Seorang pelajar Malaysia telahpun membanggakan negara setelah dia menempah kejayaan dalam sebuah pertandingan pidato Bahasa Inggeris peringkat antarabangsa.
Bertempat di Hangzhou China pada Ahad lalu, Nicol Yong Jia Jia telah dinamakan pemenang kategori Belt & Road Youth English Speaking Competition dan 21st Century Cup International English Speaking Competition setelah dia menewaskan 30 orang peserta lain daripada 30 negara dan daerah China.
Pesaing terdekat Nicol iaitu Che Qiyu dari China pula berpuas hati di tempat kedua.
Ads
Menurut pelajar tahun terakhir di St. Joseph’s Institution International School ini, dia merasakan pertandingan tersebut membantu membuka matanya kepada pengalaman baru. “Saya dapat berkawan dengan ramai remaja sebaya lain dari Mauritius, Hungary dan sebagainya. Ini kali pertama saya bertukar-tukar pendapat mengenai perbezaan budaya kami sepanjang beberapa hari lepas,” katanya.
Nicol juga pada tahun lepas pernah menyertai pertandingan English Speaking Union (ESU) Malaysia Public Speaking Competition 2018 dan memperolehi tempat kedua.
***
Ads
Pertandingan 21st Century Cup International English Speaking Competition merupakan usaha sama akhbar China Daily, kerajaan perbandaran Hangzhou dan Persatuan Bahasa Inggeris (ESU) untuk membentuk remaja berlainan latar belakang agar lebih yakin berbahasa Inggeris, memahami negara asing serta budaya lain.
Aww, lain betul konsep pidato sebegini.
Contohnya, tema yang diberikan kepada peserta juga tidak seperti kebiasaannya. Antaranya adalah ‘Let Us Be True To One Another’ atau ‘The Great Truth Is Simple’. Dan..
Ads
“You may speak now..”
Menurut penganjur, tema seperti ini sengaja diberikan agar remaja boleh berkongsi harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik.
Apapun, tahniah kepada Nicol dan REMAJA harapkan lebih ramai remaja di luar sana yang yakin untuk sertai pertandingan seperti ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend aktiviti ekstrem seperti rope swing sebenarnya telah lama diperkenalkan di negara seperti New Zealand (lebih dikenali sebagai Nevis Swing) dan di negara lain.
Apa bezanya rope swing dengan bungee jump?
Jika bungee jump, korang sekadar perlu terjun dari platform ke bawah. (‘Sekadar terjun’ ?? Huh, kau cuba terjun). Namun untuk aktiviti rope swing ini, tali yang terikat pada badan penerjun akan disangkut kepada kabel yang terletak agak berjauhan dengan platform terjun.
Terjun dari jambatan lintas setinggi 60 meter ini. Berani tak?
Kiranya, setelah terjun, badan korang akan menghayun ke hadapan – back and forth – umpama menaiki buaian.
Bezanya, ‘buaian’ ini setinggi 60 meter daripada aras bawah.
Ada berani? Hehe..
Kami senaraikan SEPULUH perkara yang perlu korang tahu dan hadam sebelum mencuba aktiviti rope swing di Kuala Kubu Bharu. Kendalian Shafiq Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Acik Shafiq ini bersama rakan lain under Rentas Adventures.
01
Pihak Rentas Adventures akan mengambil masa lapan hari untuk recce lokasi, membuat persiapan, pemasangan dan ujian. Pada masa inilah, mereka perlu tangkas mengenal pasti pokok untuk dipasang kabel, mengira bajet kos, pinjam peralatan dan menguji sendiri tali kabel.
02
Mereka akan lakukan ujian dengan tayar dan perlu menguji dengan DIRI SENDIRI. Ini memang memerlukan tahap keyakinan dan tawakal yang tinggi, kena yakin dengan kiraan dan kekuatan kabel.
03
Pada mulanya, mereka ingin berehat daripada membuka slot pada bulan Mac. Yelah, berat dan panjang kot kabel yang digunakan. Dah lah kena pasang sendiri, memang penat kalau kena kerja non-stop. Tapi disebabkan ada permintaan, mereka buka juga slot. Paling latest, 17 & 18 Mac serta 24 & 25 Mac ini.
Korang boleh refer di Instagram Rentas Adventures untuk jadual aktiviti terbaru.
04
Nak booking slot, kena bayar penuh dulu secara online. Tiada sistem walk-in yang dibenarkan. Bagi setiap satu terjunan, harganya adalah RM250. Kalau nak book untuk dua terjunan pun boleh, harganya RM300.
Ternyata, terjunan rope swing di luar negara selalunya lebih mahal. Di New Zealand, korang perlu membayar RM700-800 / sekali terjunan manakala di Nepal pula sekitar RM500-600 / sekali terjunan.
05
Pakej terbaru Mac ini adalah pakej pasangan newlyweds dengan harga RM300 untuk dua terjunan/dua orang. Namun, pasangan perlu terjun secara berasingan kerana buat masa ini, mereka belum mendapat kelulusan untuk terjunan berdua (tandem).
06
Ada beberapa teknik terjunan yang korang boleh belajar. Antaranya adalah Skydive (tangan terbuka), Cycling (kayuhan basikal invisible, kayuh laju-laju tau!), ‘Pendekar Penyu’ (leher masuk ke dalam sebab nervous) dan ‘Superman’ (acah sangat).
Waktu operasi mereka adalah dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Paling last pun adalah pada jam 6 petang. Tiada terjunan akan dibenarkan sekiranya cuaca tidak mengizinkan.
08
Peserta akan mendapat footage video GoPro dan baju T daripada Rentas Adventures. Bolehlah riak sikit pernah join rope swing.
09
Sementara menunggu giliran, korang boleh explore sekitar kawasan Kuala Kubu Bharu seperti di Sungai Chilling dan air terjun berdekatan.
10
Selain rope swing, mereka juga selalu mengadakan hiking trip ke kawasan tanah tinggi. Antaranya ialah Gunung Berembun di Jelebu Negeri Sembilan, Bukit Choroco di Kuala Kubu Baru dan Gunung Jua di Raub Pahang. Rate mereka di antara RM40 ke RM70.
Ini termasuklah khidmat guide, permit masuk, khidmat kru, makan tengah hari, bantuan kecemasan dan kenderaan 4-wheel drive. Seperti biasa, kena bayar penuh dulu secara online untuk booking.
Aktiviti rope swing oleh Rentas Adventures ini pernah dihentikan seketika kerana isu kebenaran. Namun kini, kesemua pihak seperti Majlis Perbandaran, Polis, BOMBA dan jabatan-jabatan berkaitan telahpun memberikan kebenaran dan dimaklumkan terlebih dahulu.
InsyaAllah, semuanya selamat dan korang boleh enjoy di Kuala Kubu Bharu!
Foto: @rentas_adventures & @jggglypuff.jpg
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert jelajah tersebut merupakan rangka promosi album ke empatnya yang sepatutnya akan berada di lima lokasi bermula San Francisco pada 23 Oktober ini.
Pada Rabu lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
Zayn dan Liam sebelum ini sama-sama pernah menganggotai One Direction sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2010 sebelum mereka rasmi berpecah sekitar 2016.
Kumpulan itu turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson dan harry Styles.
Satu ujian personaliti telah dibuat berdasarkan gaya tidur seseorang individu. Enam posisi tidur yang kerap kali dilakukan diambil sebagai salah satu bahan uji kaji selidik. Berikut merupakan hasil ujian yang telah dijalankan. Jom semak sama ada betul atau tidak personaliti ini berdasarkan gaya tidur kamu.
Jika kamu tidak boleh tidur tanpa membengkokkan sedikit bahagian kaki dalam keadaan mengiring, maka kamu adalah seorang yang tenang dan boleh dipercayai. Tidak ada perkara yang bisa membuatkan kamu mudah terasa dan kamu seorang yang berani menghadapi masa hadapan. Walaupun dihimpit dengan masalah, kamu tetap boleh melemparkan senyuman dan menyesuaikan diri.
Kamu yang gemarkan tidur secara posisi seperti janin adalah seorang yang inginkan perlindungan, mudah memahami dan penuh dengan sifat simpati. Dengan tidur seperti gaya ini, kamu sedaya upaya ingin memisahkan masalah yang dihadapi daripada dunia realiti. Personaliti kamu juga terdorong ke arah potensi untuk menjadi seorang yang pandai menari dan menulis blog.
Bagi kamu yang tidur meniarap lebih kepada mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Kamu bijak mengambil peluang dan inisiatif untuk memastikan keadaan sekeliling sama ada kehidupan peribadi dan kerjaya menjadi seimbang. Kamu juga seorang yang penuh ketelitian dan tidak suka menangguhkan kerja. Seorang yang tabah dan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang besar.
Jika kamu gemar tidur secara terlentang, kamu berkemungkinan besar seorang yang positif dan suka kan kehidupan. Seorang yang inginkan perhatian, kamu juga akan melakukan apa sahaja untuk mencapai sesuatu yang diingini dan mempunyai personaliti yang sangat dominan.
Jika kamu tidur dalam posisi berbaring tegak dengan tangan di sisi, maka kamu seorang yang mudah untuk ditegur. Kamu juga seorang yang tahu apa yang kamu inginkan dan akan berusaha untuk mendapatkannya. Seorang yang tegas dan demanding, kamu selalu inginkan yang terbaik dalam semua perkara.
Bagi kamu gemar tidur sebelah kaki diangkatkan sedikit pada bahagian sisi, kamu cenderung mempunyai personaliti yang tidak menentu dan mudah tertarik pada sesuatu perkara yang mencabar. Mood kamu sering mengelirukan orang di sekeliling kerana kamu seorang yang unpredictable. Biasanya, kamu sukar untuk membuat sesuatu pilihan dan secara keseluruhannya, kamu kehidupan kamu stabil dan bahagia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!