Pelajar UIAM Turut Bersedih Kemangkatan Ketua Perlembagaan Universiti, Sultan Ahmad Shah

Share

 

Berita kemangkatan Alharhum Sultan Pahan Kelima pada pagi tadi amat dirasakan oleh para pelajar dan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 

Menerusi kenyataan rasmi Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi universiti tersebut, mereka meluahkan rasa dukacita dan bersedih berkenaan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Untuk pengetahuan, Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah Ketua Perlembagaan yang pertama UIAM sejak penubuhan UIAM pada tahun 1983. Saban tahun, Alharhum Baginda tidak pernah gagal untuk menghadiri dan merasmikan sidang konvokesyen UIAM pada hari pertamanya.

Hanya beberapa tahun kebelakangan ini atas faktor kesihatan, perasmian itu telah dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan merangkap Presiden UIAM (kini bekas, sejak perlepasan jawatan pada Januari lalu), iaitu Dr. Maszlee Malik.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak mewakili seluruh warga Universiti berkata, “Kami menzahirkan ucapan sembah takziah kepada keluarga Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

“Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah adalah tonggak utama UIAM sejak dari penubuhan universiti ini dan sesungguhnya ia satu kehilangan yang amat besar untuk warga UIAM,” tuntas beliau.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersama Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom ketika merasmikan International Islamic University Malaysia (IIUM) Medical Centre di Indera Mahkota. Foto: NSTP

Di ruangan komen pula, pelajar UIAM turut terkesan dengan berita kemangkatan ini berikutan pembabitan Alharhum Baginda secara aktif untuk universiti terbabit.

Malah, kedua-dua masjid besar di kampus Gombak dan kampus Kuantannya turut diberikan nama Masjid Sultan Ahmad Shah.

 

 

Al Fatihah

 

IKLAN