Kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu mengejutkan keluarga selepas rutin persekolahannya sebelum ini dilihat berjalan seperti biasa.

Memetik laporan Sinar Harian, pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Al Fatih Mohd Idzwan (15), ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bangunan sekolah sebelum dihantar ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.

Menurut bapanya, Mohd Idzwan Razali (48) berkata, sepanjang berkomunikasi dengan anak ketiga daripada lima beradik itu, Allahyarham Muhammad Al Fatih tidak pernah menceritakan sebarang masalah berkaitan kehidupan persekolahan atau asrama.

Pelajar SBP Ditemui Maut: Muhammad Al Fatih Sempat Hubungi Keluarga Sehari Sebelum, Tak Pernah Cerita Masalah Di Asrama Pelajar SBP Ditemui Maut: Muhammad Al Fatih Sempat Hubungi Keluarga Sehari Sebelum, Tak Pernah Cerita Masalah Di Asrama

Ads

“Persekolahan macam biasa. Kehidupan asrama pun sama seperti pelajar-pelajar lain,” katanya.

Jelas Mohd Idzwan, anaknya yang telah bersekolah di institusi berkenaan sejak Tingkatan Satu juga sempat berhubung dengannya menerusi aplikasi Telegram sehari sebelum kejadian, malah berkongsi mengenai aktiviti hariannya di sekolah.

Katanya, pertemuan terakhir mereka berlaku ketika cuti perayaan Deepavali lalu, manakala berita mengenai kejadian diterima daripada pihak polis dan pengetua sekolah antara jam 3 hingga 4 petang pada Rabu.

Ads

Pelajar SBP Ditemui Maut: Muhammad Al Fatih Sempat Hubungi Keluarga Sehari Sebelum, Tak Pernah Cerita Masalah Di Asrama

Dalam pada itu, Mohd Idzwan berharap siasatan terhadap kejadian berkenaan dapat dijalankan secara telus dan menyeluruh. Pihak keluarga juga memilih untuk tidak membuat sebarang andaian sementara menunggu keputusan siasatan polis serta laporan bedah siasat.

Ads

Jenazah Muhammad Al Fatih dijadualkan dikebumikan di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai, manakala Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak turut mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads