
Kebolehan pelajar di Malaysia sewajarnya mendapat pujian kerana anak muda kita juga mempunyai kepintaran dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Ini dibuktikan oleh sekumpulan pelajar kolej matrikulasi yang berjaya menghasilkan satu alat khas membuka pintu tanpa menggunakan kunci.
Lebih kurang macam korang swipe card di bilik hotel laa. Gituuu!
Video yang berdurasi 25 saat dimuat naik di laman twitter DECI, terlihat seorang pelahar membuka pintuk bilik mereka hanya dengan menggunakan kad pengenalan.
maybe saya akan buat tutorial utk projek ni dgn program pic.twitter.com/fxQx5Lqlg6
— DECI (@DECI93725960) June 29, 2019
Beberapa komponen seperti bateri, power bank, kabel dan pelbagai peralatan elektronik digunakan oleh mereka dan diletakkan pada bahagian hadapan serta belakang pintu tersebut.
Hebat kan?
Video ini mendapat lebih daripada 200,000 tontonan dan 12 ribu retweet.
Walaupun masih baru belajar, namun keupayaan daya fikiran mereka memang patut dipuji.
Cayalah dik!
Untuk keselamatan yang lebih terjamin, mungkin lebih ramai lagi pelajar yang boleh mempraktikkan style ini di bilik mereka pula. Hiks!
Sumber: MSN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari Pencuci Rumah, Kini Bergelar Jutawan. Wanita 23 Tahun Raih RM2.6 Juta Sebulan

Tiada apa yang mustahil dalam kehidupan…
Zaman sekarang ni, kita tidak boleh memilih kerja untuk hidup senang dan berjaya. Hanya berbekalkan berus, kain, sabun, mop dan plastik sampah, seorang wanita berjaya meraih RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
ARTIKEL BERKAITAN : Sanggup Jadi Pengutip Sampah Di Singapura, Pendapatan Lelaki Ini Boleh Cecah RM9,000 Ke Atas
Kisah wanita muda yang tular dimedia sosial TikTok ini cukup memberi inspirasi buat buat wanita lain di luar sana.
Bayangkan, dikala usia menjangkau 23 tahun, mungkin kebanyakkan dari kita baru memulakan kerjaya selepas tamat belajar diperingkat Ijazah. Namun, empunya badan bernama Jennifer Hernandez ini sudah bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman.
Inspirasi Wanita
Hernandez yang kini memiliki bisnes pembersihan kediaman dan komersial menjadi viral usai dikatakan memperoleh $600,000 atau kira-kira RM2.6 juta sebulan.

Menerusi laporan Dailymail, wanita hebat itu memulakan perniagaan tersebut ketika sedang hamil enam bulan, selain mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Lebih menarik lagi, sebelum itu, beliau bergantung sepenuhnya dengan kewangan suami.
Pun begitu, selepas kejayaan tersebut, suaminya mengambil keputusan berhenti kerja dan membantu Hernandez mengembangkan bisnes berkenaan.
“Sebelum itu, kami terpaksa membawa anak bersama ketika membersihkan kediaman pelanggan sehinggalah kami mampu mendapatkan pengasuh selepas beberapa bulan kemudian,” ujar wanita berkenaan.
Pendapatan Lumayan
Pada setiap hari, Hernandez dikatakan akan membersihkan lima pejabat dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Malah, dalam seminggu, beliau berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$8,759 atau RM37,344.

Kata-kata usahawan muda itu menerusi laman TikToknya @tropicalcleanings memang menyuntik inspirasi.
Katanya: “Cuba kira, jumlahnya AS$600,000 sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun. Mari kita lakukan. Awak pun boleh.
“Apabila anda mahukan sesuatu, pergi mendapatkannya. Tidak kira apa yang berlaku, pasti ada cara dan jalan.”
Menerusi berpuluh-puluh klip video yang dimuat naik di platform berkenaan, Hernandes turut menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan dan berkongsi tip perniagaannya yang kian berkembang.

Antaranya, beliau menasihatkan pengikutnya supaya meninjau dan menyertai Homeaglow iaitu aplikasi pembersihan rumah bertaraf lima bintang.
Bahkan, Hernandez turut mengiklankan perniagaan kepada jirannya secara percuma menggunakan aplikasi Nextdoor. Setakat artikel ini ditulis, perniagaan beliau Tropical Cleaning sudah memiliki 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari.
Hebatkan wanita ni?
BACA LAGI : Tuah Lukisan Karakter Wanita, Remaja Ini Kini Bergelar Jutawan
Sumber: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengarah Urusan Jelas Keadaan Sebenar Pemberian Tular ‘Vitamin C’ Di SJR

Elegance in every way.
Begitulah tagline sebuah syarikat jenama kecantikan yang baru-baru ini dikecam oleh warganet berikutan satu video tular yang menampakkan sosok pengarah urusannya berdiri di sebuah lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR).

Sebagaimana tagline tersebut, syarikat yang dikenalpasti sebagai IS Beauty Collagen Venture ini dilihat bersifat profesional dan tidak melenting di media sosial biarpun teruk ‘dihentam’ secara maya.
Bahkan, pengarah urusannya, Muhammad Iddin Syah yang menjadi mangsa cercaan warganet cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak dengan cara baik, semalam.
*
Tapi sebelum itu, jom kita recap semula apa sebenarnya yang mencetuskan situasi ini.
Beberapa hari lalu, tular di Twitter sebuah video yang menampilkan Muhammad Iddin Syah di sebuah kawasan SJR bersama-sama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menerusi video itu, dia dilihat sedang mengedarkan bungkusan produk kepada para pemandu yang melintasi sekatan itu.
Mamat korea mana pulak duduk berdiri dkt SJR ni, siap bawak kotak dgn plastik lagi tu, nak bagi pamplet apa pulak tu dekat orang yang lalu dekat dgn SJR ni? Bertambah sesaklah nanti. Tapi nmpk macam bagi barang je! Siap dgn berjacket hitam, ramput karat sikit, tak panas ke wey? pic.twitter.com/Ul1B9vuSJW
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) June 20, 2021
Warganet pantas mengecam tindakan pengarah urusan itu kerana merasakan ia tidak kena dengan situasi semasa negara yang sedang berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown). Mereka turut mempersoalkan bagaimana dia boleh mendapat kebenaran untuk berada di kawasan itu.
Demi meredakan keadaan, Muhammad Iddin Syah semalam memuat naik satu hantaran di Instagram dan menjelaskan keadaan sebenar di sebalik video tular itu.

“Sebenarnya sebelum(pemberian) itu dibuat, saya terlebih dulu mendapatkan kebenaran polis dan beritahu niat saya hendak sumbang 1000 unit vitamin ESW kepada orang yang lalu (di) SJR Bertam.
“Takkan lah saya berani buat tanpa kebenaran, kan?”
“Pertama sekali, pihak yang paling saya concern adalah frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah. Walaupun mereka kuat semangat tapi saya ada cara sendiri hendak ucap thank you (kepada mereka) dengan menyumbangkan vitamin yang baru saja ESW keluarkan untuk pastikan frontliners kekal bertenaga dan hidrasi.
“Tindakan itu sebagai satu awareness kepada orang ramai (tentang) pentingnya pengambilan vitamin. Lagi-lagi sekarang ini kadar jangkitan COVID-19 tinggi,” kata Muhammad Iddin Syah sambil menambah; keberadaannya di SJR Bertam adalah tidak lama.
Dia juga menyamakan bantuan yang dihulurkan itu sama seperti program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang selalu dilakukan di lokasi lain seperti hospital dan pusat kuarantin. Cuma pada kali ini, caranya berbeza dan mereka menghulurkan produk keluaran sendiri, bukannya makanan.
Dalam pada itu, pihak IS Beauty Collagen Venture juga berkongsi surat permohonan yang telah dihulurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk mengadakan program CSR pada hari Jumaat, minggu lalu. Berserta surat itu adalah cop daripada pihak polis yang mengesahkan program tersebut telah diluluskan.

Menerusi muat naik penjelasan itu juga, selebriti Fizz Fairuz juga dilihat memberikan sokongan kepada Muhammad Iddin Syah dan berharap agar pihaknya tidak berhenti memberikan sumbangan pada masa hadapan.
Apapun, usahlah kita pantas menghukumi mana-mana pihak yang ditularkan di media sosial.
Mungkin ada cerita di sebalik spekulasi yang kita sendiri tidak tahu dan tidak pasti. Haa, tak fasal-fasal, terus dapat dosa kering mengutuk orang. Oops!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Burger King Malaysia Beri 100 Burger Percuma Hari Ini

Kalau sebut tentang makanan percuma, siapa je yang tak suka kan? Kami pun excited bila tahu Burger King Malaysia nak beri burger percuma hari ini sempena pembukaan cawangan mereka yang ke-100.
Korang boleh beratur seawal jam 10 pagi dan tebusan akan dibuat bermula jam 11 pagi. Siapa cepat dia dapat sebab promosi ini hanya tertakluk kepada 100 pelangan terawal.

Korang juga boleh pilih sama ada nak Tendergrill Burger atau Whopper Burger. Seorang hanya dapat satu burger sahaja. Tak boleh minta lebih. Haip!

Terma & syarat
- Promosi ini sah di semua cawangan Burger King kecuali cawangan Airport dan Sunway Lagoon
- Korang boleh memilih satu burger sahaja (Tendergrill Burger atau Whopper Burger)
- Burger ala carte sahaja
- Terhad kepada 100 pelanggan pertama yang beratur sahaja
- Korang boleh mula beratur bermula jam 10 pagi
- Tebus burger percuma bermula jam 11 pagi
- Hanya boleh tebus pada 18 Januari 2020
Selamat beratur guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

