myanmar (2013), SIngapura (2016) serta Kuala Lumpur (2017).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pastinya berita gembira buat ribuan penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 apabila bayaran pertama sebanyak RM700 sudah dimasukkan ke akaun penerima mulai hari ini, 22 Oktober.
Ia adalah bayaran pertama dari RM1000 yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan berita gembira ini bagi meringankan bebanan rakyat yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Jika penerima B40 menerima sebanyak RM1000 (bayaran dibuat dua kali dan bayaran kedua dibuat pada minggu pertama Januari 2021), mereka yang tersenarai dalam kategori M40 pula akan menerima RM400 (baki lagi RM200 akan dibayar pada Januari 2021).
Bagi M40 kategori orang bujang, mereka akan menerima RM500 (RM350 untuk pembayaran pertama dan baki pada tahun hadapan) dan bagi kategori bujang M40 akan menerima RM300 (RM200 untuk hari ini dan baki pada Januari).
Pemberian ini adalah dana tambahan di bawah insentif BPN 2.0.
Ini sebagai bantuan tambahan sebagai sokongan kerajaan kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran covid 19 di Malaysia dan juga gelombang ekonomi Malaysia untuk bulan-bulan yang akan datang.
Dan kepada yang tidak layak lagi sejak dulu lagi, korang masih diberikan peluang untuk menghantar permohonan baru dan permohonan rayuan bermula tarikh 15 Oktober 2020. Butiran lanjut seperti di bawah ini:
Semakan status bpn 2.0 boleh anda lakukan melalui pautan di hasil.gov.my di mana tarik tutup permohonan sehingga 15 November akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini tular video klip pendek menyaksikan air mata isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam berderaian penuh kegembiraan dek kerana kemenangan pasukan bola jaring Johor Jewels di kejuaraan Liga Super Bola Jaring semalam.
Baginda yang turut merupakan Penaung Di Raja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor kelihatan sebak dan bangga atas kemenangan kedua berturut-turut pasukan tersebut.
Johor Jewels berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super Bola Jaring (NSL) selepas menewaskan KL Wildcats 47-43 dalam perlawanan akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.
Ia sekali gus menyaksikan Jewels menepati ramalan untuk muncul juara, manakala Wildcats pula gagal mencipta kejutan selepas turut tewas dalam perlawanan akhir pada edisi lalu.
Bagaimanapun, kemenangan dinikmati Jewels itu tidak semudah dijangka apabila Wildcats bermula garang dengan permainan tersusun selain ketajaman tonggak import Nassanga Shadiah Ssegujja untuk mendahului suku pertama 13-10.
Bersambung suku kedua, pengendali Jewels, Tracey Robinson meniupkan semangat buat para pemainnya menyaksikan mereka mula menemui rentak.
Aksi sengit terus berlarutan pada suku ketiga perlawanan dengan Wildcats yang dibimbing Norizan Rajab terus mengejar mata dan memberikan tentangan kepada Jewels.
Namun, beberapa kesilapan pada dua minit terakhir suku ketiga itu menyaksikan Jewels terus menemui jaringan dan mendahului 38-30.
Suku keempat perlawanan menyaksikan dominasi Jewels dikekalkan untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan menjadi milik pasukan kendalian Tracey Robinson itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.