Macam-macam alasan kita dengar daripada individu tidak bertanggungjawab yang keluar rumah dalam tempoh PKP ini. Semuanya seakan memandang enteng dengan arahan yang telah dikuatkuasa oleh kerajaan Malaysia.
Tidak memandang serius dengan isu pandemik yang berlaku sekarang, seorang pelajar wanita di sebuah universiti swasta telah ingkar arahan PKP dengan keluar rumah untuk memberi rakan lelakinya makan kek batik.
Gambar hiasan
Uish, serius la dik?
Menurut Bernama, pesalah tersebut menerima padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 7 hari dan denda RM800 oleh Mahkamah Majistret semalam.
Majistret Ellyna Othman memerintahkan wanita berumur 22 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap, 18 April lepas, selain memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.
Difahamkan lagi, rakan lelakinya juga dikenakan denda RM1,000 atau penjara dua bulan. Kedua-dua mereka yang dibacakan pertuduhan secara berasingan, mengaku bersalah bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam kawasan tempat jangkitan pada jam 9 malam.
Ads
Gambar hiasan
Mereka didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan dihukum mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Polis menemui kedua-dua tertuduh di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjin tidak dimatikan dan alasan diberikan oleh remaja perempuan itu ialah dia ingin memberi rakan lelakinya makan kek batik yang dibuatnya dan ketika tangkapan dibuat, lelaki itu sedang makan kek tersebut.
Hm, tak tahulah nak gelak ke nak kesian. Hiks!
Wanita itu telah dijemput oleh rakannya itu sebelum bergerak ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah wanita itu, dan lelaki berkenaan sebelum itu pula telah bergerak dari rumahnya yang terletak empat kilometer dari tempat kejadian.
Ads
Rayuan terima hukuman ringan
Peguam Shalehhuddin Salam mewakil kedua-dua pesalah dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira ini merupakan kesalah pertama tertuduh wanita.
Selepas itu, kes lelaki itu juga disebut dan semasa merayu hukuman ringan terhadap tertuduh lelaki, Shalehhuddin berkata anak guamnya tiada niat untuk melanggar PKP dan memohon mahkamah mempertimbangkan bahawa hukuman penjara akan menjejaskan pembelajaran tertuduh.
Gambar hiasan
Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengambil mudah perintah PKP.
Ads
“Tertuduh (wanita) telah beri alasan sangat tidak munasabah, keluar dari rumah untuk jumpa tertuduh lelaki pada pukul 9 malam hanya untuk beri makan kek batik yang dibuat.
“Dalam tempoh PKP ini masyarakat harus ambil serius perkara seperti ini bagi mengelakkan penularan COVID-19 bertambah teruk,” katanya.
Ha, jangan ambil ringan soal arahan PKP ni. Kan dah tak pasal-pasal bakal meringkuk dalam penjara.
Jangan jadi individu yang pentingkan diri sendiri. Rakyat Malaysia yang lain berkorban untuk duduk di rumah sudah hampir sebulan bagi menangani gejala COVID-19 daripada terus menular. Korang suka-suka hati nak bagi boyfriend makan kek batik pula?
Pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young, ditahan pihak polis berkaitan isu rakaman video seksual secara haram.
Jung Young yang tiba di Seoul Central District Court pada 21 Mac 9.30 pagi semalam, telah disiasat untuk memastikan kesahihan waran tangkap yang dipohon oleh pihak polis.
Waran tangkap dikeluarkan setelah Joon Young hadir ke mahkamah untuk mendengar kesnya dimana kemudiannya dia meminta maaf kepada para mangsa diatas kesalahannya itu. Dia merupakan artis pertama yang ditanggap sepanjang kes Burning Sun berlaku.
“Saya minta maaf, saya mengaku bersalah di atas semua kesalahan itu.
“Saya tidak akan melawan kesemua tuduhan itu dan akan menerima semua keputusan mahkamah.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media tergempar berkata pembubaran itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.
Malah, nampaknya topik pilihan raya menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh semua peringkat usia termasuklah golongan muda yang bakal menjadi pengundi buat pertama kali.
Ke mana sahaja kita pergi dan di pelbagai laman media sosial, kita tidak dapat lari daripada membaca pelbagai posting berkaitan dengan pilihan raya sama ada dari friendlist, sharing post atau sponsored post daripada parti-parti yang bakal bertanding.
Bagi pengundi pertama kali ia merupakan satu pengalaman baru yang sangat dinantikan. Disebabkan Pilihan Raya bakal berlangsung tidak lama lagi, ini aplikasi yang memudahkan korang untuk menyemak status daftar pemilih masing-masing.
SPRM
Bagi yang menggunakan telefon pintar iPhone atau Android, anda boleh memuat-turun sebuah aplikasi khusus yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu MySPR Semak.
Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat semakan daftar pemilih, dan mengetahui status mereka, selain lokasi tempat mengundi semasa pilihan raya.
Dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan MyKad sahaja, aplikasi ini akan memaparkan informasi dan juga lokasi mengundi anda.
Selain daripada aplikasi MySPR Semak, boleh juga melayari laman rasmiSemakan Daftar Pemilih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah padahnya jika terjebak dengan ‘najis’ dadah ini.
Kalau korang perasan, dua tiga hari ini viral dan tular di media sosial apabila sekumpulan orang masjid memandikan seorang remaja seperti mayat kerana disyaki mencuri tabung masjid.
Malah, remaja tersebut turut dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majisret semalam.
Isnin lalu, tular video memaparkan seorang remaja dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid.
Namun, persoalan tentang kenapa remaja tersebut mencuri tabung tersebut terjawab apabila Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja yang tular kerana mencuri dana tabung masjid untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.
Foto Via Kosmo
“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, berdasarkan pengakuan remaja terbabit, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun. Sebelum ini, video remaja tersebut dihukum dengan mandikan seperti jenazah turut tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Penyalahgunaan dadah menjadi isu besar di Malaysia. Umum mengetahui kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: sinar harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!