Teknologi

4 Pelajar Todak Academy Harumkan Nama Malaysia! Raih ‘First & Second Prize’ Di RoboG Asia Cup 2026

Share

Baru-baru ini, beberapa wakil pelajar daripada Todak Academy berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas mencatat kejayaan membanggakan di RoboG Asia Cup 2026 yang berlangsung di Lee Wai Lee, Hong Kong pada Jun lalu.

Difahamkan, pasukan kategori sekolah menengah berjaya meraih First Prize selepas menduduki tempat keempat daripada 35 pasukan bertanding, manakala pasukan kategori sekolah rendah pula membawa pulang Second Prize apabila menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada keseluruhan 48 pasukan.

Menerusi sebuah kenyataan rasmi, Todak Academy memaklumkan bahawa pertandingan berprestij tersebut menghimpunkan bakat muda dari pelbagai negara termasuk Vietnam, Thailand, Hong Kong, Rusia dan Macau bagi menguji kemahiran peserta dalam bidang Robotik, Kecerdasan Buatan (AI) serta penyelesaian masalah.

Dalam pada itu, penyertaan di pentas antarabangsa berkenaan mencerminkan komitmen akademi berkenaan dalam memperkukuhkan pendidikan berasaskan STAiR (Sains, Teknologi, AI dan Robotik) sebagai pendekatan pembelajaran yang mampu melengkapkan generasi muda dengan kemahiran teknologi masa hadapan.

“Pasukan kita dibarisi oleh dua pelajar sekolah rendah dan dua pelajar sekolah menengah yang merupakan peserta program AI Robotik Todak Academy”

“Pihak kami telah menjalankan proses pemilihan yang rapi dan teliti bagi memastikan hanya peserta terbaik mewakili Todak Academy serta Malaysia di pentas antarabangsa ini,” kata Amirul Faez, iaitu salah seorang jurulatih Todak Academy.

Empat pelajar yang membawa cabaran Malaysia terdiri daripada Muhammad Rayyan Asyraf Shahizal Rizwan dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ibnu Falah, Putrajaya dan Akhtar Muhammad Mohd Mukhlis dari Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, Nilai bagi kategori sekolah rendah.

Bagi kategori sekolah menengah pula, pasukan diwakili oleh Muhammad Danish Aniq Abdul Qayyum dari SMK Desa Cempaka, Nilai serta Emir Firas Iman bin Mazlan dari SMK Bukit Jelutong, Shah Alam.

Di sebalik kejayaan tersebut, dua jurulatih Todak Academy iaitu Amirul Faez Md Daud dan Luqman Hakeem Ahmad Nazri telah memainkan peranan penting dalam menyediakan para peserta menghadapi pertandingan berkenaan. Melalui latihan intensif serta bimbingan berterusan, mereka membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang robotik dan AI bagi menghasilkan penyelesaian yang kreatif serta efektif.

@todakacademy ROBOG ASIA CUP 2026 Completed! Perjalanan yang penuh cabaran, pembelajaran dan pengalaman yang tidak ternilai buat semua pelajar dan trainer Todak Academy di pentas antarabangsa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan sepanjang perjalanan ini. WE ARE PROUD OF YOU WELL DONE Ini baru permulaan. “We’ll come back stronger.” – Amirul (2026) #TodakAcademy
#ROBOGAsiaCup2026 #hongkong #airobotics ♬ Epic Motivation – SILVANA INSPIRA
@todakacademyMALAYSIA ARE THROUGH Wakil Todak Academy terus menunjukkan prestasi cemerlang di ROBOG Asia Cup Hong Kong 2026 dengan menewaskan pasukan dari Thailand, Hong Kong dan Vietnam! Kini mereka berjaya mara ke peringkat seterusnya dan sedang memburu tempat dalam kelompok TOP 8 untuk ke Quarter Final. Perjalanan masih belum selesai. We have a mission! Doakan pasukan Malaysia terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa! #TodakAcademy #ROBOGAsiaCup2026 #AIRobotics #hongkong #RoboticsCompetition

♬ original sound – TODAK ACADEMY

Sementara itu, pencapaian di RoboG Asia Cup 2026 membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran digital berasaskan STAiR yang diterapkan mampu melahirkan pelajar dengan kemahiran teknologi yang tinggi serta bersedia menghadapi perubahan dunia digital yang semakin berkembang.

Selain menguji kebolehan membina dan mengendalikan robot, pertandingan seperti ini turut memberi pendedahan kepada peserta untuk mengembangkan daya tahan mental, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dalam menghadapi cabaran teknologi yang dipacu oleh AI.

Dalam usaha memperkukuhkan lagi ekosistem pendidikan teknologi, Todak Academy akan terus memperkasa program Robotik dan AI bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar meneroka bidang berteraskan inovasi. Kejayaan di RoboG Asia Cup 2026 ini sekaligus menjadi bukti bahawa pendedahan awal terhadap teknologi mampu melahirkan bakat muda Malaysia yang berdaya saing di pentas global. Tahniah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE