Tragedi pembunuhan seorang remaja berusia 19 tahun di hadapan ibunya sendiri yang menderita kanser otak semalam mencetuskan simpati banyak pihak. Awalnya ia disangka kejadian samun dan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak polis.
Hari ini, hasil dari siasatan pihak berkuasa, mereka menemui bukti untuk mendakwa seorang pelajar tingkatan enam iaitu suspek bagi kes bunuh tersebut.
Laporan Harian Metro menyebut, polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek berusia 19 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pada 8.15 pagi tadi.
Ads
Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.
"Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Ads
"Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, di sini, hari ini.
Menurutnya, susulan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek sebelum menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.
Ads
Katanya, sebelum kejadian, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.
"Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.
"Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus," katanya. Menurutnya, suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, esok untuk permohonan reman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Viral di laman media sosial baru-baru ini apabila tindakan seorang ibu menjalankan temuduga kerja buat anak-anaknya di rumah mereka mendapat perhatian netizen.
Shaketha McGregor tidak menyangka perkongsiannya di laman Facebook mengenai perkara tersebut akan viral. Kisahnya bermula apabila anak-anaknya meminta wang tambahan untuk membeli telefon bimbit baru, lepak bersama kawan dan lain-lain.
Itu membuatkan dia mendapat idea untuk mewujudkan tiga jawatan di rumahnya yang terdiri daripada tugasan di dapur, kemas rumah dan membasuh baju.
“Saya katakan kepada anak-anak saya bahawa saya dengar luahan mereka dan mempunyai kejutan buat mereka di rumah apabila pulang dari sekolah kelak.
“Surprise! Kalau korang nak, korang kena bekerja keras untuk dapatkannya. #ThisMomMeanBusiness,” katanya kepada Mirror.UK
Uniknya, anak-anaknya juga harus menjalankan temuduga bersamanya untuk memastikan mereka mendapat jawatan yang paling sesuai dengan mereka.
Temuduga kerja tersebut turut mempunyai borang pengenalan diri dan harus disertakan sekali pengalaman mereka untuk memohon pekerjaan tersebut. Intense betul!
Susulan itu, ramai ibu bapa yang kagum dengan idea kreatif Shaketha malah memuji wanita tersebut kerana tidak memanjakan anak-anaknya.
Yalah, zaman sekarang ini memang bukan mudah untuk mendapatkan sesuap nasi kan? Apa-apapun, memang kreatiflah idea tersebut.
Foto: Facebook
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah ‘Royal Family’ sememangnya sentiasa mendapat liputan yang cukup sensasi daripada pelbagai media terutamanya keluarga diraja British yang dikepalai oleh Queen Elizabeth II.
Walau apa jua orang memperkatakan tentang mereka namun hakikatnya berita tentang Royal Family sentiasa menjadi bualan ramai dan tular di laman media sosial. Dan semalam Kensington Palace telah mengumumkan berita yang cukup menggembirakan keluarga diraja ini dan juga seluruh rakyat Great Britain.
Menerusi Instagram rasmi Kensinton Palace, mereka mengumumkan berita kehamilan isteri Prince Harry iaitu Megan Markle. Pasangan yang berkahwin pada awal tahun ini di beritakan cukup gembira dengan berita ini dan turut berkongsi kebahagian ini bersama rakyat jelata.
Menurut pengumuman di Instagram tersebut, ‘the royal baby’ dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac 2019. Pasangan yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Sussex ini turut melahirkan rasa penghargaan kepada sokongan daripada masyarakat pelbagai lapisan di seluruh dunia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Kedua-dua mereka kini berada di Australia di atas lawatan rasmi ke negara tersebut. Berita kehamilan ini turut mendapat reaksi daripada selebriti-selebriti terkenal seperti Ellen DeGeneres, Andy Lee, Lily Allen, Bec Judd dan ramai lagi.
Rata-rata memang cukup teruja dengan berita ini dan tidak kurang juga yang berjenaka sambil mengucapkan tahniah.
British Army turut mengucapkan tahniah buat pasangan Prince Harry dan Megan Markle di atas berita gembira ini.
Is it gonna be baby boy or baby girl? Hiks!
Tahniah Prince Harry & Megan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu jerebu yang semakin meruncing kini menjadi topik perbualan utama di seluruh negara.
Semakin banyak lokasi titik panas yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan ia membimbangkan masyarakat untuk meneruskan aktiviti di luar bangunan, terutamanya di kalangan pelajar.
Dalam satu kenyataan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberitahu bahawa mereka akan menangguhkan sesi kuliah di kesemua 35 buah cawangan institusi tersebut jika bacaan IPU melebihi 250.
Kampus UiTM Samarahan, Sarawak.
Keputusan rasmi penutupan kampus pula akan dikeluarkan jika bacaan IPU melebihi 300.
UiTM tidak boleh menutup kampus secara sebarangan kerana sebarang penangguhan sesi kuliah perlu mengikut SOP yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Kecemasan – Pengurusan Bencana Jerebu universiti tersebut.
Buat masa ini, masih belum ada kampus UiTM yang menangguhkan kuliah walaupun di negeri Sarawak yang teruk terkesan dek kerana jerebu. Di Twitter pula, pelajar UiTM memberikan beberapa kenyataan ‘menarik’ setelah pengumuman itu dibuat.
Untuk pengetahuan, UiTM kini mempunyai kira-kira 180,000 orang pelajar di kampus seluruh negara.
Sumber: BERNAMA
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.